Apa yang dilakukan oleh kita saat mendapat gaji? Pastinya ramai diantara kita yang sudah terbayangkan barangan-barangan yang ingin dibeli. Mungkin juga ada yang sudah mula mengira kos perbelanjaan yang harus dibayar seperti sewa rumah, kereta, bil-bil dan lain-lain lagi.
Namun sebenarnya, kita sebagai umat Islam sewajarnya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerani memberi gaji yang membuatkan kita selesa dengan kehidupan yang kita jalanani dan juga memurahkan rezeki kita di dunia.
Doa yang mudah ini, sebagai tanda penghargaan terhadap pemberian Allah SWT. Kadang-kala, kita sebagai umat manusia, bersungguh-sungguh berdoa untuk dilimpahkan rezeki, naik gaji, diberikan keuntungan yang berganda tetapi kita tidak mendapat keberkatan darinya.
Ads
Kadang-kala, kita memohon untuk diberikan keluasan rezeki, bebas dari hutang, kekayaan tetapi lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada.
Oleh itu, sama-samalah kita untuk membaca doa ini:
Nabi Muhammad S.A.W sentiasa mengamalkan bacaan doa ini sewaktu mendapat hadiah ataupun rezeki:
Allahumma barik lanaa fii tsamarinaa, Wa barik lanaa fii madiinatinaa, Wa barik lanaa fii soo-‘i-naa, Wa barik lanaa fii mud-di-naa
Ads
Ertinya: ’Ya Allah, berkatilah hasil kami, berkatilah bandar kami, berkatilah cupak kami, dan berkatilah gantang kami.”
Semoga segala rezeki yang kita miliki dalam segala jenis bentuk mendapat keredhaan ALLAH SWT dan semoga dengan mengamalkan bacaan doa ini dapat mendekatkan kita dengan-Nya. InsyaAllah. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kisah mengenai dua beradik yang dicuri motosikalnya selepas baru sahaja hari kehilangan ibu mereka memang menjadi viral di media sosial pada beberapa hari yang lalu.
Kasihan dengan nasib mereka, pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil mengulurkan bantuan buat adik-beradik ini yang masih bersekolah bagi meringankan beban yang dialami.
Sayu sangat rasa hati terbaca 2 beradik yang tinggal dengan mak semenjak kecil. Maknya meninggal dunia 21 Jan, baru 3hari dan hari itu juga hilang motor kena curi. Mak tiada sebelah kaki dan sakit buah pinggang dan sentiasa dialisis. Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua dengan mak. Sekarang tinggal berdua jer. Seorang 17 tahun. Seorang 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah.
Baik-baik adik berdua ini. Saya bincang tadi untuk sekolahkan mereka berdua. Masuk sekolah mereka inginkan. Saya kata adik berdua belajar sampai berjaya yer. Nanti saya bayarkan yuran dan lain-lain.
Saya hadiahkan motor baru Modenas biru. Dapat diskaun. Tauke kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan baik. Setahun adik ni service dan ganti barang dapat free di kedainya selepas ini. Dia kasihan pada adik tadi. Dia kenal saya. Selalu tengok ebit lew.
Saya beri sedikit duit belanja buat keduanya. Semoga adik berdua kuat yer. Ibunya mendapat bantuan bulanan dari BaitulMal KL.
Semoga adik berjaya dalam hidup dan terus kuat tabah yer. Jumpa mak dalam syurga insyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Genap usia 38 tahun namun menjadi sambutan hari jadi pertama tanpa figura abah, Diana Amir luah kerinduan hati.
Kerana rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada. Inilah yang dialami oleh selebriti dakwah, Diana Amir apabila pertama kali meraikan hari bermakna ini tanpa abahnya.
Allahyarham Dr Amir Hashim Bin Mohd Kassim menghembuskan nafas terakhir kira-kira 5 bulan lepas iaitu pada 5 Januari 2024.
Arwah yang bergelar Prof Emiritus merupakan tokoh ilmuwan disegani, malah pernah menjadi timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
ABAH DIANA AMIR
“My first birthday without abah,” coret Diana Amir ringkas menjelang hari lahirnya yang bertarikh 22 Jun 2024.
Diana atau Nurdiyana Amir Hashim merupakan seorang selebriti dakwah dan ikon kemanusiaan terkenal, malah beliau sering dijemput menyerikan majlis-majlis ilmu serta keagamaan.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini telah dilahirkan di Birmingham, England, dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Sains Malaysia.
Selepas bersara daripada dunia seni pada tahun 2022, kini Diana focus menambah ilmu serta menguruskan keluarga di rumah.
Sanah helwah Diana, semoga semua kebaikan dibalas dengan ganjaran pahala melimpah-ruah.Tonton video penuh di bawah…
ISTIQAMAH
HIJABISTA berpeluang bertemu mata dan menemu bual beliau sewaktu sesi rakaman No Turning Back, Diana sempat menjawab beberapa persoalan yang diutarakan.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah. Itu sahaja sebenarnya,” ujar pelakon Strawberi Cinta ini.
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan oleh-Nya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Untuk rekod, setelah hampir 10 tahun berhijab, pelakon dan pengacara Diana Amir akhirnya mengambil keputusan memakai niqab sejak 2022.
Sekitar tahun 90an, siapa yang tak kenal lelaki bersusuk tubuh tegap, tampan dan berwajah persis orang Arab. Edika Yusof satu nama tidak asing kepada peminat seni tanah air kerana kemunculannya sebagai seorang model dan pelakon serba boleh.
Filem yang paling sinonim dengan dirinya adalah Maria Mariana berlakon di samping Erra Fazira dan Ziana Zain. Namun selepas berkahwin, kelibatnya dalam dunia lakonan tidak kelihatan.
Bukan kerana tidak mahu belakon tetapi ada sebab kenapa dia menghilangkan diri dalam dunia seni. Namun kini dia juga dilihat sudah kembali beraksi dalam dunia seni cuba tidak seaktif dulu.
Terbaru Edika Yusof dalam postingnya di laman Instagram memberitahu sempena sambutan harijadinya, bahawa dia begitu menyayangi keluarga termasuk isteri dan anak-anaknya yang sentiasa memberi sokongan serta dorongan padanya.
Dalam satu video oleh Sinar FM, Edika berkongsi pengalamannya selama 12 tahun (masuk tahun ini 14 tahun) menjaga isterinya yang jatuh sakit dan lumpuh tiga suku badan setelah dua tahun mereka berkahwin.
Akibatnya isterinya menghidap strok tidak boleh mendengar dan juga bercakap. Keadaan ini menyebabkan ia menggangggu memori iserinya hingga ada beberapa perkara tidak mampu untuk diingati.
Situasi ini benar-benar menguji diri Edika yang keliru kenapa dugaan ini yang Tuhan beri padanya. Dia terfikir untuk berkongsi masalahnya dengan seseorang. Tetapi jalan yang dipilih adalah berkongsi masalah itu dengan Tuhan sendiri.
Daripada situ beliau mendapat hidayah dan menguatkan diri menempuh segala apa yang berlaku. Walaupun dalam masa sama dia seperti sudah putus harapan, tetapi melihat kesungguhan isterinya apabila melakukan sesuatu dan tidak pernah ‘give up’ daripada situ kekuatan dirinya datang.
Walapun isterinya berada dalam serba kekurangan, tetapi lelaki ini tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU ataupun seorang yang lumpuh. Malah dia menganggap isterinya seperti manusia biasa yang sempurna.
Daripada sikap isteri yang begitu membuatkan isterinya juga tidak sedar bahawa dirinya lumpuh dan bukan seperti insan normal lain.
Edika juga turut memberitahu dia treat isterinya sama sahaja daripada segi kasih sayang. Mereka ada masanya bergaduh dan menguruskan keperluan keluarga bersama-sama. Dia cipta benda begini supaya isterinya itu tahu bahawa dia seorang yang normal.
Biarpun ada pandangan keluarga dan teman-teman yang bertanya kenapa dia tidak berkahwin lagi satu, Edika punya jawapan tersendiri. Katanya jika berkahwin lagi satu pun tidak akan selesaikan masalah yang sedia ada.
Mungkin juga isteri kedua itu nanti akan sakit lumpuh. Jadi berapa ‘wheechair’ yang perlu dia jaga kelak.
Menurutnya juga cukuplah dengan satu ini yang dia perlu jaga dan alhamdulillah baginya ini dugaan yang Tuhan beripada dirinya. Isterinya juga ada menyuruh Edika berkahwin lain tetapi dia menolaknya.
Baginya sewaktu mengambil isterinya, dia berada dalam keadaan sempurna dan jika mahu mengembalikan pada keluarga juga mestilah boleh berdiri dan berjalan. Jadi daripada situ isterinya paham yang dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri kerana padanya yang satu ini juga sudah memadai.
Di akhir perbualan, Edika juga sempat menitipkan pesanan buat kaum lelaki di luar sana agar susah senang bersama isteri. Jangan bagi beban kepada isteri saja kerana lelaki merupakan ketua keluarga.
Kita perlu sentiasa sama-sama membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Jangan anggap isteri sebagai maid sebaliknya anggap dia adalah soulmate kita dan lakukan apa-apa biarlah bersama-sama. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.