Pelbagai kejadian yang menakutkan terjadi di sekeliling kita seperti kejadian rogol yang berlaku di sekitar Shah Alam baru-baru ini. Keadaan ini mencetuskan situasi cemas dalam kalangan wanita.

Terbaru, seorang gadis bersama ibunya telah dikejar oleh seorang penunggang motosikal. Pada awalnya, lelaki tersebut telah melanggar cermin sisi keretanya. Namun, dia yang dipersalahkan sedangkan pada waktu itu kereta mereka berhenti dan tidak bergerak.

Kejadian tersebut mencetuskan situasi cemas pada gadis serta ibunya itu. Bimbang kejadian buruk berlaku, dia terus memecut meninggalkan lelaki tersebut. Namun dia telah dikejar oleh lelaki tersebut. Ikuti perkongsian gadis bernama Farina ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Foto: Twitter Farina

Side Mirror Kena Langgar

Cerita dia macam ni, time tu aku berhenti di traffic light berhadapan Balai Polis Sentul. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang menunggang motosikal berhenti di sebelah kereta aku (mabuk rasanya sebab mata dia merah, bawa motor pun macam tak betul) dan terlanggar side mirror aku.

Lepas tu, dia macam marah konon-konon nak cakap aku yang langgar dia. Kebetulan depan tu traffic light lagi dan tengah merah pula. So, aku kena berhenti lagi. Dia datang block kereta aku dan dia turun motor. Kemudian dia datang dekat kereta aku dan ketuk cermin kereta suruh keluar.

Ketuk Tingkap Macam Nak Pecah

Kuat gila macam nak pecah tingkap tu! Ya Allah cuaknya. Tapi masa tu aku dengan mak aku dalam kereta. Mak aku pula dah gelabah tengok orang macam tu. Masa tu pula la lambat nak hijau. Lelaki tu dah ketuk kuat-kuat. Semua orang mampu tengok je.

IKLAN

Bila dah hijau, aku pun apa lagi, kemain laju tekan minyak kaw kaw. Ingatkan dia tak ikut dah. Tengok cermin, dia ada dekat belakang. Aku tanya mak aku nak lalu mana nie, balai dekat mana, nak buat apa ni.

Lepas tu mak aku suruh aku lalu Jalan Kuching. Aku pun ikut jela cakap mak aku. Sekali jem pula, biasa la tu. Lepas tu, tengah-tengah highway tu dia potong aku dan block kereta aku lagi. Kali ni dia tak kasi chance aku jalan langsung. Dia suruh pergi tepi.

Dah Standby Pepper Spray Time Ni

Aku pun cuak punya cuak aku suruh mak aku call kawan-kawan aku. Tapi mak aku kalau dah kelam kabut, semua benda dia tak boleh buat (aku pun sama). Takpelah, dah berhenti tepi tu aku dah pegang pepper spray!

IKLAN

Standby dah ni, lepas tu call kawan aku beritahu. At least ada orang tahu kan. Takpalah bergitahu semua benda (tu je yang aku boleh fikir time tu). Kemudian, dia turun motor sekali lagi. Dia datang ketuk cermin tingkap.

Kali ni, sumpah macam nak pecah. Aku tak tahu nak fikir apa dah. Mak aku kata jangan buka, please jangan buka. Aku memang tak la nak buka. Tengok orang macam tu muka macam baru lepas kalah judi! 

Allah Hantar Orang Selamatkan Kami

Lepas tu, aku ternampak ada motor berhenti tepi juga, tengah pandang kitorang. Aku pun drive ke depan sikit, pergi berhenti dekat dia (sebab dia ada time lelaki tu follow-follow aku, dia marah-marah orang tu atas jalan).

IKLAN

Bila aku berhenti dekat dengan dia, dia pun tanya aku kenapa semua tu. Tiba-tiba penunggang motosikal tadi terus pergi! Ya Allah, Alhamdulillah!

Lepas tu, aku buka tingkap sikit sebab nak cakap terima kasih dekat dia. Rupa-rupanya dia nampak kitorang sejak dekat traffic light tu lagi. Dia follow kitorang dari jauh sebab nak tengok penunggang motosikal tu nak buat apa.

Hati-Hati Bila Keluar Rumah

Bersyukur sebab ada orang yang nak tolong time tu. Kalau tak, aku tak tahu la nak buat apa. Bila dah cemas macam tu, tak boleh nak fikir apa dah. Tak tahu la ni memang pelan dia atau apa, tapi kalau ikut pengalaman orang, ni memang cara orang zaman sekarang nak rompak buat-buat langgar, lepas tu suruh keluar).

Please girls, take care. Orang ketuk cermin tingkap janganlah buka. Betul la orang kata pepper spray tu sangat penting. Please get yourself at least pepper spray for personal protection. Sebab bila dah jadi macam tu, aku takda apa-apa nak protect diri selain pepper spray yang aku bawa selalu tu.

Sumber: Twitter Farina

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI