Ramadan hampir menjelang tidak lama lagi. Selain memperbanyak amal dan ibadah, Ramadan juga sinonim dengan bazar yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa. Pastinya akan rambang mata untuk memilih pelbagai aneka kuih sebagai juadah berbuka puasa!
Pelbagai aneka kuih yang sentiasa ada seperti kuih seri muka, kuih cara, buah melaka, kuih puteri mandi dan banyak lagi. Tetapi, di antara kuih yang menjadi kegemaran Hijabista adalah kuih bingka atau bengkang tepung beras.
Kalau hijabi nak tahu, kuih ini adalah kuih tradisional yang sering menjadi idaman ramai, terutama sekali buat penggemar sajian lama macam penulis! Pada zaman dahulu, proses untuk membuat kuih bingka ini mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa membakarnya menggunakan sabut kelapa.
Namun pada zaman serba teknologi ini, kuih bingka boleh siap dalam masa setengah jam sahaja! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan yang paling menarik, hanya memerlukan hanya lima bahan sahaja! Tak perlu dah beli di bazar Ramadan nanti, buat sahaja dirumah dengan resepi yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook ini.
Ads
Resepi bingka tepung beras versi ‘Air Fryer’
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan santan (saya guna 1 kotak santan kara untuk jadikan 3 1/2 santan+campur air)
1/2 cawan gula pasir (saya guna gula perang)
1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
Campur semua bahan dan masak atas api sampai likat. Sambil itu kacau-kacau dengan menggunakan api yang perlahan.
Kemudian, untuk persediaan, sapu loyang dengan minyak atau mentega. Seletah itu, tuang adunan dalam loyang.
Bakar guna air fryer dan tetapkan suhu kepada 180 selama 30 minit.
Ads
4. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Mudah saja kan? Dah ada ‘air fyer’ semua benda jadi mudah. Paling penting, biarkan betul-betul sejuk dahulu baru potong. Peh, kelazatan yang dirasai pastinya mempunyai keistimewaan yang tiada tandingan! Kalau hijabi suka bingka pandan, hanya tambahkan daun pandan ke dalam resepi. Jom cuba sekarang!
Di Malaysia suasana hujan bukanlah suatu perkara yang asing, kerana Malaysia adalah negara panas-lembap dan merupakan antara negara tropika yang menerima taburan hujan tertinggi terutamanya pada musim tengkujuh setiap tahun.
Namun, lain pula ceritanya bagi penduduk di negara yang mempunyai cuaca panas-kering seperti Arab Saudi. Apabila diturunkan hujan ianya dianggap sebagai rezeki dan rahmat, kerana merupakan antara fenomena cuaca yang dangkal san jarang berlaku.
Justeru, adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang berada di tanah suci, Mekah untuk menikmati cuaca hujan dengan penuh rasa teruja hingga terdapat jemaah yang sanggup merakamkan momen indah berkenaan meski terpaksa bergambar dalam keadaan basah kuyup hanya demi sebuah kenangan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh penyanyi dan aktres jelita Daiyan Trisha yang kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah apabila berpeluang menikmati suasana hujan rintik di tanah penuh barakah itu.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Daiyan sendiri menerusi sebuah muatnaik hantaran video di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat Daiyan bersama syurganya yang begitu teruja menyaksikan detik-detik tanah haram ditimpa titisan hujan rahmat hingga keduanya turut menitiskan air mata teruja dan gembira direzekikan untuk menyaksikan kekuasaan Allah yang maha esa menurunkan hujan.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati
rata-rata peminat Daiyan turut menzahirkan rasa teruja menyaksikan momen indah tersebut sebelum menitipkan doa agar mereka juga dijemput menjadi tetamu Allah kelak.
Terdahulu, Daiyan Trisha tampil meluahkan rasa syukurnya dapat mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua.
Sekadar info, keadaan cuaca yang panas di sekitar kota suci Mekah, dengan purata suhu siang hari sekitar 43 darjah selsius, tidak sukar digambarkan kegembiraan mereka menyambut hujan rahmat itu.
Inspirasi dari pelbagai atlet yang berhijab, Nike jenama sukan terkenal telah mengeluarkan Nike Pro Hijab. Namun inspirasi itu tidak terhenti hanya mereka cipta hijab khas untuk atlet muslimah, malahan pereka Nike terus berinovasi mengeluarkan pakaian renang khas untuk atlet muslimah. Inovasi ini khas untuk atlet dari semua latar belakang yang terlibat dalam aktiviti sukan berasaskan air.
Melihat jurang yang menarik dalam pakaian untuk sukan air, sebagai pereka Nike melihat pelbagai kekurangan khususnya, kekurangan pilihan untuk atlet wanita muslimah yang memilih antara kesopanan dan pergerakan dengan keselesaan juga keyakinan. Produk sedia ada tidak mempunyai ciri-ciri atau fungsi, para atlet inginkan bagi menjaga aurat ketika bersukan. Sering kali, atlet berkata, pakaian renang mempunyai pelbagai halangan untuk mereka melakukan aktiviti di dalam air.
Martha Moore, Pengarah Kreatif Nike, VP. berkata “Ketika Niker terus memperluas visi untuk inovasi mereka pakaian sukan, kami teruja untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk melibatkan diri mereka dalam sukan dengan berfikir secara kreatif dan mereka bentuk secara inklusif. Bagi pihak Nike, Koleksi Nike Victory Swim menunjukkan kekuatan inovasi untuk menarik semua wanita untuk bersukan tanpa batasan. ”
Dibina dari fabrik warp-knit, koleksi Nike Victory Swim adalah ringan, bernafas dan cepat kering. Faedah untuk atlet yang mencari perlindungan matahari dengan rating UPF 40+ kepala hingga ke kaki.
Kedua-dua Nike Victory Full-Coverage Swimsuit dan Nike Tide Swim Tunic Top mempunyai sport bra berserta dengan perforated cups. Sama seperti bahagian atas pakaian renang ini, Nike Victory Swim Leggings mencerminkan siluet yang sederhana namun membolehkan kelajuan dan ketangkasan tanpa berpaut berlebihan.
The Swim Hijab mempunyai poket berjaring bersepadu yang memegang rambut di seluruh pergerakan bawah air. Ini terbukti apabila ramai atlet seluruh dunia yang menguji Nike Victory Swim merasa kagum.
Zahra Lari Pemain Ski Ais United Arab Emirates berpendapat koleksi ini, membantu beliau melakukan aktiviti berenang dengan baik dan lebih berkeyakinan kerana material fabriknya amat berbeza dengan pakaian renang yang sedia ada di pasaran.
Hijabi yang masih tercari-cari pakaian renang yang sesuai nantikan koleksi terbaharu dari Nike ini di pasaran pada 1 Februari 2020 di stor-stor terdekat dan di laman web nike.com.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah menjadi duta jenama tudung terkenal, kini Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan. Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 30 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya. Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar. Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global. Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah. Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu walaupun jadual sibuknya sebagai wajah kempen Raya Swarovski Asia Tenggara 2023, dan juga duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.