Sebagai seorang muslim, selalunya jika kita mempunyai sesuatu keinginan yang tak tercapai meskipun sudah berusaha sebaik mungkin, kita dianjurkan untuk meminta kepada Allah yang maha esa didalam sujud akhir, Tahajjud atau menerusi doa di setiap solat lima waktu.
Tapi pernah tak anda alami, walaupun dah berdoa dan meminta kepada Allah, tapi masih juga permintaan itu tidak dikabulkan atau lambat dimakbulkan? Jika ini terjadi kepada anda mungkin anda perlu semak semula cara berdoa dan tukar cara berdoa!
Justeru, Hijabista ingin berkongsikan cara berdoa yang mampu mengubah hidup kita ke arah lebih baik. Cara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Norizyana Ishak.
Jom Tukar Cara Berdoa! Mana Tau Cepat Makbul
Apa yang perlu anda lakukan adalah menukar kaedah doa seperti minta kepada Allah agar hilangkan kesulitan
Ads
Gantikan perkataan ‘beri’ kepada ‘kurniakanlah’ kepadaku Ya Allah..
Jangan biar doa tergantung, doa mestilah lengkap dengan tujuan untuk apa apa kita meminta doa itu. Lihat perbezaanya antara dua doa dibawah ini.
Adalah lebih baik jika dalam doa itu kita tidak hanya meminta nikmat semata-mata, mintalah juga agar sesuatu yang kita mahukan dan impikan itu mendekatkan kita dengan Allah SWT
Selain meminta Allah memakbulkan doa, kita juga harus menyelitkan rasa syukur, ini amat penting! Kerana ia merupakan tanda terima kasih kita kepada Allah yang tak pernah jemu memberi nikmat kepada hambanya.
Selain itu, amatlah digalakkan untuk mendoakan juga kesejahteraan orang lain agar dapat sama-sama mendapat keberkatan Allah, doakanlah juga untuk ibu bapa, ahli keluarga, adik beradik, sanak saudara, guru dan rakan-rakan seislam kita yang lain.
Ads
Dah tau caranya, jangan lupa amalkan secara konsisten okay, kerana Allah cukup sukakan hambaya yang berusaha dan bersungguh-sungguh meminta dan menyandarkan pengharapan kepadanya.
Lagipun, tidak ada salahnya kita mencuba cara yang baru untuk ke arah kebaikan bukan? Semoga segala amalan dan doa kita ini diterima Allah SWT.
Wanita dan alat mekap sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun, perasaan hampa itu mesti wujud apabila melihat mekap di wajah tidak tahan lama dan jadi bercapuk setelah seharian berada di luar. Situasi ini boleh menyebabkan kita hilang mood! Tetapi sekarang anda tak perlu risau. Seorang pengguna laman sosial facebook Atikah Kamaruzaman telah berkongsi teknik bagi membuat mekap anda tahan lebih lama.
Istimewanya perkongsian gadis ini telah mendapat lebih 22 ribu butang share dan ramai teruja untuk mengetahui cara yang dilakukannya. Wow, sampai begitu sekali sambutan posting ini.
Ayuh kita lihat apa yang telah dilakukannya.
Semburan ini akan bertindak umpama magis di wajah anda. Jadi tidak ada masalah untuk anda pergi ke mana sahaja lokasi atau majlis.
Selepas melihat semua langkah ini, rupanya senang je nak bagi mekap tahan lama pada wajah! Anda semua yang mahu tampil berseri bolehlah ikuti langkahnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap wanita mengimpikan kulit yang mulus serta badan yang ramping dan langsing. Kalau kita lihat, kebanyakan orang Korea mempunyai kulit dan tubuh seperti ini. Agaknya apa rahsia mereka ya?
Sebenarnya tidak susah pun memiliki tubuh dan kulit seperti gadis Korea, cuma anda perlu lebih berdisiplin dalam penjagaan kulit serta mengawal pengambilan makanan anda.
Mengikut perkongsian Sakinah Omar di Facebook, banyak perkara yang dipelajarinya sewaktu berada di Korea. Dia juga perasan bahawa orang Korea memiliki kulit yang putih, bersih serta badan yang langsing. Daripada hasil pemerhatian Sakinah, ada beberapa perkara yang ingin dikongsinya kepada anda semua.
“Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yang kina belajar dari orang Korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit & badan. Kalau anda datang Korea mesti perasan kulit diorang ni banyak yang putih, bersih dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan-kawan Korean cara diorang jaga kecantikan, so kat bawah ni kina list kan beberapa secret tips yang diorang berithau dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:
Ketiga-tiga benda kat atas ni adalah benda asas yang setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence etc.. tapi tiga-tiga di atas adalah yg paling basic. So kalau malas sangat nak ada cream banyak-banyak, at least yg tiga tu mesti ada.
Ini roomate Korean kina sendiri yang bagitau. Peeling gel ni macam scrub yang exfoliate kulit-kulit mati & daki-daki. Wajib pakai sekurang2 nya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sbb tu kalau tgk kulit badan diorg pun flawless dan licin. Dulu kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic kina recommend Aqua Peeling.
Kalau kat Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi org Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yg bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni. Tak pakai makeup takpa, asalkan pakai Sunblock.
Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik2 jeragat, jerawat, sunburn etc. Bagi org Korea sunblock ni benda basic juga dan tersangat2 lah penting.
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak & manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang Korea slim-slim.
Kalau sesiapa yg pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan2 sayur ni dan tak perlu explain lagi.
Waktu kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga, dan ada yg buat zumba.
Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 org veteran Korea (umur dh 50 ke atas). Diorang kata, setiap weekend diorg pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan diorg mmg slim, kulit pun tegang mcm baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je.
So apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pulak.. takkan nak kalah dengan makcik2 kat Korea ni kan..
Kawan-kawan Korean kina kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni, dan siapa yg pernah sampai Korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening taktau nak beli yg mana.
Mask ni sangat membantu untuk lembutkan & buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan2 yg rajin pakai mask kan, kulit diorg licin jenis berkilat tu. Sangat glowing. Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh.
Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih & telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepastu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2kali seminggu.
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yg dah diproses, ada juga seaweed fresh yg dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yg sangat bagus untuk kulit.
Dan org Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga mcm seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi.. Mula-mula pelik tp bila makan sedap! Tauhu tu diaorg makan colet dengan Kimchi mcm makan kopok lekor cicah sos hihihi
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diorg buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka etc.. untuk penjagaan kulit & dalaman adalah semua yang dah disenaraikan kat atas tu.
So boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan etc. Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat-sangat la mahal.
Jadi seboleh-bolehnya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.. sebab tu kalau kat Jeju ni nenek2 umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?
Semoga info-info ini memberi manfaat. Boleh share kat kawan-kawan.”
Sekarang ini seperti menjadi trend, setiap kali ada cuti panjang ramai antara kita terutama mereka yang bertugas sebagai guru mengambil peluang melawat beberapa tempat menarik di luar negara. Apatah lagi tiket tambang murah yang sering membuat promosi menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan bercuti sama ada secara group atau individu.
Tiada halangan atau alasan tiket mahal atau tidak tahu kerana sekarang semua maklumat kini hanya di hujung jari. Seperti perkongsian wanita ini yang juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah. Biarpun mengajar jauh di luar bandar demi anak bangsa, tetapi Haitun Kamarazaman tidak melepaskan peluang untuk berkembara di bumi asing setiap kali cuti persekolahan.
Dan sebagai seorang wanita Muslimah, guru yang mengajar di Sekolah Menengah Koyan dalam subjek Bahasa Melayu ini tetap tidak meninggalkan sesekali kewajipan bersolat. Baginya, tidak kira walau di mana berada, SOLAT itu adalah kewajipan dan tiada alasan untuk tidak menunaikannya.
Oleh sebab itu, jika pergi bercuti di tempat yang sukar untuk berjumpa masjid, beliau akan mempersiapkan segala keperluan dirinya untuk menunaikan kewajipan fardu itu. Sebelum ini, banyak sudah tempat yang dilawati seperti Osaka, Jepun, Paris, Belgium, Amsterdam dan banyak lagi. Dan sempena cuti Deepavali tempoh hari, beliau telah mengambil kesempatan bercuti ke beberapa tempat menarik di India.
Beliau pergi bersama rombongan guru dari Kuala Lipis dan turut membawa seorang anak lelakinya, Mohd Aidil Mukhreez. Memilih pergi ke India kerana mahu melihat sendiri keindahan alam semula jadi di beberapa kawasan terutama di Khasmir dan Taj Mahal yang merupakan satu daripada tujuh perkara ajaib di India. Beliau turut kagum dengan kegigihan saudara semuslim yang mencari rezeki di sana. Juga Kashmir dikatakan mempunyai cuaca sejuk dingin yang menyenangkan.
Jika dilihat dalam facebook miliknya, Haitun berpakaian seperti wanita Muslimah lengkap berstoking dan tudung labuh di hadapan Taj Mahal walaupun dalam keadaan cuaca yang sangat panas sehingga mencecah 32 darjah selsius. Sebenarnya ada sebab kenapa beliau berpakaian begitu. Menurutnya, ini adalah untuk memudahkan dia bersolat dan perlu menunjukkan identiti sebagai wanita Muslim walau di mana sahaja berada. Tiada alasan panas dan dia cukup selesa dan rasa lebih selamat berpakaian demikian.
“Saya memang dah banyak kali travel ke tempat orang. Memang setiap kali cuti sekolah saya akan berusaha untuk melihat negara luar kerana banyak pengalaman boleh kita peroleh sepanjang percutian itu nanti. Juga untuk tambah ilmu dan boleh kita kongsi kegembiraan itu dengan anak murid. Bukan setakat makan angin, tetapi sebelum menjelajah setiap inci saya akan membuat research terlebih dahulu. Misalnya daripada segi masyarakat, budaya, agama dan makanannya.
“Bagi saya tiada masalah pergi bercuti sementelah tubuh masih kuat dan sihat ini. Dan setiap kali bercuti juga saya memang akan bawa seorang anak. Biasanya ikut turn masing-masing dan tidak timbul pilih kasih. Tujuan saya cuma satu supaya dapat create memory bersama anak-anak dan mahu mereka menambah pengalaman melihat tempat orang. Namun sebelum pergi saya akan ingatkan anak-anak agar menjaga tingkah laku di tempat orang dan perlu ada sikap sabar sepanjang travel,” ujar Haitun juga seorang guru aktif yang bersukan.
Menurutnya juga, sepanjang berada di Khasmir dia tidak menghadapi masalah makanan kerana masyarakat di sini majoriti adalah Muslim. Cuma ketika berada di Delhi, rombongan mereka telah membawa bekalan seperti sambal hitam Lipis dan sambal bilis. Namun mereka semua tidak ada masalah untuk makan makanan vege.
“Sebenarnya setiap kali bercuti, saya memang sangat particular bab SOLAT. Oleh sebab itu, saya tak kisah berbaju kurung, stoking dan tudung labuh kerana memang memudahkan untuk solat. Tak perlu cari telekung kerana pakaian kita sudah menutup aurat. Biarlah apa orang kata janji ia menyenangkan untuk bersolat.
“Dan segala gambar yang saya post dalam FB milik peribadi bukan tujuan menunjuk, cuma sekadar berkongsi pengalaman bersama rakan lain. Tidak ada maksud lain yang boleh membawa kepada riak. Tambahan pula ramai rakan yang request untuk berkongsi gambar-gambar menarik semasa di luar negara.
“Kita tahu jika pergi ke tempat orang, memang agak sukar untuk bersolat tetapi jangan jadikan ia alasan untuk elak daripada melakukannya. Nasihat saya kepada mana-mana wanita Muslimah yang pergi bercuti tempat orang, jangan lupa untuk SOLAT dan kalau boleh teruskan amalan yang kita sudah biasa buat di rumah misalnya mengaji.
“Ini kerana dalam perjalanan ramai yang saya jumpa tidak menjaga SOLAT. Jadi kembara kita menjadi sia-sia andainya kita mengabaikan solat. Namun ada juga sahabat-sahabat yang tetap tidak meninggalkan amalan mengaji dan juga BERTAHAJJUD semasa berkembara”, jelasnya lagi yang tidak putus-putus mengingatkan kepada wanita agar memakai pakaian yang senang untuk bersolat jika TRAVEL.
Sebelum mengakhiri perbualan, ibu kepada 5 cahaya mata ini juga turut memberi tip bagaimana mengumpul duit secukupnya untuk pergi bercuti. Menurutnya, setiap bulan dia akan allocate sedikit wang gaji untuk keperluan pergi bercuti. Disiplin itu penting kerana nawaitu untuk melihat tempat orang sambil mengutip ilmu itu penting dan pasti segala urusan akan dipermudahkan Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.