Ads

Ernie Zakri Terima Teguran Busana Dengan Positif, Akui Berhijab Tanggungjawab Besar

Ernie Zakri memilih untuk menerima teguran dengan hati terbuka apabila gaya busananya baru-baru ini menjadi perhatian dan dinilai ramai. Bagi penyanyi bersuara hebat itu, teguran yang diterima bukan dianggap sebagai serangan, sebaliknya ruang untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri.

Penyanyi itu memilih untuk berlapang dada selepas ada pihak menegur penampilannya yang dikatakan kurang sesuai dengan imej seorang wanita berhijab. Tanpa melatah atau cuba mempertahankan diri, Ernie tampil memohon maaf atas kekhilafan tersebut.

Ernie Zakri Terima Teguran Busana Dengan Positif, Akui Berhijab Tanggungjawab Besar

Ernie Zakri Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

Menurut pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, sebagai manusia biasa dia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Malah, pandangan orang lain kadangkala diperlukan kerana seseorang mungkin terlepas pandang apabila menilai sesuatu hanya daripada perspektif sendiri.

“Saya terima segalanya dengan terbuka. Bila orang beri teguran dan sebagainya, saya manusia biasa… Saya terima, tidak ada apa-apa yang pernah saya lawan atau apa-apa.”

Ernie turut memohon maaf sekiranya penampilan yang digayakan sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang.

“Kadang-kadang kita melihat dengan mata kita, kadang-kadang kita terlupa juga pandangan mata luar yang harus kita ambil berat juga. Saya terima dengan hati terbuka dan saya mohon maaf sekiranya look yang saya pakai itu mungkin memberi ketidaksenangan hati.”

Ernie Zakri Terima Teguran Busana Dengan Positif, Akui Berhijab Tanggungjawab Besar

“Berhijab Ini Tanggungjawab Yang Sangat Besar”

Sebagai figura awam, Ernie sedar setiap tindakannya mempunyai pengaruh, khususnya terhadap golongan muda yang menjadikan selebriti sebagai inspirasi dalam berfesyen.

Atas kesedaran itu, pelantun lagu Ku Bersuara tersebut tidak mahu kekhilafannya dianggap sebagai sesuatu yang wajar dicontohi.

Ads

“Pertama, kita berhijab ini tanggungjawab yang sangat besar. Saya juga tak nak menggalakkan orang lain buat. Adik-adik yang seperti baru nak pakai tudung mungkin fikir, ‘Oh Kak Ernie boleh pakai macam tu, mesti boleh kan’, itu dah jadi responsibility kita.”

Malah, Ernie sendiri memberikan pesanan cukup jelas agar kesilapannya tidak dijadikan ikutan.

“Kita tak tahu impak itu seperti apa, tapi saya manusia biasa melakukan kesilapan. Jangan tiru itu.”

Ernie Zakri Lebih Berhati-Hati Dengan Imej Sebagai Ibu

Tidak mahu perkara sama berulang, Ernie mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama pasukannya mengenai pemilihan busana dan imej untuk penampilan seterusnya.

Baginya, tanggungjawab tersebut kini bukan hanya sebagai seorang penyanyi dan wanita berhijab, malah sebagai seorang ibu.

“Saya sedar dengan teguran itu, jadi kita bersama dengan team duduk berkumpul berbincang. Kita ada mesyuarat dan cakap, okey lepas ini kita kena hati-hati. Saya juga seorang ibu, saya perlu berhati-hati dengan imej.”

Isteri kepada penyanyi Syamel itu juga tidak mahu menjadikan apa yang berlaku di belakang tabir sebagai alasan untuk membela diri.

Ads

Baginya, penonton menilai berdasarkan apa yang dipersembahkan di hadapan mereka. Justeru, dia memilih untuk mengambil tanggungjawab dan menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran.

“Setiap yang berlaku ada hikmah, kita belajar daripadanya dan ambil ia sebagai perkara positif. Senyum, jalan terus.”

Pendekatan itu juga membuatkan Ernie Zakri dan pasukannya lebih berhati-hati dalam merancang imej serta pemilihan busana bagi penampilan akan datang.

Tak Semua Luka Perlu Dibalas Dengan Luka

Menariknya, kematangan Ernie berdepan teguran itu turut selari dengan mesej karya terbaharunya, Sejambak Bunga, ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh.

Lagu berkenaan membawa mesej tentang kebangkitan selepas melalui pelbagai fasa kehidupan, menerima apa yang telah berlaku dan memilih untuk terus melangkah sebagai versi diri yang lebih baik.

Ads

“Bagi saya, Sejambak Bunga ialah sebuah lagu tentang kebangkitan. Kita semua melalui pelbagai fasa dan setiap pengalaman membentuk siapa kita hari ini.”

Ernie turut berkongsi satu pesanan yang cukup mendalam tentang bagaimana seseorang memilih untuk berdepan perkara yang menyakitkan.

“Tak semua luka perlu dibalas dengan luka, kadang-kadang kemenangan kita ialah apabila kita tetap memilih untuk menjadi baik.”

Jadikan Teguran Sebagai Ruang Memperbaiki Diri

Buat Hijabista, apa yang ditunjukkan Ernie Zakri menjadi peringatan bahawa perjalanan berhijab dan memperbaiki diri bukan tentang menjadi sempurna dalam sekelip mata.

Kesilapan boleh berlaku, namun yang lebih penting ialah bagaimana seseorang menerima teguran, mengakui kekurangan dan berusaha memperbetulkannya.

Dalam keadaan setiap penampilan seorang figura awam mudah menjadi perhatian, tindakan menerima teguran tanpa membalasnya dengan kemarahan juga boleh menjadi satu bentuk muhasabah.

Apa yang berlaku menjadi pengalaman buat Ernie untuk lebih berhati-hati selepas ini, bukan sahaja sebagai penyanyi tetapi juga sebagai wanita berhijab dan seorang ibu.

Istiqamah juga sebuah perjalanan terus belajar, bermuhasabah dan melangkah menjadi lebih baik daripada semalam.

Sumber : Sinar Plus

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Rutin Penjagaan Kulit Malam! 6 Langkah Mudah & Berkesan Untuk Kulit...

Rutin penjagaan kulit malam dengan 6 langkah mudah dan praktikal untuk membantu menjaga kelembapan, skin barrier serta kesegaran kulit.