Wanita dan solekan tidak boleh dipisahkan. Memang sudah lumrah dunia, wanita tidak akan lari daripada kecantikan dan kebersihan diri. Sudah tentu, ketrampilan diri sentiasa menjadi kunci utama kaum wanita untuk kekal yakin di hadapan khalayak ramai.

Sumber gambar: Instyle

Kita tahu bahawa ‘foundation’ ialah produk asas untuik menyempurnakan solekan kamu. Jika tepat pilihannya denga tona kulit, maka sempurnalah keseluruhan gaya solekan kamu. Jika salah pilihan dan cara kamu mengoles ‘foundation’ pada wajah kamu, sudah pasti wajah kamu akan kelihatan kusam dan pelik.

Team Hijabista berkongsi 5 pilihan produk ‘foundation’ terbaik untuk kamu cuba. Serlahkan keanggunan wajah kamu dengan solekan yang terbaik!

IKLAN
  1. Rimmel Wake Me Up Foundation 

Sumber gambar: Hermo

Diperkaya dengan Vitamin C, SPF 20 bersama-sama dengan serbuk mutiara, produk ini berfungsi untuk mencerahkan kulit serta mengekalkan kesegaran kulit muka walaupun kamu berada di luar sepanjang hari. Produk ini khusus untuk kamu yang memiliki wajah berminyak dan ingin tampil segar setiap masa. 

2. Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation

Sumber gambar: Hermo

Produk solekan dari jenama Maybeline tidak pernah menghampakan. Daripada rangkaian produk seperti ‘foundation’ hinggalah kepada maskara, jenama ini sentiasa memberikan kepuasan kepada kaum wanita. 

IKLAN

Rangkaian foundation dari jenama Maybelline ini merupakan krim asas yang sangat sesuai untuk kulit berminyak yang boleh menyebabkan jerawat. Diformula dengan micro-powder jenis tidak berminyak, ia mampu untuk menyerap minyak berlebihan di kulit wajah serta melindungi cela di wajah.

3. L’oreal Paris True Match Liquid Foundation

Sumber gambar: Hermo

Apa yang menariknya tentang produk ‘foundation’ dari jenama L’oreal ini, ia mempunyai pilihan 9 rona yang sepadan dengan tekstur dan tona kulit anda. Bukan hanya mampu mendedahkan kualiti kulit yang lebih cantik, malah ia diformula dengan bahan terbaik yang memberi kemasan yang tidak akan bercapuk di muka jika berpeluh. Diuji oleh ahli dermatologi, foundation ini bebas minyak dan tiada wangian tambahan.

IKLAN

4. Revlon ColorStay For Normal/Dry Skin Foundation SPF20

Sumber gambar: Revlon

Siapa yang tidak suka dengan rangkaian produk dari Revlon? Seperti produk ‘foundation’ ini, ia memberi kekemasan pada solekan di muka selama 24 jam. Efek ‘matte’ berfungsi mengawal minyak dan menjadikan wajah kekal ‘glowing’! Tidak perlu buntu dengan tona warna yang sesuai dengan kulit wajah, ia memiliki 22 warna yang cantik dan sesuai dikenakan ketika berada di luar. Jadi, usah risau jika terkena pancaran UV!

5. Innisfree My Foundation 2.5

Sumber gambar: Lazada

Innisfree seakan meraikan tona kulit wanita Asia yang sememangnya mudah untuk kami pilih! Produk ini bukan sahaja menutupi cela di kulit wajah, malah ia juga diestrak khas dari Kepulauan Jeju yang diperkaya dengan Mineral Cover Complex! Nak tahu kebaikannya? Sudah pastilah kulit wajah kamu akan sentiasa lembap dan tidak kering. Wajah juga akan tampil asli, segar dan berseri!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI