Selalunya antara item wajib yang kita mesti pakai setiap hari ialah deodorant atau antiperspirant. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa deodorant dan antiperspirant ini sama, fungsinya untuk mengelakkan bau badan sedangkakn hakikatnya deodorant dan antiperspirant adalah dua item yang berbeza.

Apabila sudah jelas berbeza antara deodorant dan antiperspirant, sudah tentulah fungsinya berbeza dan tidak sama. Mungkin selama ini apabila membeli produk nyah bau badan ini, kita sering terfikir kedua-duanya adalah sama, malangnya tidak. Berikut dikongsikan perbezaan antara deodorant dan antiperspirant dan yang mana satu sesuai untuk anda gunakan.

DEODORANT ATAU ANTIPERSPIRANT?
Kenal pasti perbezaan antara deodorant dan antiperspirant.

Deodorant mengurangkan bau dengan menghapuskan bakteria yang timbul pada kulit apabila tubuh kita mengeluarkan protein dan lemak melalui peluh, dan sekaligus menghilangkan bau.

Antiperspirant pula mengurangkan peluh dengan menutup kelenjar peluh dan menghalangnya dari sampai ke kulit.

ADAKAH DEODORANT SESUAI UNTUK ANDA?
Jika peluh bukanlah masalahnya, dan anda hanya ingin mengawal bau, this is probably your best bet.atau antiperspirant? Ada yang kerap dan banyak berpeluh, walaupun secara klinikalnya hanya 2% dari populasi mengalami masalah ini. jika anda sebahagian dari populasi ini, deodorant alone does not do the job.

Ada pendapat mengatakan antiperspirant boleh mendatang kesan buruk. kandungan aluminium dalam antiperspirant boleh menyebabkan wujudnya warna kekuningan pada baju.
of course, kesan kuning ni boleh hilang dengan peluntur, tapi kalau rasa tak best just stick with deodorant.

Ada juga kemungkinan antiperspirant menyebabkan penghasilan lebih banyak peluh yang mana boleh menjurus kepada masalah kesihatan akibat kelenjar yang tertutup – bukan ini yang kita mahu bukan?

IKLAN
Sumber gambar: thriftyfun.com

PERTIMBANGKAN KOMBINASI
Banyak yang ada dipasaran hari ni merupakan kombinasi kedua-duanya..deodorant dan juga antiperspirant.. ini bermakna kita boleh dapat dapat kebaikan dari kedua-duanya, tapi, kalau ada kesan buruk dari both deodorant dan antiperspirant, you will have to deal with them as well..

FAHAMI APA KAITAN PENYELIDIKAN DENGAN RISIKO MASALAH KESIHATAN
Sejak beberapa tahun ni ada banyak khabar angin mengatakan antiperspirant dan deodoran berkait rapat dengan risiko kesihatan, termasuklah kanser payudara dan Alzheimer kebimbangan ini juga seringkali dikaitkan dengan kehadiran aluminium dalam antiperspirant. still takde lagi hubungan yang jelas, tapi kajian di National Cancer Institute and the

Food and Drugs Administration telah mengesahkan tiada bukti kukuh yang mengatakan produk-produk ini boleh menyebabkan kanser payudara. Saintis juga tidak menjumpai bukti nyata untuk mengaitkan antiperspirant atau deodorant dengan penyakit Alzheimer. Walaubagaimanapun, kajian dalam bidang ini masih diteruskan, jadi para pengguna still kena ambil langkah berjaga-jaga.

BAGAIMANA MEMILIH DEODORANT DI PASARAN?
Kenal pasti label
Antiperspirant dan deodorant bukan magik. deodoran dan antiperspirant yang berada dipasaran hanya dibenarkan untuk menghalang 20% pengeluaran peluh sepanjang hari dan 30% yang dikira ‘extra strength’. so people..choose wisely, read the labels..

PERBEZAAN KELENJAR PELUH ANTARA LELAKI DAN WANITA
Ada banyak perbezaan antara kalenjar peluh lelaki dan wanita-wanita mempunyai lebih banyak kelenjar peluh tapi, tubuh lelaki menghasilkan lebih banyak peluh – tapi perbezaan ini tak pun membezakan kesan deodorant itu.

IKLAN
Sumber gambar: arabnews.com

Isi kandungan deodorant antara lelaki dan wanita tak banyak sangat beza walaupun rupa dan baunya berbeza. Kebanyakan barangan wanita di pasaran lebih tinggi harganya berbanding barang-barang lelaki..so ladies…kalau tak banyak sangat beza mungkin kita boleh tukar dan jimat lebih banyak duit.

PEPEJAL, ROOL-ON ATAU SPRAY?
Ada banyak faktor yang perlu diambil kira bila kita decide nak beli deodorant atau antiperspirant yang sesuai dengan kita. Kebanyakan roll-on warnanya jernih, tapi dia lambat kering dan kadang-kadang buat kita rasa tidak selesa.

Pepejal lebih kering berbanding roll-on, dan selalunya mengandungi soothing ingredient untuk mengelakkan kegatalan. tapi, selalunya meninggalkan kesan pada baju. Spray kering lebih cepat dan tahan lebih lama daripada roll-on dan pepejal, tapi harganya mahal sikit.

Sumber gambar: thompsontee.co

BAU DAN KEMUNGKINAN KEGATALAN
Terutamanya jika anda mencukur bahagian bawah lengan, kawasan ini boleh jadi lebih sensitif. ada antara isi kandungan deodorant boleh memburukkan lagi masalah ini. Biasakan baca isi kandungan dengan teliti kalau kulit anda cenderung untuk kering dan sensitif.

Sama macam sabun pencuci, pewangi dan produk lain, deodorant selalunya mengandungi pewangi yang mana boleh menyebabkan kegatalan yang hampir sama macam alahan. Banyak produk juga mengandungi alkohol dan/atau antimicrobial agent dalam spray. Ini juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang kering atau sensitif.

IKLAN
Sumber gambar: dailymail.co.uk

BERSEDIA UNTUK BERTUKAR
Lama kelamaan badan kita akan lali dengan satu-satu formula jadi pakar menyarankan agar kita tukar jenama setiap 6 bulan. Saintis sendiri tidak berapa pasti macam mana boleh jadi macam ini, tapi ada kemungkinan disebabkan oleh peluh yang banyak terhasil. Anda juga boleh mengelakkan ‘resistance’ dengan memakai antiperspirant di waktu malam, bila kita kurang berpeluh.

JUMPA DOKTOR
Kalau sudah cuba macam-macam dan tiada perbezaan, doktor boleh bagi sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

HIJABISTA: Yang penting kenali diri anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada anda sesuai memakai deodorant atau antiperspirant.

Sumber kredit: sweetcandy2615.blogspot.com  

Sumber gambar top image: deodorantadvisor.com

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI