Hari Arafah memang diketahui sebagai hari yang sangat mustajab untuk berdoa. Maka itu, usahlah kita sia-siakan waktu yang sangat berharga ini sebaliknya angkatlah tangan kita bagi meminta segala yang dihajat kepada Yang Maha Esa.
Sebelum berdoa, ikuti beberapa adab yang perlu dititikberatkan yang telah pun dikongsikan oleh Muhammad Fahmi ini.
Mulakan dengan memuji Allah dan berselawat
Yakinlah doa kita diterima Allah SWT
Jangan berdoa dengan hati yang lalai
Doa dengan penuh rendah diri dan suara yang perlahan. InsyaAllah, sesungguhnya Tuhan tidak pernah mensia-siakan hambaNya.
kredit: twitter @fahmirusliMFR
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memperbanyak Istighfar dan 12 Antara Amalan Ini Boleh Membuka Pintu Rezeki. Amalkan Setiap Hari!
Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
1. Beribadah
Jangan lupa untuk beribadah kepada Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hambaNya. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak Istighfar
Istighfar merupakan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah. Dengan memperbanyak istighfar, Allah akan semakin jatuh kasih pada hambaNya lalu Dia akan melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya.
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, an-Nasa’i Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak pernah laku di sisi Allah jika anda masih berbuat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah mampu menutup pintu rezeki seseorang.
Sabda Nabi s.a.w.:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Berbakti & Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w berpesan agar sesiapa yang mahu dipanjangkan umur dan ditambah rezeki, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
5. Berbuat Baik & Menolong Orang Yang Lemah
Hendaklah kita berbuat baik kepada orang yang lemah termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
6. Berselawat
Selawat dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
7. Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang lain juga boleh menjadi sebab mengapa Allah melapangkan rezeki dan memperkenankan hajat anda sendiri seperti sabda Nabi s.a.w:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Bangun Awal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
9. Melakukan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha merupakan rahsia untuk membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Meskipun sedang sibuk, jangan dilupakan untuk menunaikan solat Dhuha.
10. Bersedekah
Sedekah boleh mengundang rahmat Allah dan merupakan salah satu sebab mengapa Allah membuka pintu rezeki anda. Sekiranya anda memudahkan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan anda.
11. Bertawakal
Dengan tawakal, anda akan dimurahkan rezeki dan akan sentiasa terasa kaya. Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kami diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
12. Zikir & Baca Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, membuka pintu hidaya, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Selain itu, ia juga mampu menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati. Contohnya, siapa yang mengamalkan bacaan surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
Sumber: Aliff Channel
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tokey Jenama BELLA AMMARA Kongsi 5 Tip Nak Jadi JUTAWAN Muda Berjaya & Bina EMPAYAR Sendiri
Jika mahu menjadi seorang usahawan berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan. Bukan satu bisnes diceburi tetapi perlu ada dua tiga cabang perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan. Seperti pemilik Bella Ammara yang sebelum ini terkenal mengusahakan produk pakaian di awal kemunculannya hingga mampu mencetus fenomena. Setelah berjaya dalam bisnes yang dilakukan bersama suami tersayang, pemilik nama Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh ini kini mengorak langkah memasarkan pula produk penjagaan diri ‘baby’. Ketika ditemui di MIHAS baru-baru ini, Bella berkongsi rahsia kejayaan dan berkongsi tip bagaimana mahu menjadi usahawan muda yang berjaya dan membina empayar sendiri.
Menurut Bella seseorang itu perlu sentiasa fokus dengan apa yang mahu dilakukannya. Paling penting jangan cepat putus asa dan banyakkan bersabar jika berdepan dugaan.
“Bagi yang baru nak berjinak-jinak buat bisses ini, sikap paling penting adalah jangan mudah give up kerana setiap perniagaan itu memang ada pasang surutnya.
“Tidak semua perniagaan yang kita bina itu semuanya akan naik sahaja. Ada masanya kita akan rasa diri down, tetapi jangan ambil masa lama. Terus kena pulih semangat balik kerana perniagaan yang kita bina adalah dari titik peluh sendiri,” ujarnya ketika ditemui di pelancaran produk rangkaian penjagaan baby jenama Bella Boo.
Menurutnya juga, dia dan suami bukan sahaja mengusahakan bisnes pakaian tetapi juga kosmetik. baginya tidak salah untuk mencuba pelbagai cabang bisnes asalkan bijak mengatur perjalanannya.
“Tak kisah kalau kita nak ceburi pelbagai bidang binses. Tetapi perlu bijak untuk mengagihkan masa dalam setiap cabang bisnes yang diusahakan.
“Lagi satu jangan sesekali bersikap ego dan perlu belajar dari kesilapan. Jika bisnes yang dibuat tidak berapa menjadi, cuba belajar dan perbaiki apa kesilapan yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya buat masa ini dia akan lebih fokus kepada jenama baru ini dan produk Bella Ammara diusahakan bermula 2015 pula akan dipantau secara berkala.
Ini kerana ada team yang memang sudah mahir untuk mengendalikannya. Sejak penubuhannya Bella Ammara kini sudah mempunyai tujuh cawangan butik di seluruh negara.
Permintaan di butik sentiasa ada, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan nanti dan Bella Ammara sedang gigih mengeluarkan koleksi terbaru mereka.
Wanita hebat yang kini sarat mengandung anak keduanya ini dilihat begitu berseri-seri. Walaupun hamil tetapi berat badannya tetap ‘maintain’ seperti sebelumnya.
Menurut Bella dia sebenarnya tidak minum air manis dan juga banyak ambil air kosong. Selain itu dia beruntung kerana dari kalangan genetik bertubuh kecil daripada arwah ibunya sendiri.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM BELLA AMMARA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penuhi Hasrat Hati Ke Tanah Suci, Lelaki OKU Tekad Jalan Kaki Ke Mekah!
Baru-baru ini kecoh di aplikasi Tik Tok apabila seorang lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) warganegara Malaysia menyatakan hasrat hatinya untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah Al Mukarammah dengan berjalan kaki.
Lelaki berkenaan menguar-uarkan berkenaan perjalanan solo sejauh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah, bermula Isnin lalu, menerusi hantaran di aplikasi Tik Tok miliknya.
Nekad Tempuh 10,161 kilometer (km) dari Bidor ke Mekah!
@herrynizam4♬ Sholawat Yasir Lana – Ghina Mei
Pemilik nama Herry Nizam itu berjaya meraih perhatian wargamaya hingga menjadi sorotan rakyat Malaysia yang rata-ratanya menzahirkan rasa kagum dengan hasrat Herry. Meskipun, tidak sempurna sifatnya namun keazaman dan tekad menuju rumah Allah yang ingin dicapai mendapat sokongan penuh dari seluruh umat Islam di negara ini.
Dalam video yang dimuatnaik Herry menerusi akaun TikToknya, dapat disaksikan dirinya yang kudung tangan kiri begitu bersemangat memulakan perjalanan dengan menggalas sebuah beg bersama sehelai Jalur Gemilang.
Hijabista difahamkan Herry bakal menempuh perjalanan yang panjang dan perlu merentasi sebanyak 12 buah negara bermula dengan Thailand sehinggalah tiba di negara destinasi terakhir beliau iaitu Arab Saudi.
Artikel berkaitan: Daiyan Trisha Menangis Terharu, Hujan ‘Rahmat’ Sambut Ketibaannya Di Mekah!
Dalam hantaran terbaharu 9 jam yang lalu, Herry memaklumkan kini dia telah tiba di Thailand, dan bakal bergerak ke negara seterusnya iaitu Myanmmar.
“Ini lah makan tengahari saya di bumi Thailand, syukur seadanya selepas Zohor sambung lagi perjalanan saya di Myanmar,” tulisnya ringkas pada hantaran tersebut.
Herry berkata, berdasarkan semakan peta perjalanan di aplikasi Google Map, dia memerlukan masa selama 84 hari dan 10 jam bagi melengkapkan perjalanan sejauh 10,161 kilometer (km) itu.
@herrynizam4♬ bunyi asal – Herrynizamshop
Sekadar info, terdahulu media pernah melaporkan, misi sama dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Mekah.
Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji di usia 52 tahun.
Sumber: @herrynizam4
Artikel berkaitan: Kaabah Jadi ‘Tunggangan’ Demi Raih Perhatian! Fedtri Yahya Selar Pelaku ‘Fake’ Video Salji Turun Di Kota Mekah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI