Masalah penuaan kulit memang jadi suatu isu besar buat mereka yang bergelar wanita. Rasa sedih tau bila orang menyangkakan usia kita jauh lebih tua daripada usia sebenar. Boleh emosi sepanjang hari jadinya.
Sesibuk mana pun kehidupan kita, penjagaan kulit wajah jangan pernah dilupakan. Tak mahu kulit tua sebelum usia, pasti ramai gadis masa kini yang dambakan kulit licin seperti kaca bak gadis Korea.
Punyalah rajin buat ‘research’ di internet supaya boleh dapat kulit flawless sebegitu. Tak salah berangan. Mana tahu boleh dapat kulit secantik Park Shin Hye bukan?
Kini ia bukan lagi mimpi, kulit licin seperti kaca boleh jadi satu realiti apabila anda menggunakan rangkaian produk daripada Nutox ini.
Rangkaian Produk Hebat Perbaiki Masalah Kulit
Memperkenalkan rangkaian Nutox Renewing Treatment yang telah diperbaharui yang bukan sahaja bertujuan untuk memperbaiki kulit malah memberi hidrasi melalui bahan hebat iaitu Actistem Gold Nest dan teknologi Tri-Lumines Complex ™ yang direka khusus bagi membalikkan proses kerosakan kulit.
Ads
Uniknya, setiap produk dirumus khas bagi membantu mengatasi masalah kulit yang disebabkan oleh tekanan, kurang waktu tidur dan pendedahan yang banyak kepada persekitaran yang tidak sihat.
Terdiri daripada ramuan terbaik yang boleh memperbaharui dan meremajakan kulit anda, rangkaian Nutox Renewing Treatment yang serba baharu ini iaitu milk cleanser, moisturizing essence, ampoule, crème, sleeping mask dan cream mask juga bebas dari sebarang bahan paraben dan pewarna.
Selain itu, dua ‘bintang utama’ dalam rangkaian ini iaitu moisturizing essence dan ampoule telah terbukti secara klinikal dan diuji secara dermatologi untuk memastikan kulit lebih sihat, lembut, dan memberi hidrasi lebih kepada kulit si penggunanya.
Kulit Muda Berseri Dengan Gabungan Ramuan Unggul
Sesuai untuk semua jenis kulit, Nutox Renewing Treatment Moisturizing Essence akan memberi anda peningkatan kelembapan segera dan menyerap jauh ke dalam dan bertahan hingga 72 jam. Nutox Renewing Treatment Ampoule pula berfungsi sebagai penyelamat yang akan membantu proses pengelupasan dan penyembuhan liang kulit. Hasilnya anda akan terus dapat lihat selepas aplikasi yang pertama!
Ads
Bukan itu sahaja, cecair ampoule yang tidak berminyak ini juga memudahkan bahan aktif lain dalam rangkaian produk ini meresap masuk ke dalam kulit. Ia juga terbukti dapat merawat kulit kusam yang sentiasa kelihatan letih lalu menampakkan kulit menjadi awet muda, berseri dan bercahaya.
Selain bahan Actistem Gold Nest yang mendorong pengeluaran kolagen pada kulit, rangkaian ini juga terdiri daripada 3 bahan yang digemari pencinta kulit iaitu Betaine, Niacinamide dan Lime Caviar yang masing-masing membawa peranan mereka sendiri dalam menghidrasi, memperbaharui dan menyerikan kulit.
Ads
GenencareⓇ Eco-Certified, atau lebih dikenali sebagai Betaine akan memberikan penghidratan yang lama pada kulit sementara Niacinamide akan memperbaiki tekstur kulit dan menutup pori-pori.
Lime Caviar pula adalah sejenis AHA dan pengelupas semula jadi yang membuang sel kulit mati. Semua produk dalam rangkaian ink menunjukkan kelebihan ramuan yang tersendiri dan bergabung bagi memberi penghidratan selama 72 jam lamanya selain membuatkan kulit tampak lebih berseri. Barulah kulit bersinar bak kaca!
Mudah Didapati
Tampil dengan bungkusannya berwarna merah jambu yang menarik, rangkaian produk Nutox Stay Young ini boleh didapati di gedung berhampiran dengan anda. Selain itu, anda juga boleh membelinya secara atas talian di Shopee, Watsons dan Guardian.
Tak perlu berfikir lagi, sayangilah diri anda dengan segera mendapatkan produk ini untuk miliki kulit yang anjal lagi sihat. Pastinya selepas ini anda akan kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar. Kecantikan diri akan bermula apabila anda mula menjaga dan menyayangi diri anda dengan sepenuhnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari pertama tahun baharu 2023, negara digemparkan dengan berita duka apabila sebuah gedung tekstil terkemuka, Jakel Seksyen 7, Shah Alam hampir musnah dijilat api dalam kebakaran sekitar jam 7 pagi tadi.
Perkara tersebut tular di laman Twitter memaparkan gedung tersebut sedang ditelan api marak menerusi sebuah video yang dikongsikan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan itu.
Pihak Bomba memaklumkan bahawa sebanyak 80 peratus dari gedung tiga tingkat itu telah mengalami kebakaran yang membawa kerosakkan yang serius, dipercayai berpunca dari litar pintas yang berlaku di premis tersebut.
Namun, pihak Bomba berjaya mengawal kebakaran sejam sejurus tiba di tempat kejadian. Bagaimanapun, Bomba memberitahu tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecelakaan serta insiden yang tidak diingini berlaku sewaktu kejadian.
Ini demikian kerana, kebakaran itu berlaku pada awal pagi, justeru kakitangan Jakel juga masih belum berada di tempat kejadian kerana masih terlalu awal untuk membuka gedung tersebut ketika itu.
Lebih menarik perhatian Hijabista, adalah beberapa komen yang ditiggalkan wargamaya pada hantaran tersebut.
Malah, rata-ratanya menzahirkan rasa sedih dan gusar terhadap kecelakkaan yang berlaku. Serta runsing memikirkan dimana mereka akan memperoleh baju raya pada tahun ini? Memandangkan Jakel merupakan antara gedung pilihan terkemuka yang sering dikunjugi warga Shah Alam terutama pada musim perayaan Aidilfitri.
Bukan senang untuk kita sebagai suami isteri mempertahan sebuah perkahwinan yang dibina. Pastinya pelbagai ranjau dan onak duri yang perlu dihadapi sepanjang usia perkahwinan. Perlu ada sikap tolak ansur, saling sayang menyayangi dan kerjasama agar hubungan yang terjalin kekal hingga ke jannah.
Suami sebagai ketua keluarga perlu memainkan peranan yang sangat penting. Jangan anggap isteri sebagai hamba abdi, atau orang suruhan kerana wanita inilah yang akan menjaga zuriat hasil perkahwinan anda berdua. Kalau sayang, layan dan belailah mereka seperti seorang Raja.
Perkongsian lelaki ini di laman sosial ini juga boleh dijadikan panduan buat pasangan yang baru berumah tangga atau yang sudah lama berkahwin. Pesanan Mizan Dzai memang cukup menyedarkan bahawa isteri itu insan paling mulia dan jangan memperlakukan sesuka hati. Tanpa kehadirannya hidup berumah tangga seperti tidak lengkap dan tiada indahnya.
Sebenarnya, perkahwinan dan kehidupan aku tak seindah yang kau orang sangkakan. Bohong kalau aku tak pernah bergaduh dengan isteri, bohong kalau aku sentiasa berduit, bohong kalau bisnes-bisnes aku tak pernah ada masalah.
Ramai orang PM aku bertanyakan tips, nampak hidup aku indah, kononnya aku suami yang penyayang dan ada bisnes-bisnes yang maju, katanya aku ada anak-anak yang comel ikut El yang berkacukan Arab.
Orang nampak kita senang, orang tak tahu susah kita macam mana. Hidup ni bukan seindah drama pukul 7 tapi hidup ni cukup indah kalau kita bersyukur dengan cabaran dan dugaan yang mendatang. Bagi aku, kunci kebahagiaan dan kejayaan adalah bermula dengan bersyukur.
Siapa kata aku tak pernah bergaduh besar dengan El? Dia jenis yang tak banyak cakap, susah nak membebel dan dia akan pendam kalau terasa dengan aku sampai aku jadi bengang kekadang.
Mana taknya, aku dok fikir apa salah yang aku buat sampai salam yang patutnya cium tangan pakai mulut tapi dia pakai dahi. Cramp otak aku asik fikir apa aku buat, aku ada pergi rumah urut tanpa sedar ke apa semalam?
Untunglah kalau kau ada pasangan yang suka membebel atau meluahkan perasaan sebab mudah untuk kau tahu apa masalah atau kesalahan yang perlu kau baiki. Macam aku ni, sampai ke lubang cacing kena korek sendiri.
Menurut Ustaz Abdullah Khairi, kaum wanita ni bercakap 26,000 patah perkataan sehari tapi El 260 patah perkataan je sehari aku rasa. Dia lain, sebab tu aku cintakan dia sangat-sangat.
Kekadang sampai menangis El aku paksa bagitahu apa salah aku. Tak adil untuk aku dihukum tanpa aku tahu cerita sebenar atau disedarkan bahawa aku dah buat silap atau benda yang dia tak suka.
Nak kata aku tak utamakan keluarga, sebelum ayam habis aku dah topap yang baru termasuk kepala dengan tongkeng sekali. Nak kata susu Farrel habis, aku jenis yang beli satu kotak terus.
Nak kata barang makeup habis, aku simpan wax dan sikat dalam beg makeup El supaya aku tahu apa bekas yang dah ringan dan perlu aku tanya bila nak pergi beli. Tekan punya tekan, rupanya aku balik lambat dan asik pegang phone memanjang. Alahai sayang.
Perempuan ni tak faham yang kita sibuk sekarang sementara masih muda dan kuat supaya nanti ada masa untuk keluarga, untuk kesenangan mereka. Tapi menjadi tugas kita sebagai suami untuk bagi dia faham.
Mana dia nak faham, kau kerja asik stalk Instagram ex girlfriend kau, asik like, PM yang bukan-bukan dan komen kat Facebook awek lain. Perempuan gila je boleh faham sebab apa yang kau buat tu kerja gila bang walaupun bagi kita yang lelaki ni sekadar berkawan, sekadar mengusik.
Dia takkan faham kalau kau kantoi karaoke sambil peluk rama-rama kanan kiri sambil bergesek atau pergi Crown berkali-kali bang. Sudah-sudahlah, kalau roger aku sekali tak apa juga kah kah.
Bukan tak nak bagi berdikari tapi aku jarang bagi El keluar kecuali ada teman terutama beli barang keperluan dia atau rumah secara sendirian. Selalu aku minta untuk tunggu aku sebab lunyai dia kena belasah dengan Farrel nanti.
Anak aku, aku tahu lasak dia MashaAllah! Kalau tangan dia pun dia boleh masukkan dalam ekzos kereta lepas tu jilat, kalau iPhone 7 Plus Red Edition bini aku pun aku boleh jumpa dalam air baldi mop, kau rasa mak dia kena lanyak macam mana nanti?
Bukannya sebagai beban tapi terkial-kial dia nanti nak jaga anak-anak kat luar, bukan senang dengan stroller 4mom Origami yang macam motor LC 135 beratnya.
Nak topap bekas susu, pampers, baju spare, air panas air suamnya lagi, kena make sure atau tunggu anak-anak berak dulu sebelum keluar supaya tak cranky dalam kereta, dalam mall nanti. Kalau kau yang bekerja kata sibuk dan tak ada masa, aku jamin aku 5x lagi sibuk dari kau.
Cuma kita sebagai suami kena ingat, kita terlalu meremehkan hal-hal di dalam rumah seperti tentang perkembangan anak-anak, kepenatan isteri jaga makan pakai kita, barang mandi atau perhiasan isteri dah habis, stokin dan spender campak merata dll.
Penat weh urus rumahtangga sebenarnya, dulu masa Farrel lahir aku jaga El pantang dan uruskan hal rumah pun penat. Sekarang bila Aldric lahir, aku uruskan Farrel yang cranky gila sebab ada adik plus El tengah berpantang lagilah 10x ganda penat.
Tapi itulah kita sebagai suami, kalau tak bersedia nak berkorban jangan gatal nak anak orang. Ingat, lelaki dilahirkan untuk berkorban dan berjuang. Jangan asal balik kerja balik melepak, kau goyang kaki goyang telor, tau-tau semua dah terhidang.
Tengah malam yang kau tahu nak pakai isteri. Dia separuh nyawa bersilat dari siang sampai ke malam kau tak fikir? Time ni pandai pula cakap isteri walau atas unta sekalipun wajib layan suami.
Habis tu sediakan keperluan, mengemas, memasak kau ingat dalam Islam tugas isteri? Banyak kau punya lawa ya, tugas isteri ni melayan suami dan anak-anak je sebenarnya bang.
Bawa-bawalah kurangkan melepak malam kalau tak mendatangkan faedah. Apa yang kau nak malu sangat member cakap #SalamGari atau bini singa? Bukan member basuh spender kau bang. Bukan member yang tahan lapar bila kau tak ada duit nak beli barang dapur.
Suka aku pesan, member ada hadnya. Member ada tempatnya. Isteri bukan hamba tapi adalah separuh jiwa. Kau abaikan isteri sama macam kau tengok bapak kau abaikan mak kau. Suka?
Kalau kau tak ada member yang dok sindir, yang tak nak paham tugas sebagai suami tu, kau tak rugi satu sen pun bang. Jangan kawan dia. Kalau dok ejek kau juga, kau starlight kan je. Bangang.
Anak-anak tengok layanan kau pada isteri, dia orang ingat macam mana kau buat pada mak dia orang. Dah tua esok, nangis air mata darah pun dah tak guna kalau anak anak ketepikan kau dan utamakan member-member dia yang tak ada masa depan dan bawa pengaruh yang buruk.
Belum terlambat untuk kita buat isteri kembali tersenyum macam mula-mula kahwin dulu. Tiada istilah terlambat selagi nyawa masih dikandung badan, belum terlambat selagi pernikahan masih halal dan penceraian belum difailkan.
Bahagia ni bila kau bertolak ansur, bahagia ni bila saling memahami satu sama lain dan bahagia ni bukan hanya suami yang bersenang-lenang. Ianya bukan sekadar kau cantik, bukan sekadar kau hebat berniaga.
Kau kongsilah segalanya dengan pasangan terutama dari segi kewangan. Ini sangat penting supaya suami atau isteri faham situasi dan gelora yang sedang melanda keluarga. In shaa Allah segalanya akan dapat diatasi.
Kalau bukan kebahagiaan untuk kedua-dua pihak yang kau cari, tanya diri sendiri untuk apa kau berkahwin kerana sesebuah perkahwinan itu adalah satu perkongsian.
Kau patut bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan ibu yang baik lagi penyayang. Betul kata Nabi, pilihan yang mendapat restu ibu bapa dan Ilahi akan membuahkan keberkatan. Dia seorang yang penyabar.
Kesabarannya itu menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan kau bang. Dia mula sanggup berkongsi masa dengan kerja, kawan atau hobi kau tanpa mengeluh.
Dia sanggup menunggu kepulangan kau walaupun telah larut malam demi kelangsungan periuk nasi keluarga dan mereka-mereka yang bekerja dibawah kau.
Dia tak pernah putus memberi semangat dan nasihat kepada kau hinggalah ke saat ini. Kita sebagai suami banyak terhutang budi dengan isteri.
Allah, peliharalah permaisuriku Eleena Arif ini, panjangkan umurnya, murahkan rezekinya dan bahagiakan kami seperti mana kau bahagiakan ibu bapa kami hingga ke syurgaMu.
Kalau ini pun kau tak boleh baca sampai habis, macam mana kau nak harap isteri faham dengan diri kau? Lapangkan dada, baca dengan fikiran yang positif in shaa Allah semoga ada manfaat untuk kita semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melangkah ke dunia kecantikan, begitu banyak trend solekan dan penjagaan kulit yang sukar untuk diikuti. Ketika anda sedang berjinak-jinak dengan pelbagai langkah yang terlibat dalam K-Beauty, J-Beauty telah menjadi terkenal dan kini mempunyai set istilah baharu untuk dipelajari.
Semuanya bermula dengan ‘glass skin’ yang tidak berkilat dan kelihatan matte pada awal tahun, tetapi ia tidak berhenti di situ. Beberapa istilah lagi telah ditambahkan pada kamus kecantikan. Adakah anda sedar tentang trend ini? Berikut ialah semua yang anda perlu tahu tentang ‘glass skin’, ‘cream skin’, ‘butter skin’ dan ‘yoga skin’.
Kulit berkaca atau lebih terkenal dengan panggilan ‘glass skin’, ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kulit yang sangat lembap, licin dan tona sekata yang sangat sempurna dan jelas sehingga memberikan rupa sepeti pantulan kaca. Rutin penjagaan kulit 8 langkah, rejimen penjagaan ‘glass skin’ melibatkan pembersihan berganda, mengelupas, menyegarkan, menggunakan esen, merawat dengan serum atau ampul, melembapkan, menggunakan krim mata dan pelekat. Kulit madu dan dewy adalah pendahulu ‘trend’ penjagaan kulit kecantikan K ini dan ia bertujuan untuk mengekalkan kulit yang sangat lembap.
Kulit krim adalah seperti kulit kaca bezanya menolak rutin besar. Ia memberi tumpuan kepada mencapai hasil yang serupa dengan menggunakan lebih sedikit produk penjagaan kulit dan menggabungkan kuasa melembutkan dan menghidratkan toner dan pelembap. Dalam kata yang lebih mudah, ‘glass skin’ memberi penekanan pada tekstur kulit yang menggambarkannya sebagai tidak berpori, licin dan lut sinar, manakala ‘cream skin’ adalah mengenai penggunaan gabungan toner dan pelembap sahaja.
Betapa cantiknya kulit anda kelihatan selepas senaman yang sengit atau sesi yoga yang hebat? Nah, itulah yang dimaksudkan dengan trend ini, ia memfokuskan pada kulit yang berembun, sangat terhidrat dan kelihatan cantik secara semula jadi. Kulit yoga adalah trend solekan dan bukan trend penjagaan kulit. Syukurlah anda tidak perlu menyertai kelas yoga untuk mendapatkannya, walaupun ia satu aktiviti bagus jika anda melakukannya. Untuk mendapatkan ‘yoga skin’, anda perlu mencipta campuran koktel di mana anda mengambil kira-kira 70% asas, tambah 15% minyak muka yang sesuai, 10% cecair pencerah dan 5% lagi titis booster. Urut lembut produk ini ke dalam kulit anda secara perlahan-lahan, berikan setiap lapisan sekurang-kurangnya satu minit untuk menyerap.
Seperti namanya, ‘butter skin’ merujuk kepada rupa yang mempunyai tekstur licin, bercahaya dan kilauan semula jadi yang menakjubkan yang dimiliki oleh mentega. Sama seperti kulit yoga, kulit mentega juga merupakan trend solekan dan bukan trend penjagaan kulit. Ia boleh dicapai menggunakan produk solek kegemaran anda dan tidak memerlukan anda mengikuti rutin yang rumit. Untuk mendapatkan kulit yang berminyak, mulakan dengan menggunakan serum berasaskan asid hyaluronik atau topeng helaian, ikutinya dengan asas dewy, tentukan ciri anda menggunakan bronzer dan sapukan sedikit penyerlah pada tulang pipi dan batang hidung anda. Setelah penampilan lengkap sembur pada kabus muka yang menerangi untuk mendapatkan rupa yang sempurna.
Keempat- empat trend ini boleh dicapai sekiranya sesuai dengan jenis kulit anda, apa yang penting pastikan pemilihan produk yang betul.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.