Kemesraan hubungan antara aktres jelita, Fasha Sandha bersama suami, Aidil Aziz yang dipaparkan di media sosial, sememangya merupakan refleksi kehidupan nyata perkahwinan mereka yang sering diulit rasa cinta dan bahagia di samping keluarga.
Menurut Fasha, dia berbesar hati selain mengakui bahawa untuk menjamin gaya hidup yang baik, dia sebagai wanita dan juga ibu perlukan suatu energi terbaik demi keluarga tersayang.
Namun, apakah rahsia Fasha sentiasa kelihatan bertenaga? Justeru Hijabista kongsikan semula tip yang dikongsikan Fasha khusus buat hijabi yang sudah bekerluarga tetapi mahu tampil bertenaga ketika menguruskan kerjaya dalam masa sama. Jom semak!
Fasha Sandha Akui Tak Mudah Jadi Wanita ‘Serba Boleh’
“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa sama wanita berkerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.
“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.
“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para para wanita yang mempunyai masalah masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” katanya.
Bintang drama Scammer ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Beunita di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.
Terlalu ‘Fokus’ Dengan Kerjaya, Punca Hubungan Suami Isteri Hambar!
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi tidak menafikan masalah kebanyakan suami isteri sekarang yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan ramai yang berdepan dengan kehambaran dalam perkahwinan.
“Nak bercinta, mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada pihak suami dan isteri.
“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.
Ads
“Beunita merupakan salah satu konsep produk kami juga, iaitu merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Paling penting, kami juga memilih atas dasar Fasha seorang yang sangat komited,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Oles ais beku di muka ialah trend TikTok yang semakin meningkat dalam kalangan peminat kecantikan dalam apl media sosial. Pencarian ringkas menyampaikan beribu-ribu video yang menunjukkan fanatik penjagaan kulit menggosok ais pada muka mereka.
Satu video bertajuk “Ini adalah tanda anda untuk mula meratakan muka anda” mempunyai 2.7 juta tanda suka. Seorang lagi dengan 1.1M suka dakwaan “jika anda tidak menyejukkan muka anda, anda akan rugi.” Anda boleh menguji cara popular meratakan muka anda dengan timun beku dan mendapati ia benar-benar menjadikan kulit anda bersinar. Mengoles ais di muka mempunyai kesan yang sama.
Anda boleh menggunakan ais ringkas pada kulit untuk kesan bercahaya, lapor peminat kecantikan dalam talian. Malah, produk khusus untuk memudahkan sapuan ais pada kulit sedang dipasarkan. Tetapi, adakah trend ini mempunyai merit, dan patutkah anda menambahnya pada rutin penjagaan kulit anda? Jom lihat apa kata pakar estetik.
Adakah menggosok ais di muka mempunyai faedah?
Menurut pakar, ais muka telah lama menjadi ruji penjagaan kulit untuk kulit yang jelas dan kelihatan sihat. Tiada topeng DIY yang tidak kemas, tiada produk penjagaan kulit yang mewah, hanya ais.
Jadi, kenapa sebenarnya hack ini bagus untuk kulit? Doktor menjelaskan ia menjadikan produk lebih berkesan dan merawat beberapa masalah penjagaan kulit. Menggosok ais sejurus sebelum menggunakan produk anda juga boleh membantu produk menyerap lebih baik dengan mencapai lapisan kulit yang lebih dalam.
Apabila digunakan, suhu rendah menyebabkan darah naik di bawah permukaan kulit yang seterusnya menyembuhkan pelbagai masalah kulit seperti keradangan, kulit kusam, jerawat, bengkak dan lingkaran hitam.
Pakar mengesyorkan menggunakan ais pada kulit sekali sehari, terutama jika anda mempunyai kulit sensitif dan. Adalah penting untuk berhati-hati apabila mencuba rawatan baru untuk kulit anda. Jika anda mendapati kulit anda dibiarkan pada waktu petang atau sangat merah selepas menggunakan ais, anda harus berhenti.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tentu ada yang mengalami masalah susah hati, gelisah dan stres. Situasi ini jika tidak ‘dirawat’ pastinya akan memberikan implikasi dalam kehidupan seharian.
Melalui amalan-amalan doa tertentu, hati akan jadi lebih tenang. Dekatkan diri pada Allah. Apabila kita sentiasa ‘dekat’ dengan Allah kita akan rasa lebih positif.
Boleh amalkan doa-doa seperti yang dikongsikan oleh Maihani Maizura ini.
DOA-DOA HILANGKAN STRESS DAN SUSAH HATI
Semakin jauh perjalanan, makin luas pemandangan.
Itu kalau di luar sana, tapi saat ini, perjalanan tidak kemana pun, cuma lama masanya menjadikan kita semakin menyimpan rasa. Ruang society di sempitkan hanya pada ahli kita sahaja. Inilah bahaya bila kita dah jadi macam “kera sumbang” walaupun terpaksa.
Baru sedar, hubungan kita perlukan dua dua – erat dgn keluarga dan masyarakat. Ini lah merangsang pemikiran, emosi dan perasaan lebih seimbang, bersemangat dan bermotivasi meneruskan kelangsungan hidup. Inilah realisasi – hablun minannas.
Inilah hikmah COVID 19, yang kalau kita sedar dan perhatikan kerana kita sedang kehilangan anggota kedua kita (masyarakat).
Ini semua menyedarkan kita bahawa saranan dalam Islam tentang ‘hidup berjemaah’ sangat perlu untuk merungkai penyakit sosial spt murung dan tekanan perasaan.
Walau besar manapun masalah yang membawa pada tekanan perasaan dan susah hati, ianya boleh dihadapi dengan baiknya jika tindak tanduk kita menepati syariat Islam.
Seketika masih dalam tempoh PKP, kekalkanlah untuk terus berdoa. Doa adalah senjata orang Mukmin. Doa memberi kekuatan pd yang lemah, orang tidak percaya jadi kuat keyakinan dan keberaniannya.
Saya kongsikan himpunan doa penenang hati dari Al Quran yang boleh diamalkan. Jom kita share dan cuba ikhtiar untku hafal disepanjang hari PKP yang berbaki.
*DOA HILANGKAN RASA SUSAH HATI, STRESS DAN GELISAH*
“Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil,Dan aku berlindung padaMu Dari cengkaman hutang Dan penindasan orang.”
In syaa Allah, masih punya masa untuk beramal dan menghafalnya.
Kita semakin menghampiri kemurungan kecil. Perasaan mudah terganggu, keletihan dan hilang tenaga, kadang kadang tak sedar kita cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian. Semoga doa-doa ini ada manafaat untuk berdepan berlarutnya PKP, sekurang kurangnya dalam masa dua minggu ini lagi.
Selaku Muslim, kita gunalah cara Islam dalam berdepan saat PKP ini. Manusia ini fitrahnya dipengaruhi oleh perasaan, jiwa dan nafsu. Jika unsur-unsur ini diganggu, ia mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan. Jadi antara cara terbaik adalah lakukan secara kerohanian.
Teruskan SOLAT, ZIKIR, SELALU DALAM BERWUDUK, SELAWAT. Banyak lagi..
Jangan berhenti berdoa.
Semoga semuanya selamat.
Semua pesanan ini khas utk diri ini yg sering alpa, jika ada yg baik guna lah.. jika tak baik maafkan.. Sekadar perkongsian pagi.
Vitamin C memainkan peranan untuk meregenerasi kolagen, mencerahkan wajah, dan menghilangkan parut jerawat. Terdapat pelbagai manfaat daripada vitamin C yang boleh didapati dalam bentuk krim dan serum.
Pemakaian serum sebagai salah satu rejim penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang asing pada mereka yang mengambil berat tentang kesihatan kulit. Serum Vitamin C dengan bahan antioksidan amat berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen serta membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan memperbaiki kerosakan kulit.
Kerosakan kulit boleh diakibatkan oleh pencemaran dan pancaran matahari. Maka sebab itulah selain mengamalkan pengambilan Vitamin C secara oral, anda juga perlu mengamalkan pemakaian produk penjagaan wajah seperti serum dan juga krim yang mengandungi Vitamin C.
Jika anda menginginkan serum yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah, pilih produk yang mudah meresap ke dalam kulit wajah. Pilihlah produk vitamin C aktif dan bahan tambahan lainnya yang membuatkan vitamin C mudah diserap kulit sekaligus terjaga kestabilannya. Anda juga boleh memilih produk yang disertai vitamin E. Vitamin E dapat melancarkan peredaran darah sehingga dapat memberikan efek sinergi dengan vitamin C.
Jika anda memiliki masalah jerawat, pilihlah serum dengan kandungan vitamin C aktif. Vitamin C berfungsi untuk mencegah pembentukan sebum yang menjadi penyebab timbulnya jerawat. Pilih serum vitamin C dengan tekstur yang tidak melekit untuk keselesaan anda.
Vitamin C juga berperanan dalam membantu pembentukan kolagen semula jadi kulit. Kolagen adalah unsur yang menjaga kulit agar tetap anjal dalam proses keremajaan kulit. Jika anda ingin kulit tampak muda, pilihlah serum vitamin C dengan tambahan hyaluronic acid atau ceramide. Campuran vitamin C dengan bahan tersebut akan meningkatkan keremajaan kulit agar kulit lebih anjal.
Walau bagaimanapun bagi anda yang memiliki kulit sensitif atau kulit kering, sebaiknya anda lebih peka dengan bahan-bahan tertentu agar tidak merosakkan kulit anda. Hindari produk dengan kandungan paraben dan alkohol yang berpotensi memberikan beban pada kulit anda. Selain itu, pilih juga produk dengan kandungan asid yang rendah.
KENAPA SERUM VITAMIN C BERTUKAR WARNA?
Krim atau serum wajah yang mengandungi vitamin C memang mudah mengalami perubahan warna, dari putih menjadi agak kuning sampai cokelat. Krim atau serum wajah yang kandungan utamanya adalah vitamin C mengalami oksidasi jika terpapar udara, cahaya, dan panas. Sama seperti buah-buahan yang akan berubah warna kalau sudah dikupas terlalu lama.
Jika krim atau serum wajah berubah kecoklatan, khasiat dan kekuatannya sudah berkurang. Semakin terang warna krim atau serum wajah kandungan vitamin C-nya semakin tinggi. Sementara semakin gelap warnanya, kandungannya sudah semakin sedikit. Jadi jika warnanya sudah coklat gelap, sebaiknya anda tidak menggunakan serum atau krim tersebut.
TIP MEMILIH DAN MENYIMPAN SERUM VITAMIN C:
*Pilih krim wajah atau serum vitamin C dalam kemasan kecil, supaya tidak disimpan terlalu lama dan terpapar udara serta cahaya.
*Jauhkan krim dan serum dari paparan sinar matahari langsung. Setelah memakai serum atau krim, tutup kemasannya dengan rapat supaya tidak terkontaminasi udara atau cahaya. Sambil mengoleskan pada wajah, sebaiknya Anda juga menutup krim wajah, jangan dibiarkan terbuka.
*Simpan krim wajah atau serum vitamin C Anda di tempat yang sejuk.
PILIHAN SERUM VITAMIN C YANG BOLEH ANDA PILIH:
ALPHA-H Vitamin C Serum
Masalah jeragat pada kulit wajah dapat diatasi dengan adanya ALPHA-H Vitamin C Serum yang dirumus khas dengan bahan semulajadi dan Vitamin C. Serum ini berfungsi untuk merawat dan mencegah kesan penuaan, pigmentasi dan garis halus kerana ia mengandungi pelembap untuk penghidratan yang berterusan serta merangsang pertumbuhan kolagen.
PURITO Pure Vitamin C Serum
Dengan kandungan 10% asid Ascobic dan 84% Asid Hyaluronic, vitamin tulen secara inovatifnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kulit.Berfungsi untuk melawan kedutan, kembalikan keanjalan, menghapuskan lingkaran gelap, mencerah, melembut dan melegakan kulit serta kesan parut jerawat hilang dalam masa beberapa minggu sahaja.
Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop
Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik. Serum vitamin C ini sesuai digunakan oleh semua peringkta usia dan semua jenis kulit kerana formulanya yang tidak merengsakan.
Wardah C-defense with Vitamin C Serum
Serum ini memiliki kandungan utama Hi-Grade Vitamin C 10% dengan tambahan aloe vera dan biosaccharide. Produk ini memiliki tekstur yang ringan dan dapat meresap dengan mudah. Tahap vitaminnya akan membantu mencerahkan kulit anda, menjaga keanjalan kulit, memperbaiki struktur kulit, dan melembapkan.
The Body Shop Vitamin C Skin Boost
Produk ini mengandung glycerin dan ascorbic acid yang akan memberikan kelembapan dan berperanan sebagai antioksidan. Serum ini sesuai dipakai pada waktu pagi dan malam hari sebagai langkah terakhir perawatan kulit harian anda. Dengan pemakaian yang teratur, hasilnya kulit anda lebih cerah dan berseri hasil kandungan mineral glowing dalam serum ini.
HIJABISTA: Terdapat banyak produk serum vitamin C yang boleh anda pilih dengan tekstur yang berbeza-beza. Anda boleh memilih tekstur yang ringan atau kenyal sesuai dengan keinginan dan keperluan kulit.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.