Tumit kaki yang merekah bukan sahaja menjejaskan penampilan kaki anda, tetapi membuatkan kaki kering, kasar serta menggelupas.

Jenis lantai yang dipijak sering dipersalahkan apabila seseorang itu mengalami masalah tumit merekah. Malah, ada juga yang menganggap masalah tumit kaki merekah hanya berlaku kepada individu yang sudah berusia. Rekahan di sekeliling tumit dan sekitar tapak kaki memang tampak hodoh dan mencacatkan penampilan wanita. Apabila berada dalam keadaan ini, keinginan untuk menyarung kasut jenis terbuka terpaksa dilupakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Singkirkan Bau Kaki Yang Busuk Dengan Cara Yang Pelik, Apa Sahaja Demi Kaki Yang Sihat

Kaki kasar sukar bergerak

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah. Jika masalah ini tidak diatasi, ia akan menyebabkan berlakunya masalah lain seperti kulit kaki menjadi kasar dan menyukarkan pergerakan.

Perkongsian wanita ini Siti Nurshafika Amran di laman sosial memberitahu cara untuk mengatasi masalah kulit merekah ini. Turut memuatkan sekali video cara membuat dan mendapat tontonan sehingga 2 juta di facebook.

Cara diajar cukup simple hanya menggunakan bahan alami esperti limau nipis dan juga garam. Kedua-dua bahan ini digunakan dengan cara menggosok bahagian tumit kaki yang merekah secara perlahan-lahan.Dan anda akan lihat hasilnya tiada lagi kesan rekahan berkenaan dan tumit menjadi licin seperti sebelumnya.

Tip tumit merekah bersinau dalam 5 minit hanya guna 2 barang je

Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak

Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. malu sungguh!

Ads

datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang kat dapur je. mudah dan senang. anak2 tido mommy2 boleh la belai2 tumit

BAHAN:

  • limau nipis boleh jugak guna lemon
  • garam

Cerahkan Tumit Kaki Yang Hitam Merekah, Gadis Ini Selesaikan Dengan 2 Bahan Sahaja!

berus gigi murah guna bulu yang kasar
lepas limau dah lunyai gunakan berus pulak

Ads

Cerahkan Tumit Kaki Yang Hitam Merekah, Gadis Ini Selesaikan Dengan 2 Bahan Sahaja!

Tumit kaki sebelum

Cerahkan Tumit Kaki Yang Hitam Merekah, Gadis Ini Selesaikan Dengan 2 Bahan Sahaja!Tumit kaki selepas berus

Cerahkan Tumit Kaki Yang Hitam Merekah, Gadis Ini Selesaikan Dengan 2 Bahan Sahaja!

Ads

Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering. Mungkin kerana kedudukannya yang selalu terlindung, maka kulit kaki jarang diberi perhatian. Namun, hakikatnya ia juga perlu sentiasa dijaga kebersihannya dan diberikan rawatan kecantikan dengan menyapukan losen pelembap.

ARTIKEL BERKAITAN: Peha Lebih Besar Dari Kaki, 4 Petua Untuk Hilangkan Lemak Di Kaki Dengan Cara Yang Sihat

Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa.Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahkan kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabkan kaki mudah kering dan merekah. Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihkan kaki.

Menggunakan sabun yang mengeringkan kulit akan menyebabkan masalah ini semakin susah untuk dirawat. Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber kredit: Siti Norshafika Amran

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI