HUAWEI Mate40 Pro adalah peranti paling ‘berkuasa’ dalam sejarah penghasilan gajet daripada HUAWEI. Ia hadir dengan revolusi dan inovasi yang mengkagumkan sama ada dari segi fotografi, ciri-ciri yang berkaitan dengan pekerjaan, atau jenis fungsi yang anda sukai seperti yang diharapkan dalam kehidupan moden.

Baru-baru ini HUAWEI Mate40 Pro dinobatkan sebagai telefon pintar serba boleh 2020. Jadi, bagaimana HUAWEI Mate40 Pro membolehkan anda melangkah lebih jauh dalam menjalani kehidupan harian? Jom kita selidiki keistimewaan yang ada pada peranti terbaru HUAWEI Mate40 Pro ini.

Berikut ENAM sebab mengapa HUAWEI Mate40 Pro adalah telefon pintar serba boleh yang diperlukan untuk kehidupan seharian anda.

SPESIFIKASI DAN REKABENTUK

HUAWEI Mate40 Pro mempunyai banyak ciri yang begitu menyerlah dan yang pertama adalah Chipset Berprestasi Terbaik. Dengan kekuatan Mate terbaik, Siri Kirin 9000  yang lengkap terbina dengan sokongan jaringan 5G, ia mampu menangani pengiraan intensif dan operasi pelbagai tugas dengan mudah.

Sebagai seorang profesional yang sedang bekerja, anda tentu tidak mahu mengalami prestasi sistem yang perlahan sehingga menghalang anda dari menyelesaikan pekerjaan dengan cekap dan efisien. Anda boleh pergi lebih jauh dengan chipset yang lebih nipis, tetapi berkuasa hebat.

Bayangkan diri anda sebagai seorang ‘gamer’, anda pasti mencari peranti dengan prestasi kadar segar semula yang tinggi ketika mendapatkan telefon pintar. HUAWEI Mate40 Pro mempunyai kadar segar semula 90Hz dan layar 2K serta jangka hayat bateri yang panjang, ia mengatasi telefon pintar lain yang sedia ada.

KAMERA

HUAWEI Mate40 Pro juga memberi jaminan kepada anda seperti seorang juru gambar profesional. HUAWEI Mate40 Pro mempunyai Persediaan Kamera Tiga Kali: Kamera Periscope Telephoto untuk menyokong zoom hibrid 10x dan zoom digital 50x. Kamera Ultra-Wide Cine pula menawarkan pandangan yang lebih luas, peningkatan prestasi cahaya rendah dan algoritma pembetulan distorsi. Ia membolehkan pengguna menangkap gambar yang indah dengan landskap yang luas.

Kamera Selfie Ultra Visi pula untuk aktiviti swafoto dan video dengan capaian yang lebih tinggi dengan sokongan untuk tangkapan 4K dan pilihan untuk mengambil gambar di salah satu daripada tiga bidang pandangan yang tersedia, mulai dari jarak dekat dan peribadi hingga ultra lebar. Jadi, anda tidak perlu risau untuk menangkap gambar objek yang jauh dan berubah menjadi kabur. Tidak kira seberapa jauh gambarnya, outputnya akan selalu menjadi gambar berdefinisi tinggi dan mengagumkan.

Bayangkan diri anda bekerja di bahagian pembinaan dan ingin memeriksa sesuatu di tingkat bawah dari tingkat 20. Hanya zoom. Ia begitu menyenangkan, atau bayangkan anda mula berjinak-jinak dengan vlog tetapi tidak perlu mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk membeli peralatan tambahan seperti penstabil. HUAWEI Mate40 Pro dilengkapi dengan penstabil video AI untuk memastikan kestabilan ketika penghasilan video anda.

Ingin merakam vlog kreatif? Gunakan ciri Story Creator HUAWEI Mate40 Pro. Cipta kreativiti dengan rangkaian produk HUAWEI Ecosystem, agar anda dapat berkarya dengan lebih kreatif selain mendorong kreativiti anda pergi lebih jauh. HUAWEI menjanjikan setiap momen yang dirakam seperti ‘hidup.’

IKLAN

BATERI

HUAWEI Mate40 Pro mempunyai ukuran bateri yang hebat untuk peranti ringan power pact. Bateri berkapasiti besar 4400mAh, menyokong pengecasan berwayar 66W sementara pengecas tanpa wayarnya menyokong 50W. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah bateri harian anda yang cepat habis kuasa bateri seperti masa lalu, tetapi juga dapat memberi anda kepuasan untuk memiliki telefon pintar yang terisi penuh hanya dalam tempoh yang singkat. Isian penuh bateri dengan kelajuan pantas membolehkan anda meneruskan aktiviti harian anda sama ada anda berada di rumah, bekerja atau di luar. Pendek kata, HUAWEI Mate40 Pro membolehkan anda melakukan apa-apa tugas sepanjang hari tanpa halangan.

KESELESAAN

HUAWEI Mate40 Pro memberikan anda perasaan dan gaya yang berbeza. Ia memeluk tangan dengan sempurna dan memberikan keselesaan ketika dipegang. HUAWEI 88 ° Horizon Display dari tepi ke tepi menawarkan paparan yang luar biasa, dengan kandungan di layar tersebar di permukaan skrin, warna streaming, ikon dan teks seolah-olah tumpah dari air terjun. Sudut bulat membantu memastikan telefon anda tetap utuh dan selesa disentuh.

Ia juga dilengkapi dengan stereo dual speaker yang menghasilkan kesan bunyi yang menyeluruh dengan stereo super bass. Pendek kata, HUAWEI Mate40 Pro menjadi telefon pintar serba boleh, memenuhi segala kehendak dan keinginan anda.

Tidak perlu risau tentang percikan air atau hujan yang datang secara tiba-tiba. HUAWEI Mate40 Pro anda dilindungi dengan penilaian IP68 untuk percikan air, air dan habuk. Sama ada anda bekerja di rumah atau mendaki di luar, ia sangat sesuai untuk anda.

EMUI 11

Terokai pengalaman pengguna interaktif dengan inovasi terkini EMUI 11 yang merangkumi AI Smart Gesture serba baru, Eyes on Display, Multi Skrin dan banyak lagi. Pengguna kini bebas meneroka melalui interaksi bebas sentuhan AI.

Gerakkan tangan anda ke atas dan ke bawah atau kiri dan kanan untuk melihat-lihat foto anda atau membalik halaman dalam e-buku. Lakukan gerakan pantas untuk mengambil tangkapan layar cepat atau arahkan tangan anda dekat dengan skrin untuk menjawab panggilan, atau mengawal main balik audio. Ingin mendiamkan telefon bimbit anda? Pandang sahaja, dan kelantangannya akan turun secara automatik. Ciri ini sangat berguna, terutamanya apabila tangan anda dilitupi dengan tepung atau cat.

Dengan Eyes on Display, anda boleh menambahkan sentuhan peribadi pada Eyes on Display. Ia membolehkan telefon anda lebih menonjol dan mudah dikenali ketika telefon lain diletakkan bersama dengan HUAWEI Mate40 Pro.

IKLAN

MULTI SKRIN

Multi Skrin yang dikemas kini fungsinya di bawah ciri perkongsian HUAWEI mampu menyokong sehingga tiga aplikasi aktif secara serentak. Oleh itu, anda tidak perlu berbalik di antara skrin untuk mengakses aplikasi yang berbeza atau memindahkan fail kerana ia memerlukan penyambungan peranti ke tahap yang sama sekali baru. Ia membolehkan ‘kerjasama lancar’ antara telefon pintar HUAWEI, siri HUAWEI MatePad atau bahkan siri HUAWEI MateBook. Pengguna boleh mengawal kedua-dua peranti hanya dari satu skrin.

Untuk multitasking yang mudah, gunakan pemproses kata di satu sisi dan buka penyemak imbas untuk bahan rujukan di sisi lain. Anda dapat mengikuti siri tontonan terbaru yang anda mahukan sepanjang hari, sambil membalas mesej pada masa yang sama dengan Floating Window. Sekiranya komputer riba anda kehabisan bateri, anda juga boleh menggunakan Smart Multi-window pada HUAWEI Mate40 Pro anda.

Selain daripada itu, jangan lupa perisian komunikasi eksklusif, MeeTime by HUAWEI, bukan sahaja mempunyai panggilan video yang lebih jelas, lebih cerah dan lebih lancar, tetapi yang paling penting, ia dilengkapi dengan fungsi skrin berkongsi, yang membolehkan anda berbincang secara peribadi. Pada masa yang sama, dengan HUAWEI Notepad ia dapat mengenal teks dan membolehkan anda mengekstrak teks dan berkongsi dengan rakan sekerja anda dengan segera.

HMS

HMS telah meningkat dengan pesat sepanjang tahun lalu dan telah membantu meningkatkan kehidupan pengguna dengan aplikasi pintar. Apa sahaja yang dimiliki oleh Google, HUAWEI juga memilikinya. Dalam situasi tertentu, HUAWEI dapat melakukan yang lebih baik dengan menawarkan pengalaman dan ganjaran yang lebih baik kepada pengguna.

HUAWEI telah melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih baru, HUAWEI Pay. Pengguna kini boleh melakukan transaksi yang selamat dan terjamin dengan satu klik  pada telefon pintar HUAWEI. Anda hanya perlu memasukkan nombor kad kredit ICBC Union Pay, kad debit dari bank utama, kad prabayar dan  e-wallet dan ia akan tersedia di HUAWEI Pay.

Selain HUAWEI AppGallery dan HUAWEI Pay, terdapat juga aplikasi baru seperti Petal Maps dan HUAWEI Docs! Bagi pengguna Mate 40 Pro, mereka akan mendapat Penstoran Mudah Alih (Mobile Cloud Storage) HUAWEI 50GB percuma selama 12 bulan, akses VIP Video HUAWEI selama 3 bulan, baucar RM40 untuk HUAWEI Books dan banyak lagi.

HUAWEI Mate40 Pro, telefon pintar serba boleh ditawarkan dengan harga RM4,299 dengan FREEBIES bernilai sehingga RM3,300 termasuk HUAWEI sound X bernilai RM1,299 (terhad kepada 1000 unit yang terawal sahaja). Ia secara rasmi akan mula dijual pada 12.12. Peranti ini juga boleh didapati di laman web rasmi HUAWEI-shop.HUAWEI.com/my, HUAWEI Experience Stores, dan telekomunikasi terpilih yang lain.

IKLAN

Boleh juga dimiliki melalui pembelian di Lazada:

https://c.lazada.com.my/t/c.YUAjFL?intent=false&fallback=true&url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fshop%2Fhuawei-flagship-store%2F%3F

EKOSISTEM HUAWEI

Selain daripada HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI turut menawarkan rangkaian produk luar biasa yang lain termasuk HUAWEI Y7a, HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II, HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI WATCH GT2 Pro, HUAWEI MateBook 14 dan HUAWEI MUBook10 dan HUAWEI M10.

Dapatkan maklumat lengkap tentang produk HUAWEI di sini:

https://shop.huawei.com/my/new-arrivals-december-2020.html?utm_medium=pr&utm_source=massmedia&utm_campaign=NewArrivalDec2020

Selain itu, HUAWEI juga sedang menjalankan kempen tahunan ‘Better Together.’ Mulai sekarang hingga 3 Januari 2021, pelanggan HUAWEI yang bertuah, berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000. Seorang pemenang bertuah berpeluang membawa pulang Proton X50 yang baru!

Tahukah anda bahawa HUAWEI Y7a adalah satu-satunya telefon pintar di Malaysia yang menyokong 22.5W SuperCharge pada harga RM799 sahaja? Bukankah itu luar biasa?

Lihat TUJUH sebab mengapa HUAWEI Y7A adalah telefon pintar paling berharga di sini:

*BM YouTube: https://youtu.be/_nk7CmNKLlk

*CHI YouTube: https://youtu.be/ViAJnGAZtY8

*BM Facebook: https://business.facebook.com/watch/?v=287922449290123

*CHI Facebook: https://business.facebook.com/watch/?v=1267421180304300