Wanita memang cukup obsess jika mendengar cara untuk menurunkan berat badan. Tetapi dalam masa sama otak sudah berfikir susah utuk kurangkan berat badan hingga menyebabkan kita jadi stress.
Pelbagai cara telah dilakukan dan hasil timbangan tetap seperti sebelumnya. Dalam hal ini Datuk Dr Hamid Arshat melalui satu postingnya turut menyenaraikan mengapa seseorang yang mengalami tahap obesiti gagal kurangkan berat badan.
Beliau turut memberikan solusi paling sesuai untuk menurunkan berat badan berlebihan ini. Dan salah satunya diingatkan agar berfikiran positif dan ubat tabiat pemakanan. Jadi admin nak pesan jika mahu kurus tanpa mengambil sebarang pil atau pembedahan, boleh ikut cara disaran Dr Hamid Arshat yang dijamin selamat dan berkesan.
OBESITY . MENGAPA GAGAL KURANGKAN BERAT BADAN?
KEMANDULAN DAN KESUBURAN. Memang benar kegemokkan menyebabkan berbagai penyakit. Ia mengganggu kesuburan, kehamilan dan kelahiran. Sering dikaitkan dengan PCOS, menyebabkan telor tak matang, kemandulan dan gangguan haid. Bila hamil, risiko gugur premature Labour, bayi mati dalam perut, bayi juga meningkat
2. DENIAL. Orang obese ada masalah minda. Mereka menyangkal hakikat mereka makan berlebihan. ‘Denial syndrome’. Hanya makanan berlebihan sahaja yg menyebabkan seseorang gemok, khususnya makanan lebih gula dan karbohaidret. Seboleh2 mereka cuba menyorokkan, saperti makan seorangan, makan waktu selingan dan luar waktu makan.
3. CATIT CITA2 DAN SASARAN. Semua orang ada cita2 dan azam, nak sihat, kaya, bahagia berkeluarga, warak dan taqwa. Catitkan cita2 kita dan sinaraikan sasaran2 dalam note book. Jadikan satu tabiat mencatit setiap hari. Rancang tindakan2 untuk capai sasaran. Kali ini cita2 kita nak KURUS BADAN.
4. KAWAL DAN KURANGKAN MAKANAN. LAKUKAN EXERCISE 30 MINIT SETIAP HARI. Dua tindakan sangat penting dan berkesan untuk kurus.
5. CATITKAN SASARAN BAGI SETIAP MINGGU DAN SETIAP BULAN Mithalnya nak capai pengurangan berat 2 atau 3 kilogramme setiap bulan. Sasaran terakhir nak kurang berat 20 kg. Pantau setiap hari, minggu dan bulan. Setiap pagi kata pada diri sendiri. Berbisik atau dengan kuat. “Saya bolih buat“ Berulang2 kali sampai ia masuk dalam ‘subconscious minds’
6. AMALKAN PEMIKIRAN POSITIVE. Hilangkan denial syndrome. Katakan pada diri sendiri, “Aku bolih hamil bila kurus” “Aku lebih cantik bila kurus“ “Suami aku lebih sayang bila kurus, cantik dan ada anak.” Ulang2 setiap waktu bila lapang. Tengok gambar2 wanita yang cantik dan langsing badannya. Tenong dan bayangkan diri kita begitu. Saloma ada kata “Tiru macam saya”
7. UBAH TABIAT MAKAN. Ambil sedikit makan. Pakai pinggan kecil. Jangan tambah sajian. Konyah lama2, 20 kali konyah bagi setiap suapan. Makanan selingan (tea dan coffee breaks), makan buah badam, kismis atau korma. Minum green tea. Mulakan dengan buah2 sebelum makan lunch dan dinner.
8. BERDOA AGAR CITA2 DAN USAHA KITA DI MAKBULKAN ALLAH. Aamin
Perasan tak kadangkala ada kesan kuning pada bahagian ketiak baju? Biasanya kesan ini terjadi disebabkan oleh peluh atau deodoran yang kita gunakan.
Kesan ini juga susah untuk dibersihkan walaupun sudah dicuci berulang kali. Disebabkan hal ini, anda pasti akan merasa rendah diri dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang lain.
Ada 3 cara untuk mencegah dan menghilangkan kesan kuning pada bahagian ketiak baju tersebut.
Bedak Bayi
Badan yang berpeluh memang tidak dapat dielakkan tetapi anda boleh mencegahnya supaya kesan kuning tidak terjadi pada baju.
Caranya mudah sahaja, oleskan bedak nipis-nipis pada ketiak baju bahagian dalam. Bedak bayi ini berfungsi untuk menyerap kelembapan dan mengurangkan kesan peluh.
Air Cuka
Air cuka boleh menyamarkan kesan kuning pada pakaian anda. Langkahnya:
1. Rendam baju dengan air cuka selama 20 minit.
2. Kemudian, rendam lagi baju tersebut dengan sabun pencuci selama 20 minit.
3. Ulang beberapa kali sehingga kesan tersebut hilang.
Air Garam
Selain air cuka, air garam juga boleh menghilangkan kesan kuning pada baju. Caranya mudah sahaja:
1. Larutkan 5 sudu makan garam dan 1 liter air panas.
2. Celupkan span ke dalam larutan tersebut.
3. Gosokkan span tersebut pada kawasan yang terkena kesan kuning itu.
4. Cuci baju menggunakan mesin basuh yang telah dicampurkan dengan sedikit baking soda.
Selain penjagaan mencuci wajah dengan tiga langkah (pembersih, penyegar dan pelembap) pemakaian masker juga penting untuk membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah. Tidak payah mengeluarkan belanja besar untuk membeli masker kerana anda boleh lakukannya sendiri di rumah. Perkongsian dari Puan Nor Noriah di laman sosial facebook ini juga memberikan cara bagaimana mahu membuat masker sendiri dari tomato dan juga tepung beras.
Masker ini sangat bagus untuk mengecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
Ayuh kita lihat bahan-bahan dan cara membuatnya:
Sedikit tepung beras dalam 2/3 sudu besar, anggaran supaya bancuhan menjadi pes.
2. Bagus untuk jenis kulit kering kerana tepung beras dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.
3. Mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
4. Membuang kulit mati/memudarkan bintik hitam.
Tomato dipotong halus @ diblend bersama sedikit air untuk dijadikan pes.
Pes tomato + tepung beras tadi boleh di buat Masker @ di bekukan untuk dijadikan cube ais dan di sapu pada muka juga. bagus untuk kecilkan liang pori wajah, menghaluskan kulit dan mencerahkan kulit wajah.
Antara kebaikan tomato pada wanita ialah:
1. Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata (mata panda/eyebag)
Hiris tomato secara nipis, kemudian celup ke dalam yogurt asli. Lekapkan pada bahagian mata. Cara ini membantu mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit tampak segar dan semakin cerah. Amalkan petua ini seminggu dua kali.
2. Kecutkan jerawat.
Lenyek atau kisar tomato sehingga hancur, jangan campurkan dengan air. Kemudian sapukan pada wajah. Biar ia kering, bilas dengan air suam. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah. Jerawat akan beransur kecut dan hilang secara perlahan-lahan tanpa meninggalkan parut.
3. Jeragat jadi pudar.
Potong buah ini kepada dua bahagian, kemudian gosokkan secara perlahan-lahan pada bahagian yang mempunyai pigmentasi. Lakukan setiap hari, pigmentasi akan semakin pudar dan kulit semakin cerah.
4. Kecilkan liang Pori wajah.
Bagi membantu wanita mengecilkan pori kulit, campurkan air perahan tomato dengan putih telur. Jadikan masker, sapukan pada wajah. Biarkan sehingga kering, bilas wajah dengan air perahan lemon diikuti dengan air suam.
5. Kulit wajah lebih lembap.
Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Kulit jelas kelihatan semakin lembap dan berseri.
6. Tona kulit sekata.
Campurkan jus tomato bersama madu asli, kombinasi ramuan ini dikatakan sangat efektif untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Jadikan sebagai masker, biarkan kering pada wajah. Kemudian bilas dengan air suam yang dicampurkan dengan perahan limau nipis. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan menjadi cerah sekata.
7. Rambut lebih sihat.
Caranya mudah, lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Ini membuatkan rambut sihat dan bersinar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1443 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 10 Ogos 2021.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini
Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah mencari kehidupan lebih baik, maju dan sempurna pada masa akan datang. Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, dimana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.
Sebagai kesimpulan, Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik.
Hukum Membaca Doa Akhir Dan Awal Tahun Hijrah
Pada setiap tahun, umat Islam di Malaysia pasti keliru mengenai hukum membaca doa tersebut memandangkan akan ada pihak yang tampil terutamanya di laman media sosial dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan yang dilarang
Ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persoalan benarkah apa yang didakwakan itu selain mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang ingin beramal pada hari tersebut.
Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan. Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.
30hb (akhir Zulhijjah)
Membaca doa akhir tahun hijrah selepas waktu asar (yang akan diajarkan dalam panduan ini)
Doa Akhir Tahun
Bilakah waktu untuk membaca doa ini? Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali.
Fainnana Nastaghfiruka Faghfirlana, Wamaa ‘Amilna Fiihaa Mimma Tardohu Wawa ‘Adtana ‘Alaihit-tawwab, FanasAluka Allahumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikramm
An Tataqobbalahu Minna Walaa Taqtogh RajaaAna Minka Ya Karim, Rabbanaa Aatina Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati Hasanatan Waqina ‘Aazabannar
Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.
Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.
Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami memohon kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.
Ya Allah, berikan kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di Akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Keluarga dan sahabatnya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Doa Awal Tahun
Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung. Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Amalan Sunat Di Bulan Muharram
Menurut pendapat umum ulama, di antara lain amalan yang boleh dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat pada 10 Muharam (puasa Hari Asyura). Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT
Tema Dan Sambutan Maal Hijrah 1442H Di Malaysia
Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H / 2021M adalah “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti’ . Pemilihan tema adalah signifikan kepada ummah di negara ini. “Tema ini bagaikan suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’ iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh. Sambutan tahun Maal Hijrah akan diadakan secara hibrid bermula 6 petang di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 9 Ogos 2021.
Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan. Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan.
Sempena sambutan itu juga, majlis penganugerahan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan akan diadakan dan disempurnakan oleh Perdana Menteri kepada seorang tokoh dalam negara dan seorang tokoh dari luar negara yang banyak jasa dan sumbangan kepada ummah.
Seluruh masyarakat dijemput mengikuti sambutan itu secara langsung menerusi saluran TV1 dan disambung siar oleh TV Al-Hijrah serta media sosial rasmi JAKIM.
Selain itu, radio Nasional FM, Radio IKIM, Ai FM (Mandarin), Traxx FM (Bahasa Inggeris), Minnal FM (Tamil) dan Asyik FM (Radio Orang Asli) turut membuat lintas langsung sambutan itu.
SUMBER: METRO
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya terselit tentang aktiviti-aktiviti melibatkan kecergasan ini.