Sejak dulu hingga kini penampilan pelakon dan model jelita ini tak pernah mengecewakan.

Nama Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir mula dikenali menerusi pencarian bakat dan personaliti Dewi Remaja 2009/2010.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Ketika itu, Anzalna berjaya bergelar finalis seangkatan dengan Neelofa, Izara Aishah dan Syatilla Melvin.

GAUN PERKAHWINAN ‘VIRAL’
Masih terbayang kejelitaan selebriti berusia 35 tahun ini menggayakan gaun mariposa rekaan Cosry pada majlis persandingannya dengan usahawan kacak, Hanif Zaki pada Februari 2016.

Ketika itu, gaun perkahwinan Anzalna itu telah mencipta fenomena.

Sehingga kini masih ramai yang mengingati keindahan rekaan yang diinspirasikan daripada filem animasi Barbie; ‘Mariposa & The Fairy Princess’.

IKLAN

MANIS BERHIJAB
17 September 2021 menjadi detik paling bermakna buat selebriti berketurunan Melayu-Cina-Punjabi ini apabila dia berkongsi fotonya berhijab buat pertama kali di media sosial.

Rata-rata para pengikut dan peminatnya meluahkan kesyukuran dan memuji penampilan Anzalna yang kelihatan sangat cantik berhijab.

Ketika itu Anzalna turut membuat kejutan buat suami apabila tampil berhijab di majlis ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-33.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

BAHAGIA BERSAMA KELUARGA
Anzalna kini hidup bahagia bersama suami dan anak-anak.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang berada namun Anzalna berjaya dengan hasil usahanya sendiri.

Tidak bergantung kepada bantuan keluarga, Anzalna dan suami saling membantu sehingga berjaya memiliki bisnes mereka sendiri.

Anzalna dan suami sentiasa bekerja keras untuk mencapai apa yang diperoleh sekarang.

IKLAN

Untuk info, Anzalna dan suaminya Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.

Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI