Mengalami kemurungan atau depresi bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh seseorang individu. Nampak ceria di luar namun di dalam hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Pernah alami depresi sehingga rasa hendak bunuh diri, Alina Lee,27, seorang wanita mualaf berkongsi kisahnya bagaimana dia pulih daripada penyakit tersebut.

“Saya mula mengalami kemurungan pada tahun lepas selepas bersalin. Rakan-rakan pun tidak sangka kerana luaran saya nampak ceria sahaja apabila bertemu dengan mereka namun sebenarnya jadi tidak tentu arah apabila berseorangan.

“Dalam kepala ini, saya seakan mendengar seperti ada suara yang menyuruh saya membunuh diri.

“Dengar Macam Ada Suara Bisikan”- Kemurungan Lepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Kisah Bangkitnya

“Saya pernah cuba membunuh diri dengan menelan pil paracetamol dalam jumlah yang banyak. Jadi macam addicted. Saya juga pernah cuba untuk menoreh tangan sendiri namun oleh kerana saya penakut, saya tak jadi melakukannya walaupun pisau itu sudah berada di genggaman. Nasib baiklah tiada perkara buruk yang berlaku.

“Penyakit ini mula menjadi lebih teruk apabila saya juga ada rasa ingin membunuh anak kandung sendiri.

“Ramai yang mengatakan ia berlaku sebab iman tak kuatlah, tak solatlah dan sebagainya namun itu bukanlah puncanya kerana kita sudah melaksanakan tuntutan sebagai seorang muslim.

“Alhamdulillah, saya ada keluarga yang sentiasa menyokong saya begitu juga dengan teman-teman. Saya pergi ke klinik dan beritahu masalah yang dihadapi. Dari situ mereka memberikan saya mental test dan kemudian merujuk kes saya pada pakar,” jelasnya yang mempunyai darah kacukan Cina dan India.

Setelah setahun mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, Alina bersyukur tahap kesihatan mentalnya semakin pulih dan menunjukkan kesan yang positif.

“Dengar Macam Ada Suara Bisikan”- Kemurungan Lepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Kisah Bangkitnya

“Saya bersyukur kerana keadaan kini semakin baik. Memang kemurungan itu kadang kala boleh datang kembali seperti panic attack ataupun menggigil secara tiba-tiba namun saya sudah tahu cara bagaimana untuk mengawalnya.

“Orang selalu ingat mereka yang ada masalah kesihatan mental itu gila tapi sebenarnya tidak. Ada penerangan saintifik yang menerangkan kenapa mental kita bertindak sedemikian hingga menyebabkan berlakunya kemurungan,” tambahnya.

Kini bertanding dalam peringkat separuh akhir Kempen #EcoBeautySquadMY anjuran jenama kecantikan terkenal, The Face Shop, Alina berharap dia akan berjaya dalam pusingan tersebut seterusnya mara ke peringkat akhir yang dijadualkan pada 12 Disember nanti.

“Dengar Macam Ada Suara Bisikan”- Kemurungan Lepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Kisah Bangkitnya

“Pada awalnya, suamilah yang mencadangkan dan bersemangat menyuruh saya menyertainya. Menerusi pertandingan ini, banyak perkara yang telah saya pelajari melalui cabaran-cabaran yang menguji termasuklah membentuk keyakinan, kemahiran dan keperibadian diri.

“Selain itu, melalui platform ini juga saya harap dapat berkongsi kepada semua dan memberi kesedaran mengenai kesihatan mental dan juga mengenai masalah kemurungan yang makin banyak terjadi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Saya juga mahu menyarankan pada mereka yang mengalami masalah yang sama agar tidak mengambil mudan dan segera mendapatkan rawatan di tempat yang betul kerana mereka yang pakar sememangnya boleh membantu anda,” ujar Alina.

“Dengar Macam Ada Suara Bisikan”- Kemurungan Lepas Bersalin, Wanita Ini Kongsi Kisah Bangkitnya

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI