Memiliki kulit yang cerah berseri merupakan impin semua khususnya kaum Hawa. Bukan hanya nampak mulus, tetapi kulit yang cerah juga menjadikan seseorang itu sentiasa tampak segar, muda dan menawan! Walaupun banyak produk yang diformulasi untuk memutihkan kulit dijual, namun tidak semua memberikan kesan yang terbaik. Sudahlah memakan kos yang tinggi, namun tidak efektif!

Dapatkan Kulit Yang Cerah Berseri Tanpa Sebarang Kos Dengan 7 Bahan Semula Jadi Ini! Semuanya Ada Di Dapur Anda!
Sumber gambar: Monstera

Mengapa perlu berhabisan duit untuk memiliki kulit yang cerah berseri? Guna sahaja pilihan bahan semula jadi yang mungkin ada di dapur anda, dan jadikan ia sebagai bahan terbaik untuk memutihkan serta mencerahkan kulit. Selamat mencuba!

1. Susu segar & susu tepung

Dapatkan Kulit Yang Cerah Berseri Tanpa Sebarang Kos Dengan 7 Bahan Semula Jadi Ini! Semuanya Ada Di Dapur Anda!
Sumber gambar: Charlotte

Pastinya bahan-bahan pertama ini sudah ada di dapur rumah anda! Bukan hanya yogurt asli, malah susu segar juga boleh dijadikan masker bersama susu tepung. Ha! Jangan terkejut tau! Gabungan dua bahan ini untuk dijadikan sebagai masker dikatakan sangat berkesan untuk mencerahkan kulit wajah. 

Caranya:

  • Campurkan satu sudu besar susu tepung bersama sedikit susu segar.
  • Pastikan tekstur tidak terlalu cair untuk dijadikan sebagai masker.
  • Gaul sebati, simpan dalam peti sejuk semalam 5 minit.
  • Pakai di wajah sebagai masker selama 30 minit-35 minit.
  • Bilas sehingga bersih. Lakukan 2 kali seminggu.

2. Susu segar & susu tepung

Campuran bahan seterusnya juga dikatakan mampu untuk mencerahkan kulit wajah. Susu segar bersama dengan susu tepung mampu untuk menghilangkan kotoran di wajah sekali gus mencerahkan kulit wajah dengan sempurna! 

IKLAN

Caranya:

  • Campurkan satu sudu besar susu tepung bersama sedikit susu segar
  • Jangan terlalu cair, pastikan kepekatannya sesuai dijadikan sebagai masker.
  • Gaul sebati, simpan dalam peti sejuk semalam 5 minit
  • Pakai di wajah sebagai masker selama 30 minit
  • Cuci sehingga bersih

3. Tomato

Dapatkan Kulit Yang Cerah Berseri Tanpa Sebarang Kos Dengan 7 Bahan Semula Jadi Ini! Semuanya Ada Di Dapur Anda!
Sumber gambar: Any Lane

Tomato bukan sahaja mampu untuk menghilangkan kawasan gelap di area mata, tetapi ia juga berfungsi sebagai bahan pencerah kulit wajah! Ada 3 cara menggunakan tomato untuk memutihkan kulit iaitu:

  • Cara pertama, belah tomato kepada dua, gunakan satu bahagian. Sapukan ke seluruh kulit muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh.
  • Cara kedua, kisar tomato sehingga halus, jadikan sebagai masker. Tampalkan dimuka selama 30 minit dan cuci sehingga bersih.
  • Cara ketiga, kisar tomato sehingga halus, masukkan ke dalam tray ais dan bekukan sehingga menjadi kiub ais. Setiap kali selepas mandi, ambil satu kiub dan sapukan ke seluruh wajah. Ia bukan sahaja akan memutihkan kulit malah membantu menutup pori-pori yang terbuka. Ia juga boleh menjadikan wajah lebih segar!

4. Aloe vera

IKLAN
Dapatkan Kulit Yang Cerah Berseri Tanpa Sebarang Kos Dengan 7 Bahan Semula Jadi Ini! Semuanya Ada Di Dapur Anda!
Sumber gambar: Silvia

Pastinya ramai yang tahu tentang khasiat aloe vera dalam dunia kecantikan! Aloe vera adalah tumbuhan semulajadi yang membantu anda mencerahkan kulit. Gel aloe vera dari pokok adalah jauh lebih berkesan berbanding jel aloe vera yang dibeli di kedai.

Berikut adalah 3 cara menggunakan aloe vera untuk mencerahkan kulit secara semulajadi:

  • Cara pertama, belah aloe vera sehingga isinya yang putih jernih kelihatan. Sapukan aloe vera ke seluruh kulit muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh.
  • Cara kedua, buang kulit aloe vera, ambil isinya. Kisar sehinngg halus, tampalkan dimuka selama 30 minit dan cuci sehingga bersih.
  • Cara ketiga, kisar isi aloe vera sehingga halus, masukkan ke dalam tray ais dan bekukan sehingga menjadi kiub ais. Bahan aloe vera ini amat membantu untuk mengelakkan anda terkena sunburn dan mengekalkan kulit muka yang cerah. Ha! Jangan lupa cuba ya!

5. Timun

Dapatkan Kulit Yang Cerah Berseri Tanpa Sebarang Kos Dengan 7 Bahan Semula Jadi Ini! Semuanya Ada Di Dapur Anda!
Sumber gambar: Aspire Idea

Tak perlu tunggu di spa, di rumah pun boleh dijadikan sebagai spa hanya dengan menggunakan timun. Tahukah anda, timun bersifat sejuk dan sangat membantu untuk memutihkan kulit muka. Anda boleh jadikan timun sebagai masker untuk dipakai sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

IKLAN

Caranya ialah ambil 3 inci timun, lenyekkan sehingga hancur. Sejukkan didalam peti ais selama 5 minit, kemudian tampalkan ke muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci sehingga bersih.

6. Baking soda

Dapatkan Kulit Yang Cerah Berseri Tanpa Sebarang Kos Dengan 7 Bahan Semula Jadi Ini! Semuanya Ada Di Dapur Anda!
Sumber gambar: Kaboom Pics

Sama juga seperti aloe vera, baking soda juga amat terkenal dengan kebaikannya dalam dunia kecantikan terutamanya pada mereka yang mengalami masalah jerawat. Tetapi kali ini, team Hijabista ingin kongsikan tentang fungsi baking soda yang bagus untuk mencerahkan kulit wajah! Ia bukan sahaja membantu menghilangkan noda pada kulit, malah sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Namun hati-hati, jangan gunakan baking soda dengan terlalu kerap kerana dikhuatiri akan menghakis kulit muka.

Caranya ialah ambil satu sudu kecil baking soda, bancuh dengan sedikit air dan dijadikan sebagai pencuci muka. Gosokkan ke kulit muka selama 3 minit dan bilas sehingga bersih.

7. Air basuhan beras

Dapatkan Kulit Yang Cerah Berseri Tanpa Sebarang Kos Dengan 7 Bahan Semula Jadi Ini! Semuanya Ada Di Dapur Anda!
Sumber gambar: Tewistis

Jika di negara Korea, Jepun dan China, bahan semula jadi ini amat popular untuk dijadikan sebagai bahan kacantikan bagi mendapatkan kulit yang mulus, cerah dan lembut! Malah, ia juga adalah petua tradisional sejak zaman nenek moyang kita ini sebenarnya sangat berkesan untuk memutihkan muka dan mengecutkan jerawat. Setiap kali membasuh beras, simpan air basuhan yang terakhir. Jangan dibuang tau, rugi.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI