Hijabi dan dunia kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Pantang melihat atau mendengar tutorial mekap, pasti akan teruja untuk mengikutinya. Namun sebelum memastikan tatarias dihasilkan menjadi dan ‘on point’, kena tahu langkah seterusnya selepas mencuci bersih wajah.

Paling penting sebelum memulakan solekan, anda kena sapukan foundation atau bedak asas terlebih dahulu. Tetapi ada caranya untuk memilih foundation bersesuaian agar solekan tidak jadi bercapuk dan wajah jadi lebih flawless dan glowing.

 

Hijabista kongsi tip memilih foundation yang betul sebelum anda melakar kanvas wajah dengan rona bersesuaian.

1. Pilih warna yang betul

Pastikan pilih warna yang betul dengan kulit wajah. Kadang-kadang bila kita cuba di kulit tangan, nampak seperti okay, tetapi bila cuba di wajah, nampak bercapuk dan tidak sesuai.  Jadi cara terbaik adakah cuba foundation terus pada bahagian jawline dan ratakan foundation di situ. Tunggu beberapa minit dan biarkan kering seketika lihat efek warnanya. Jika tidak kena dengan warna kulit ia bukanlah foundation sesuai untuk kulit anda.

IKLAN

2. Jangan lupa pakai face primer

Ramai yang selalu terlepas pandang bab pemakaian primer ni kan? Jangan lupa untuk sapukan primer sebelum letakkan foundation. Primer sebenarnya bertindak sebagai ‘secret weapon’ menjadikan solekan kekal atau tahan seharian. Bertindak sebagai melembapkan kulit, menjadikan muka licin, menutup pori dan kedutan serta menyamaratakan tona kulit muka.

Primer ni pun ada juga jenis-jenis dia. Ada yang clear, tinted dan yang berwarna. Untuk yang berwarna ni sama seperti foundation, kena cari tona yang sesuai dengan warna kulit. Selain primer anda juga boleh juga gunakan gel aloe vera atau apa-apa jenis krim muka.

3. Pilih bedak asas ikut jenis kulit

Foundation memainkan peranan yang sangat penting dalam pemakaian solekan anda. Senang sahaja untuk memilih jenis foundation yang sesuai, kenali masalah kulit anda. Jika anda memiliki kulit berminyak pilihlah foundation yang diformulasikan untuk kulit berminyak, begitu juga dengan jika kulit kering pilih yang khas untuk kulit kering.

Warna foundation juga memainkan peranan yang sangat penting! Jika kulit anda cerah, anda digalakkan menggunakan warna terang dan jika kulit anda sawa matang atau tan anda digalakkan menggunakan warna natural.

IKLAN

4. Pilih foundation yang berasaskan liquid

Foundation berasaskan liquid lebih mudah diratakan di kulit berbanding foundation jenis kering. Kalau boleh cari yang bersesuaian dengan aktiviti harian anda. Kalau anda jenis yang bekerja di bawah terik matahari atau selalu keluar, pilih foundation yang ada SPF dan pelindung suria.

Terdapat banyak di pasaran foundation atau BB Cream yang ada SPF. Kalau jenis yang bekerja dalam tempat berhawa dingin, pilih foundation yang melembapkan kulit.

5. Pastikan foundation belum habis tarikh luput

Jangan sesekali lupa dengan tarikh luput barangan mekap yang dibeli termasuk foundation.  Untuk mengetahui tarikh luputnya boleh belek label pada botol foundation. Jika menyebut 12M bermakna boleh digunakan untuk 12 bulan sahaja dan kalau 24M maknanya untuk tempoh 2 tahun. Jika sudah luput jangan pakai bimbang ada masalah kulit wajah pula nanti.

IKLAN

6. Pilih foundation terbaik, Maybelline jenama sangat diyakini

Bedak asas yang ringan ini memudarkan dan menghalusi liang dan meninggalkan kemasan yang semulajadi dan halus. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit dari berminyak hingga ke normal. Foundation Fit Me dari  Maybelline ini diuji oleh ahli dermatologi.

Didatangkan dengan 25 warna dasar matte serta poreless yang memberi peluang untuk mencari warna bersesuaian dengan kulit wajah. Maybelline juga baru-baru ini memperluaskan jurang warna untuk wanita Asia yang terdiri dari 3 tona kulit fair, medium dan dark.

Jika sesetengah bedak asas lain boleh membesar-besarkan liang dan kulit berminyak, tetapi Foundation Fit Me dari Maybelline mengandungi genius kabur serbuk mikro yang menghapus liang-liang dan menyerap minyak untuk kemasan matte dan tidak kelihatan secara semula jadi.

Tan Group

Selain itu, manfaat lain bedak asas Maybelline ini juga boleh menyempurnakan tona kulit, berupaya menyembunyikan kecacatan dan memberi perlindungan. Bukan itu sahaja bedak asas ini juga mudah digunakan, sesuai untuk semua jenis kulit serta boleh menghidrat dan menyuburkan kulit.

Medium Group

Paling istimewa, bedak asas ini juga tidak menyumbat liang dan bebas minyak. Malah diuji oleh pakar dermatologi dan juga berfungsi sebagai asas nada dan tekstur untuk kesesuaian semulajadi.

Fair Group
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI