Kecoh minggu lalu apabila pemain badminton negara kesayangan ramai, Datuk Lee Chong Wei kini sedang menjalani rawatan di Taiwan akibat kanser hidung tahap awal. Ramai melahirkan rasa simpati pada hero negara itu dan mendoakan kesihatan beliau pulih seperti sedia kala. Dalam pada itu, ramai juga yang tertanya-tanya apa sebenarnya kanser hidung ini kerana jarang sekali mendengar sakit ini kecuali kanser payudara, paru-paru, prostat atau ovari. Ramai yang tertanya-tanya apakah itu kanser hidung kerana jarang mendengarnya berbanding payudara, usu, paru-paru atau lymphoma. Menjelaskan perkara ini, Doktor Mohd Shaiful Nizam berkongsi info mengenai kanser hidung di laman twitternya.
Menurut Dr Mohd Shaiful Nizam yang juga doktor telinga, hidung dan tekak ini kanser yang menyerang atlet negara ini adalah Kanser Pangkal Hidung atau nama lain Nasopharyngeal Carcinoma (NPC).
Ads
Kanser NPC ini terjadi di bahagian Nasofarinks berdekatan dengan pangkal tengkorak. Kanser ini juga kerap dihidapi oleh kaum Cina dan menduduki tangga ke lima selepas payudara, usus, paru-paru dan lymphoma.
Faktor risiko disebabkan keturunan dan jangkitan Virus Epstein Barr. Juga dikatakan amalan gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayuran atau ikan kering.
Ads
Gejala utama bengkak di bahagian leher, selain pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran di sebelah telinga.
Ads
Untuk kepastian menghidapinya, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian Nasofarinks diperlukan. Boleh dilakukan di klinik ENT dengan melakukan kaedah bius.
Jika masih ditahap awal dan terus mendapatkan rawatan, kelangsungan hidup (prognosis) boleh bertahan sehingga lima tahun atau jika berada di tahap lain bergantung sekiranya belum merebak ke kawasan lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Soal rezeki, jodoh dan ajal maut itu terletak di tangan Tuhan. Sebagai hamban-Nya kita mengharapkan agar jodoh bersama insan yang paling disayangi kekal hingga ke akhir hayat. Namun siapalah kita mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Perkongsian lelaki ini yang hanya mampu mengecapi nikmat berumah tangga hanya setahun setelah isteri tersayang meninggal dunia selepas melahirkan bayi sulung mereka. Sebelum itu ketika sambutan hari lahir isterinya yang ke 23, Hamijan sempat mendoakan agar Siti Nurhidayah Mohd Saad akan menjadi isteri yang solehah.
Namun siapa sangka cerita cinta mereka berdua kekal hingga ke jannah. Isteri tersayang rupanya dijemput Illahi setelah 11 hari melahirkan zuriat mereka.
Menulis di laman sosial facebook dan kisahnya menjadi viral hingga mengundang sedih di hati netizen.
Setelah beberapa hari meninggal, dia telah menyatakan kerinduan pada arwah isterinya yang dikongsi di laman sosial facebook menggunakan akaun nama Hamijan Mijan.
Sementara itu dalam satu protal lain, Hamijan berkata dia tidak menyangka isterinya pergi secara tiba-tiba kerana Nurhidayah tidak menunjukkan sebarang tanda, bahkan beberapa jam sebelum kejadian mereka masih sempat berbual sepertibiasa.
“Lepas subuh, saya tidur sampai pukul 11, saya (hanya) tersedar apabila anak menangis. Saya bangun buatkan susu anak dan memanggil isteri tetapi tidak dia tidak menyahut. Jadi saya pergi dekat dan menarik selimut, dan melihat tangan arwah sudah kebiruan,” kata Hamijan.
Panik dengan keadaan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri, dia terus memanggil ambulans dan membawa isterinya ke hospital. Namun sebelum sampai di hospital isterinya disahkan meninggal dunia.
Menurut Hamijan, doktor mengesahkan terdapat darah beku di peranakan isterinya yang menjadi punca kepada kejadian tersebut, selain mengalami hipoglisemia (bacaan gula dalam darah rendah) kerana mengalami diabetes semasa mengandung. Bagaimanapun, keputusan penuh dari doktor masih belum diketahui.
Meskipun sedih, namun dia reda dengan pemergian isteri tercinta dan janjinya akan menjaga zuriat, tanda cinta mereka dengan baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setahun yang lalu viral kisah wanita ini yang diceraikan suaminya ketika anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Namun itu bukan alasan untuk menoleh ke belakang mengingati kisah pahit, sebaliknya terus melangkah ke hadapan bagi memastikan masa depan lebih terjamin. Selain bergelar model Muslimah, Intan Saleh juga menggunakan platform media sosial untuk mencari rezeki. Melalui paid review yang dibuat di instagramnya, Intan berjaya memperoleh pendapatan lebih RM3 ribu sebulan.
Bersyukur dengan rezeki dikurniakan Tuhan dan baginya ini semua adalah untuk anak-anaknya yang masih kecil. Menyedari tidak bekerja sebelum ini dan tiada kebolehan lain, Intan terpaksa menggunakan cara mudah untuk mencari sumber pendapatan.
Walaupun kini sudah mempunyai followernya yang ramai iaitu mencecah lebih 350K, Intan tidak bercadang untuk bergelar instafamous atau influencer walaupun setiap perkembangannya jadi perhatian atau ikutan netizen.
“Sejujurnya Intan tidak pernah terfikir untuk bergelar selebriti atau influencer. Walaupun punya pengikut ramai tetapi tidaklah sampai nak jadi macam mereka. Intan tak yakin dan bukanlah pandai bergaya hanya biasa-biasa sahaja.
“Cuma memang Intan akui salah satu punca rezeki Intan adalah melalui paid review di laman instagram. Itupun kakak intan handle dan alhamdulillah hasilnya dapatlah Intan bayar duit rumah sewa,” ujar Intan sambil tersenyum.
Walau bagaimanapun menyedari situasi ini (paid review) bermusim, Intan turut memikirkan untuk mencuba bidang lain seperti bergelar usahawan.
“Buat masa sekarang memang tumpukan perhatian pada tugas sebagai model Muslimah atau jemputan ke sesuatu produk dan juga buat paid review. Tapi benda itu bermusim dan Intan perlu fikir cara lain untuk tambah pendapatan.
“Intan ada bercadang untuk jual barangan sendiri dan mungkin akan buat bisnes tudung satu hari nanti. Semuanya dalam perancangan dan doakan segalanya berjalan lancar,” ceritanya yang bersyukur kerana bekas semua tetap memberi nafkah kepada dua anak-anaknya.
Ternyata penampilan wanita ini cukup berbeza dengan dirinya yang pernah ditemui beberapa bulan yang lalu. Intan kelihatan lebih konfiden, murah senyuman, pandai berbicara, cantik bermekap dan paling penting sinar kegembiraan yang terpancar di wajahnya.
“Diam tak diam sudah setahun Intan lalui episod duka ini. Apa yang berlaku memang mematangkan Intan. Setiap perubahan ini Intan belajar sedikit demi sedikit dari orang sekeliling.
“Intan juga kini rasa lebih tenang dan enjoy lakukan apa sahaja yang disukai. Buat masa ini Intan hanya fikirkan diri Intan dan juga anak-anak. Biarlah apa orang nak kata, Intan tahu apa yang dilakukan.
“Malah ramai yang berpesan pada Intan agar lebih konfiden, berani bercakap kerana sampai bila kita nak orang pijak kepala. Intan juga lebih berani keluar apa jua statement kerana kita adalah diri kita sendiri. Intan buat semua ini demi anak-anak,” tambahnya yang mengakui sedikit penat memikul tanggung jawab sebagai ayah dan ibu serentak.
“Terutama sekali bila keluar pergi beli barang. Kalau dulu tiada masalah sebab ada yang menjaga budak-budak. Tapi kini Intan harus bawa kedua-duanya dan dalam masa sama membeli barangan keperluan harian.
“Namun begitu saya tidak pisahkan anak-anak dengan ayah mereka. Biasanya hujung minggu anak-anak akan diambil ayahnya untuk tinggal bersama. Anak-anak teruja sebab ayahnya akan layan mereka seperti bawa bermain di padang permainan,” cerita Intan yang tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat wajah anak-anaknya.
“Mereka tidur di kiri kanan Intan dan setiap kali tatap wajah mereka Intan memang sedih dan akan memangis. Sehingga hari ini Intan akui setiap hari menangis mengenang anak-anak. Perasaan itu sukar untuk diluahkan kerana ia datang tanpa dipaksa,” beritahu Intan yang mengakui masih belum ada pengganti.
Walaupun kini bergelar ibu dan ayah pada anak-anaknya, wanita yang juga bekas penari ini juga turut menitik beratkan pendidikan anak-anaknya. Insya-Allah tahun depan dia akan seolahkan anaknya yang sulung dan ada kalanya mengajar sendiri mereka di rumah.
Menurutnya lagi sebelum mengakhiri perbualan dia reda dengan ketentuan dirinya yang kini bergelar ibu tunggal, tapi agak berat untuk menerima kehadiran ibu tiri di sisi anak-anaknya.
Intan ditemui ketika dijemput menjadi tetamu di majlis pelancaran serta penjenamaan semula produk kecantikan iFlawless di Petaling Jaya baru-baru ini. Produk yang dikeluarkan dengan jenama iFlawless Lorisa ini dihasilkan dari bahan semulajadi yang diusahakan pasangan suami isteri, Nina Nadia Sahim dan Mohd Azri diyakini sesuai untuk semua jenis kulit.
Perkahwinan dianggap sebagai penyatuan jiwa sepasang insan dalam cara yang dihalalkan. Namun sebagai isteri, tahukah kita apa nafkah yang perlu diberikan oleh suami selain kewajipan zahir dan batin. Jika tidak diberi, akan tanggung akibatnya nanti.
Sememangnya wang perbelanjaan rumah tangga merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna.
Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus bagi memberi kepastian berkenaan soal nafkah.
Jawapan Ustaz Azhar Idrus: Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.
Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main Facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.
Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.
Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengorat nurse lagi.
Jadi, suami cuba fikirlah sama ada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!