Selebriti dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin atau Faz melancarkan koleksi Fazbulous Raya 2024 bersempena pertunjukan fesyen khas FAZURA di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA.

Acara ini diserikan dengan kehadiran suami Fazura iaitu aktor kacak Fattah Amin dan anak mereka Nur Fatima.

Turut hadir ialah ahli keluarga, rakan-rakan artis, para pempengaruh tempatan, agen FAZURA serta rakan media.

Baru-baru ini, tudung FAZURA Black Label menawarkan koleksi Alhambra, selendang bersulam daripada fabrik premium chiffon diinspirasikan daripada keindahan seni bina Islam di Sepanyol abad ke-13, sebagai koleksi sulung tahun 2024.

IKLAN

 

“Faz sangat bersyukur kerana diberikan rezeki pada tahun 2024 untuk meneruskan pertunjukkan fesyen Fazbulous Raya yang sentiasa dinantikan peminat jenama FAZURA.

“Ia juga adalah peluang kepada Faz dan Fattah untuk terus mendekati para peminat produk FAZURA. Majlis hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pandemik COVID-19,” kongsi Fazura.

IKLAN

Koleksi Fazbulous Raya 2024 kali ini mengketengahkan tiga koleksi tudung FAZURA iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna berinspirasikan bunga-bungaan.

 

IKLAN

Manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden. 30 corak menarik ini bakal menemui peminat tudung FAZURA kelak termasuk koleksi kurung Kedah, kurung moden, kebaya serta ready-to-wear.

PERANCANGAN RAMADAN
“Faz dan Fattah masih belum sempat merancang sepenuhnya kerana kami sekeluarga termasuk Fatima sangat sibuk dengan pengambaran drama terbaharu yang akan ditayangkan pada Ramadan ini.

“2024 adalah tahun istimewa kerana Faz dan Fattah tampil bersama dalam filem Pendekar Awang.

“Kami juga dianugerahkan projek oleh sebuah stesen televisyen tempatan untuk menerbitkan drama yang buat julung kalinya dibintangi oleh saya, Fattah dan Fatima.

“Faz sangat terkejut melihat Fatima sangat selesa berlakon. Kehadiran Fatima di set penggambaran juga menghiburkan semua kru kerana keletahnya yang pandai melayan dan berdisiplin sebagai pelakon baharu di usia muda”.

Koleksi Fazbulous Raya 2024 boleh didapati di laman sesawang fazura.com, aplikasi Fazura, ShopeeMall ‘fazuraofficialstore’ atau dari Besties serta agen FAZURA sekitar Mac 2024.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI