Bibir merupakan salah satu daya penarik bagi seorang wanita. Jika warna bibir anda kelihatan hitam, pecah-pecah, dan kering, itu adalah tanda bibir anda tidak sihat.
Tetapi tahukah hijabi, tanpa mengunjungi pusat kecantikkan pun anda boleh memperolehi bibir yang mungil dan merah merekah bak delima. Anda hanya perlu memanfaatkan dua bahan alami ini sahaja untuk mencerahkan warna bibir anda.
Menurut Medical News Today, ada beberapa punca yang menyebabkan bibir menjadi hitam, di antaranya seperti merokok, sering mengambil minuman berkafein, kesan dari produk kecantikan, sering terdedah kepada sinar matahari, dan yang terakhir adalah faktor genetik.
Dua Cara Ini Bantu Kekalkan Kelembapan Bibir
Madu memiliki banyak manfaat untuk melembapkan kulit, mencerahkan bibir, dan meningkatkan imunisasi kepada tubuh badan jika diamalkan. Untuk mencerahkan warna bibir, anda hanya perlu oleskan madu dan gula.
1. Scrub Madu dan Gula
Ads
Siapkan madu dan gula pasir dalam mangkuk yang bersesuaian, gaul rata hingga terbentuk butiran scrub yang mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Pastikan tekstur scrub tidak terlalu kental atau terlalu cair. Kemudian sapukan pada bibir, sehingga bibir tampak cerah dan merah merona.
Gosoklah secara perlahan dengan arah lawan jam selama 3 hingga 5 minit. Pastikan sel-sel kulit mati pada bibir dapat dikelurkan, lebih mudah jika anda melakukannya di depan cermin.
Ads
Jika sudah selesai menggosokkan scrub ke bibir dan sel-sel kulit mati pada bibir tertanggal, hijabi boleh membilas muka dengan air bersih kemudian lap muka sebersihnya dengan tuala wajah. Pastikan tiads butiran gula pasir mahupun cairan madu yang masih melekat pada wajah anda.
2. Sentiasa ‘Apply’ Pelembap Bibir
Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, hijabi boleh selang selikan rutin no.1 dengan rutin no.2 ini iaitu menggunakan pelembap bibir, agar bibir bebas kering, kekal terhidrat, cerah dan merona merah.
Ads
Ini kerana, bibir memerlukan lembapan ekstra, nutrisi, dan perlindungan daripada bahan-bahan semulajadi seperti petroleum jelly, membuatkan lip balm akan memberi kesan baik untuk kesihatan bibir.
Tumpuan pada kulit wajah menyebabkan kita abaikan bahagian kulit tubuh yang lain. Ini memang tak adil.
Walau pun tertutup, kulit tubuh juga memerlukan belaian dan penjagaan total supaya sifat dan keadaannya terpelihara sentiasa.
Usah risau tentang harga dan kos perawatan, kali ini admin kongsikan cara pembuatan body butter yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Jom cuba!
1. 1 cawan mentega shea mentah (Raw Shea Butter)
2. 1/2 cawan minyak kelapa dara ekstra (MKDE)
3. 1/4 cawan minyak zaitun dara ekstra (MZDE)
– Hand Mixer
– Bekas untuk membancuh
– Bekas atau botol kosong – untuk meyimpan krim yang telah siap
1. Masukkan mentega shea mentah ke dalam bekas membancuh. Putarkan menggunakan hand mixer menggunakan kelajuan medium.
2. Apabila mentega shea sudah lembut, masukkan MKDE dan terus putarkan.
3. Masukkan MZDE dan terus putar sehingga adunan menjadi kuning terang.
4. Body butter anda telah pun siap! Bolehlah disimpan di dalam botol pilihan dan letakkan dalam suhu bilik. Elak daripada terkena cahaya matahari secara langsung untuk mengekalkan keberkesanannya. Jika jarang menggunakan krim ini, simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.
Selain menggunakan bahan-bahan seperti di atas, boleh juga menggunakan minyak-minyak lain yang ada jual di pasaran seperti minyak almond, minyak jojoba, atau minyak-minyak lain yang bagus untuk kulit. Setiap minyak mempunyai keunikan tersendiri.
Body butter ini turut berkesan merawat ekzema atau penyakit kulit yang lain. Boleh juga disapukan pada rambut malahan keseluruhan tubuh hingga ke hujung kaki.
Kelebihan lain
– Kulit tidak pedih walaupun ada luka.
– Menyembuhkan kulit yang luka atau berair.
– Menghilangkan gatal.
– Melembabkan kulit.
– Menghitamkan dan menyihatkan rambut.
– Melicinkan kulit.
– Merawat kulit kaki yang merekah atau pecah.
Shea Butter adalah mentega yang diekstrak dari African Shea Tree. Buah daripada pokok ni berupa kacang, yang kemudian diketuk untuk diambil isinya sebelum diproses. Kebanyakan pokok shea ni tumbuh di negara Ghana. Shea Butter digunakan secara meluas untuk produk kulit dan rambut terutamanya. Kelebihan shea butter ini antaranya menyembuhkan, anti radang dan antioksidan. Amat bagus untuk kulit bermasalah seperti ekzema dan psoriasis, kulit kering, kulit pecah dan sebagainya.
Minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seaslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa, haba dan kimia digunakan sewaktu pemprosesan. Minyak kelapa dara juga dikenali sebagai minyak terbaik di dunia dan khasiatnya telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan manusia keseluruhannya. Antara khasiat minyak kelapa dara ialah meningkatkan sistem imun tubuh, meningkatkan tenaga, membunuh virus dan bakteria, dan sebagainya
Sama juga seperti minyak kelapa dara cara pemprosesannya, cuma bezanya ia daripada buah zaitun. Khasiatnya bagus untuk merawat penyakit diabetes, penyakit jantung, untuk kesihatan kulit dan banyak lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sama seperti segala-galanya, terdapat banyak regim kecantikan yang hanya dimiliki oleh versi anda. Mencuci muka sekali sehari dengan sabun adalah cara gadis desa dibesarkan.
Lain pula dengan penjagaan rambut, sebagai contoh, kaedah ‘bilas-dan-ulang’ lama untuk mencuci rambut anda. Mempunyai rambut yang sangat tebal dan kasar yang tidak boleh dicuci setiap hari. Jadi cucian dwi-mingguan dahulu adalah tentang mencuci dua kali ganda. Tetapi apabila anda meningkat dewasa, anda mendengar lebih banyak tentang cara kaedah ini boleh mengeringkan rambut anda dan hanya gimik pemasaran untuk membuat orang ramai menggunakan botol syampu mereka dengan lebih cepat. Tetapi ternyata, itu bukanlah kebenaran keseluruhannya!
Syampu berganda ialah proses di mana anda membasuh rambut anda dengan produk dua kali dalam sesi mandi yang sama. Kaedah ini amat baik untuk wanita yang mempunyai kulit kepala yang terlalu berminyak, tetapi hujungnya kering. Ia juga harus menjadi kaedah pembersihan rambut anda jika cenderung menggunakan banyak produk penggayaan dan penjagaan rambut. Daripada mencuci rambut anda setiap hari, anda hanya boleh mencuci dua kali dalam satu sesi. Ini akan mengurangkan minyak dan membantu anda membasuh rambut anda dua atau tiga kali seminggu.
Logiknya agak mudah sebenarnya. Cucian pertama berfungsi dengan memecahkan minyak, kotoran dan timbunan produk pada kulit kepala anda. Inilah sebabnya mengapa anda mungkin menyedari bahawa cucian pertama tidak pernah menghasilkan buih yang mencukupi, walaupun menggunakan syampu berbuih. Pencucian kedua menyingkirkan kotoran sepenuhnya menjadikan rambut bersih.
Pastikan anda menggunakan syampu bebas sulfat, penghidratan dan pelembap untuk keperluan syampu berganda anda. Kurangkan penggunaan pembersihan mendalam kepada sebulan sekali kerana ia boleh menghilangkan minyak semula jadi pada rambut dan mengeringkan hujungnya.
Langkah 1:
Mulakan dengan membasahkan rambut anda secara menyeluruh dari akar ke hujung. Bergantung pada panjang rambut anda, ambil segenggam syampu dan sapukan pada kulit kepala sahaja.
Langkah 2:
Urut syampu perlahan-lahan pada kulit kepala. Gunakan tekanan yang mencukupi untuk memastikan produk menembusi kulit kepala anda dan lakukan selama kira-kira 35 hingga 40 saat.
Langkah 3:
Bilas!
Langkah 4:
Untuk pusingan kedua, tuangkan jumlah syampu yang lebih sedikit di tapak tangan daripada yang anda gunakan sebelum ini. Sekali lagi, sapukan pada kulit kepala anda, gosok selama satu minit dan bilas sepenuhnya. Pastikan anda tidak membawa produk ke hujung rambut anda kerana air sabun sudah cukup untuk membersihkannya.
Langkah 5:
Selesaikan dengan perapi; diamkan selama 3-5 minit dan basuh hingga bersih.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bergelar ibu pastinya menjadi momen paling indah dalam hidup setiap wanita. Kegembiraan itu menjadi lebih berganda apabila melahirkan bukan seorang atau dua, tetapi empat orang anak sekaligus. Namun bukan mudah menjaga kandungan sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah waktu untuk melahirkan. Perkongsian seorang wanita Sharisa Hussein, 32 tahun di laman instagram yang selamat melahirkan kembar empat 22 Oktober lalu mengenai penjagaan diri sepanjang kehamilannya.
Walau bagaimanapun dia terpaksa memberitahu juga ketua di tempat kerjanya kerana terpaksa mengambil cuti yang banyak sepanjang tempoh kehamilan kembar empat ini.
Menamakan dirinya di laman instagram melalui akaun @sha.rissa, wanita muda ini yang juga seorang Travelouge merujuk pada tulisan di ruangan bio, kemudiannya turut berkongsi cara diet yang berkhasiat sepanjang kehamilan kembar empat berkenaan.
Menurutnya dia mendapat nasihat doktor supaya makan makanan yang berkhasiat untuk membawa kandungan serta memastikan bayi dikandung sentiasa sihat dan juga bagi mengelak daripada bersalin lebih awal.
Ini antara diet yang diamalkannya sepanjang kehamilan berkenaan.
– Avoid simple carb (intensive glycemic/sugar control) – Eat more protein (fish, chicken, eggs etc.) – Avoid sugary foods – Eat lots of vegetables and fruits – Snacking with nut-based food eg almonds, cashews etc. – Drink 3 liter water per day (fresh milk, plain water and fruit juice without sugar)
In addition, take a daily prenatal vitamin to obtain some of the nutrients that are hard to get from foods alone, such as folic acid, iron and calcium.
Keempat-empat bayi lelaki yang sihat ini dipanggil Firas, Noah, Farouq dan Naaz ini dilahirkan secara pembedahan ketika usia kandungan 35 minggu.
Ketika dihubungi, Sharisa yang juga seorang arkitek mendapat tahu dirinya hamil selepas empat tahun berumah tangga. Sama sekali tidak menyangka bahawa rezekinya hamil empat bayi sekaligus.
Malah ramai menyangka dia memang merancang untuk mendapatkan anak kembar dan turut meminta tip daripadanya. Bagaimanapun dia dan suami tidak merancang sebaliknya semuanya itu adalah rezeki dari Allah.
Dia dan suaminya juga baru menyambut ulang tahun perkahwinan ke lima beberapa hari lalu. Dan pastinya kehadiran kembar empat ini menjadi hadiah paling berharga dan tidak ternilai dari Allah SWT sepanjang lima tahun melayari alam perkahwinan.