Berita

ERIN ZELIA NAWAWI Buktikan Anak Kampung Juga Boleh Berjaya, Bawa Gelaran Juara Tilawah Quran Di Qatar

Share

Kenali Erin Zelia Nawawi dari Sergai, Sumatera Utara yang memenangi tempat pertama dalam tilawah Tijan An Nur Musabaqoh Tilawah Quran (MTQ) ke-11 di Qatar pada 8-17 Februari 2023.

Erin Zelia Nawawi melakar namanya di mata dunia serta membutkikan bahawa anak kampung juga mampu menggenggam kejayaan.

Terdahulu, kejayaannya bermula di sekolah atas bimbingan ibu bapa serta guru-guru sehinggalah bergelar juara dunia di MTQ Qatar.

Erin merupakan anak kepada pasangan Agul Kurnawawi dan Safrida Tapi. Dia menjadi salah seorang daripada empat wakil Indonesia yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Sejak dari dahulu lagi, Erin sangat terkenal dengan pencapaiannya yang sering memenangi beberapa pertandingan MTQ peringkat wilayah dan kebangsaan.

Tahun lalu, Erin berjaya memenangi tempat kedua dalam MTQ XXIX Kebangsaan pada tahun 2022.

Semoga kejayaan dan pengaruh yang baik daripada Erin menjadi motivasi dan inspirasi kepada semua.

Sesungguhnya tiada yang mustahil jika Allah berkehendak. Semoga pencapaian Erin ini menjadi pendorong kepada anak-anak muda untuk terus memartabatkan Al-Quran.

Kredit Foto: Instagram Erin Zelia Nawawi

IKLAN