Masalah biasa yang dialami kaum wanita adalah senggugut setiap kali datang bulan. Jika sakit ini menyerang, memang serba tak kena dibuatnya. Seakan mahu berehat sahaja di atas katil tanpa ganggguan. Sekurang-kurangnya bila tidur kesakitanyang dihadapi akan reda atau hilang terus. Tetapi ada juga yang mengalaminya hingga berhari-hari. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasinyanya dan salah satu adalah dengan mengamalkan doa yang disarankan dalam Islam.
Senggugut boleh buat kita hilang mood.
Cara-caranya:
Mintalah ayah, abang kandung atau kawan terdekat buatkan air bacaan. Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat di bawah ini dengan niat yang baik. Kemudian dtiupkan pada air setiap kali membacanya. Minum 3 kali dan sapukan di bahagian perut. Insya-Allah dengan izinNya sakit akan hilang
Islam telah mengajar kita untuk sentiasa melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Antara perkara yang disuruh oleh Allah SWT ialah melakukan beberapa amalan sebelum tidur.
Begitu terperinci dan indahnya agama Islam, sehinggakan sebelum tidur pun disarankan untuk melakukan beberapa amalan supaya Allah SWT menyayangi kita dan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya. InsyaAllah!
Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sebelum tidur adalah:
Mengambil wudhu
Amalan kebiasaan Rasulullah sebelum tidur ialah yang pertama, mengambil air wudhu. Air wudhu ini bukan sahaja mempersiapkan tidur kita seperti ingin bersolat ataupun dijadikan pelindung dari kejahatan syaitan, malah ia membuatkan diri kita lebih tenang. Keadaan tubuh kita menjadi lebih suci.
“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka berwudhulah sebagaimana wudhumu untuk solat.” (HR. Al Bukhari no. 6311 dan Muslim no. 2710).
Menjaga kebersihan tempat tidur
Seterusnya, amalan Rasulullah sebelum tidur ialah menjaga kebersihan tempat tidur. Menghilangkan kotoran yang pada bantal dan tempat tidur. Sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit dan juga pernafasan.
“Jika salah seorang di antara kalian akan tidur, hendaklah mengambil potongan kain dan mengibaskan tempat tidurnya dengan kain tersebut sambil mengucapkan, ‘bismillaah,” kerana ia tidak tahu apa yang terjadi di atasnya tadi.” [HR. Al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714, at-Tirmidzi no. 3401 dan Abu Dawud no. 5050.
Memperbanyakkan zikir
Amalan mengingat Allah atau zikir menjadi kebiasaan amalan Rasululah sebelum tidur yang patut diamalkan. Bacaan ini akan membuat hati lebih tenang, sesuai dengan firman Allah, “Ala bidzikrillahi tathmainnul qulub (hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram).” (Ar-Ra”du ayat 28).
Membaca Ayat Kursi
“Jika engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), maka bacalah ayat kursi. Nescahya Allah akan selalu menjagamu dan setan pun tidak akan mengganggu tidurmu hingga pagi tiba.” (HR Al-Bukhari).
Membaca Doa Sebelum Tidur
Akhir sekali, bacalah doa tidur bagi menyempurnakan malam anda sebelum tidur.
“Apabila Nabi shallallahu alaihi wasallam hendak tidur, beliau mengucapkan doa: Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’ Dan apabila bangun tidur, Beliau mengucapkan:
“Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali).” (HR. Bukhari no. 6324).
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah menutup aurat tetapi masih lagi terima kecaman, pelakon Mia Ahmad berkongsi bersama peminat mengenai pemakaiannya terkini. Namun ada yang menganggap keputusannya untuk bertudung labuh itu seolah-olah seperti ‘makcik’.
Mulut orang ada sahaja yang ingin berkata walaupun sudah ada inisiatif dari individu itu untuk menutupi auratnya. Malah, bukan sahaja komen negatif, ada jua yang menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada Mia Ahmad untuk kekal istiqamah.
Mia Ahmad baru-baru ini ada membuat satu perkongsian di laman sosial media Instagram miliknya menunjukkan gaya pemakaiannya yang baharu. Dia kini tampil dengan gaya tudung labuh melepasi dada dan kelihatan sangat manis dan sopan.
Pelakon itu sudah lama memakai hijab sejak awal permulaan karier lakonannya di mana dia sangat di minati peminat oleh kerana imejnya yang sopan dan manis. Lantas dia masih mengekalkan imejnya sehingga kini tanpa ada sebarang isu yang terbangkit.
Mengikuti perkongsiannya itu, Mia kelihatan pasrah dan hanya berpegang teguh kepada pendiriannya–berpakaian sebegini kerana Allah SWT. Dia juga turut menjelaskan lagi apa terbuku di hatinya dan ingin semua faham dengan jelas.
“Ada yang cakap I takkan istiqamah…ada yang cakap husbandI tak support,
“I kuatkan hati because I know I did the right thing. For the sake of Allah SWT, I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah SWT terus menjaga niat hati I dan kita semua,
“Sisters, semoga Allah SWT memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.” itu lah apa yang di letakkan pada ruangan kapsyen di posting miliknya.
Dia berharap meski apa pun yang di perkatakan itu adalah cabaran buat dia bagi menghadapi dugaan dari Allah SWT. Juga tidak melepaskan peluang, Mia atau nama sebenarnya Samihah binti Ahmad Baderi, 34, memberi kata-kata semangat buat semua yang ingin mengorak langkah kearah kebaikan.
Walaupun ada yang menggelarkan gaya tudungnya yang labuh itu seperti ‘Mak Cik’, dia tetap menjadi idola kepada peminatnya. Ada juga yang menitipkan doa dan pujian oleh kerana penampilannya yang menjadi inspirasi bagi mereka untuk berhijrah.
Meninjau ruangan di komen, ramai yang puji akan penampilannya itu.
“Cantiknya kak Mia, teringin nak labuh tudung macam itu, mak pulak tak kasi,
“Ya Allah SWT…kak Mia sumber inspirasi semoga kita semua istiqamah untuk kearah kebaikan,
“Alhamdulillah dah pakai tudung labuh, Semoga istiqamah selalu, Aamin.” antara komen yang di berikan.
Kita antara yang melihat perkembangan seseorang individu itu perlu berjaga-jaga dalam pertuturan untuk berkata mengenai mereka. Seperti apa yang kita biasa dengari–Buat dosa kepada Allah SWT, kita boleh memohon kemaafan dan insyaAllah di terimaNya, buat salah kepada sesama manusia, adakah betul mereka hendak memaafkan kita?
Semua wanita impikan lelaki beriman sebagai suami. Namun ramai wanita menyangka yang tugas mencari lelaki beriman sebagai calon suami ini susah. Jika ada pun sudah berkahwin dan ada anak. Ada juga dikalangan wanita ini yang masih keliru akan tanda-tanda seorang lelaki yang beriman. Sebenarnya ciri seorang lelaki beriman ini ada banyak dan salah satunya, dia berusaha menundukkan pandangannya.
Ciri-ciri lain untuk lelaki beriman ini adalah jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan amanah. Lelaki beriman ini dimudahkan cerita adalah lelaki yang mempunyai akhlak yang baik. Mereka juga tidak akan mudah mempercayai sesuatu perkara dengan mudah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin seorang wanita haruslah seorang lelaki yang menjaga solatnya. Namanya manusia, solat adalah tiang agama. Sekiranya mereka seorang yang menjaga solat, pasti solat adalah keutamaannya. Bukan hendak mengatakan lelaki yang tidak menjaga solat ini kurang baik, tetapi solat adalah kewajipan setiap mukmin. Sekiranya mereka menjaga solat bermaksud mereka mampu membimbing anda ke Jannah bersama-samanya.
Senang sahaja anda hendak menguji seseorang itu tunaikan solat atau tidak dengan ketika keluar bersama (WAJIB ditemani oleh seorang mahram yang sudah baligh) sekiranya masih tidak mengajak wanita menunaikan solat bermaksud, dia bukanlah seorang lelaki yang menjaga solat. Tetapi, wanita harus diingati untuk menguji lelaki jangan pula anda meninggalkan solat. Sekiranya, terlihat tiada respond daripada mereka untuk menunaikan solat andalah yang perlu mengingatinya.
Sesungguhnya, lelaki yang sentiasa menghormati dan menyanyangi ibu bapa adalah lelaki yang akan sentiasa menghormati hak seorang yang bernama wanita. Bila sebut berkenaan penyanyang wanita akan berfikir lelaki tersebut “anak mak”. Kenapa sentiasa berfikiran seperti itu, tahukah wanita di luar sana syurga seorang lelaki adalah di bawah telapak kaki seorang ibu. Justeru itu, tidak salah sekiranya mereka menyanyangi ibu bapa mereka.
Kaum wanita perlu beringat, suatu hari anda akan bergelar ibu, mak, bonda, umi atau sebagainya. Adakah anda sanggup melihat seorang anak melebihkan isterinya berbanding seorang ibu? Seharusnya jawapannya tidak, jadi sekiranya anda tidak mahu anak anda melakukan perkara sebegitu janganlah anda melakukannya. Sesungguh lelaki yang menyanyangi ibu bapa adalah seorang lelaki yang penyanyang.
Lebih baik anda berkongsi kasih dan bermadu dengan ibu bapa mereka daripada anda berkongsi kasih dan bermadu dengan WANITA lain. Sesungguhnya mereka bukan “anak mak” tetapi adalah lelaki yang baik dan merupakan pilihan ramai yang sukar dicari. Percaya atau tidak, lelaki yang menyanyangi keluarganya akan menyanyangi anda sesungguhnya dan tidak akan mengabaikan wanita yang menjadi suri di hatinya.
Lelaki yang berani menjadi imam dalam solat fardu adalah suatu yang bonus. Lelaki adalah pemimpin, menjadi imam dalam solat fardu di rumah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri. Selain itu, solat berjemaah juga mampu menambahkan pahala untuk diri sendiri dan keluarga. Disebabkan oleh itu, mendirikan masjid bukan mudah tetapi ianya memerlukan ilmu untuk melayarkan bahtera rumahtangga itu sendiri.
Sukar pada zaman kini untuk mencari lelaki dan perempuan yang betul-betul menjaga ikhtilat dalam ingin membina bahtera rumahtangga. Tetapi, sekiranya lelaki tersebut mampu menjaga ikhtilat semasa dalam sesi perkenalan maka dia adalah Mr Right anda. Tetapi perlu di ingatkan bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga ikhtilat, wanita juga perlu menjaga ikhtilat semasa dalam perkenalan. Menjaga agama adalah tanggungjawab bersama bukan pada sebelah pihak sahaja.
Lelaki yang berani menegur akan kekurangan wanita adalah seorang lelaki yang mahu menjadi pemimpin. Bagi lelaki, mereka berhak menegur seseorang wanita yang bakal menjadi suri dihatinya. Sekiranya mereka mampu memperbetulkan segala kekurangan anda dengan cara yang baik, maka mereka sebenarnya mampu memimpin anda ke arah kebaikan. Sekiranya, anda telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berani menegur dengan baik akan segala kekurangan anda, maka janganlah biarkan mereka terlepas.
Setiap wanita mahukan lelaki yang sabar dan bertolak ansur dalam setiap perkara. Justeru itu, lelaki yang sabar dan bertolak ansur ini adalah lelaki yang menjadi pilihan utama wanita. Sabar dan bertolak ansur bukanlah menunjukkan lelaki itu seorang yang soleh tetapi menunjukkan mereka adalah lelaki yang tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Walaupun ianya bukanlah 100% menunjukkan ciri-ciri lelaki soleh, tetapi ianya adalah ciri-ciri lelaki idaman wanita.
Sekiranya lelaki tersebut bertanggungjawab akan kebajikan ibu bapanya, maka dia adalah seorang yang bertanggungjawab akan keluarganya. Tanggungjawab ini boleh dinilai melalui cara kerjanya, sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh amanah anda boleh menganggap beliau seorang yang bertanggungjawab.
Tetapi walaubagaimana sekali pun, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai melalui mata kasar. Ianya hanya boleh dilihat apabila wanita tersebut sudah mengenali lelaki tersebut.
Cinta itu manis dan cinta itu juga adalah satu perasaan yang didatangkan oleh Allah SWT di dalam diri setiap manusia. Namun sayangnya ada ramai manusia yang fokus jatuh cinta pada pasangan hingga terlupa yang cinta Allah SWT itu lebih suci, lebih indah dan lebih agung. Cinta itu perlu namun ingatlah yang cinta dengan niat kerana Allah SWT adalah lebih tinggi darjatnya. Dalam hadis, Abu Hurairah ra menyebut katanya, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.