Sejak berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji, penampilan selebriti Fouziah Gous semakin cantik dan santun. Ternyata beliau bijak menggayakan busana berpadanan sesuai dengan penampilannya yang kini berhelar Hajah. Beliau yang turut berjinak-jinak berhijab sebelum itu dan akhirnya mengambil keputusan berhijab sepenuhnya balik dari mengerjakan rukun Islam ke lima itu.
Ternyata wajahnya memang sesuai berhijab kerana memperlihatkan sisi cantik dirinya yang sebenar. Namun walaupun berhijab, tidak sesekali membataskan dirinya untuk bergaya dan jadi stailo seperti orang lain.
Malah beliau juga cukup bijak mix and match busana berpadanan ditambah pemilihan selendang menutupi mahkota yang satu.
Menurut ibu kepada dua anak ini juga beliau banyak menerima hadiah tudung dari teman-teman ataupun peminatnya dan begitu menghargai setiap pemberian hadiah yang diberi kepadanya.
Sesibuk mana pun anda jangan lupa luangkan masa untuk memanjakan diri. Selalunya muka adalah bahagian penting yang diberi sepenuh perhatian, namun jangan lupa badan juga sama penting.
Lelah mencari produk yang sesuai, salah satu faktor bahagian ini diabaikan. Nah jika itu menjadi kegusaran anda, cuba intai-intai ruang dapur mungkin terdapat bahan yang berguna dan bermanfaat untuk mencantikkan kulit mulus dan glowing.
Resipi dari hijabi ini pasti membuka mata anda kenapa dari dahulu tidak memulakannya! Guna 4 bahan di dapur je! Serius, dalam seminggu kulit jadi lembap dan mulus sikit, ini resipi skrub badan mudah dan ‘low cost’:
Campurkan bahan semua sekali dan gaul. Jadikan adunan ini seperti pes dan tidak perlu pewangi tambahan. Bau lemon dan campuran minyak zaitun, cukup menenangkan baunya. Campuran ini akan menjadi pekat dan bertekstur kasar dan jika boleh elakkan tambah air. Ia akan membuat gula terlarut.
GULA – Skrub dari gula akan membantu mengangkat sel kulit mati secara alami. Proses eksfoliasi ini akan menghilangkan noda di kulit tanpa menyumbat pori-pori, sekaligus mengembalikan keseimbangan minyak di kulit.
LEMON – Lemon adalah sumber vitamin C yang baik. Ia membaiki sel-sel kulit yang rosak dan menghalang kulit daripada penuaan. Kolagen bertanggungjawab terhadap keanjalan serta mencerahkan kulit.
MINYAK ZAITUN – Khasiat minyak ini baik untuk kulit yang kering, dengan mengamalkan sapuan minyak badan, kulit akan sentiasa lembut dan lembap. Minyak zaitun memang memiliki beberapa manfaat untuk kulit. Minyak zaitun memiliki banyak kandungan vitamin, termasuk A, D, dan K, serta vitamin E.
MADU – Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam madu membantu mengurangkan kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih bersih. Madu mengandungi kandungan air semula jadi yang boleh membantu melembapkan kulit dan seterusnya melambatkan proses penuaan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Suka melihat penampilan terkini pelakon Amyra Rosli yang tetap maintain cantik dan langsing walaupun sudah hampir setahun bergelar ibu. Ternyata isteri kesayangan Amar Baharin ini bijak memastikan dirinya tetap langsing biarpun kini sibuk menguruskan rumahtangga. Namun sebenarnya pelakon ini pernah berdepan dengan masalah gastritis yang teruk hingga menyebabkan perut rasa pedih dan membuatkannya tidak rasa selesa.
Menurut Amyra sakit ini bukan baru dialami tetapi sejak dia masih bersekolah menengah lagi. Malah dia juga pernah buat pemeriksaan dengan doktor memasukkan kamera dan juga scan bahagian dalam perutnya itu.
“Tapi tiada apa yang serius. Tida ulser. Cuma bila sakit ini datang perut akan jadi pedih dan akan kacau kerja-kerja yang sedang dilakukan.
“Biasanya kalau kena Myra akan rehat sekejap dan lama kelamaan akan hilang sendiri. Untuk elak berlaku, Myra tak boleh lambat makan atau ambil pemakanan pedas,” ujar isteri kesayangan kepada Amar Baharin ini.
Tambah Myra lagi, cara terbaik untuk mengelak sakit ini berulang adalah dengan menjaga pemakanan dan dengan berpuasa.
Apabila dia berpuasa, jarang sekali akan mengalami sakit perut. Walaupun begitu dia juga seorang yang suka makan cuma akan kontrol pengambilannya seperti tidak ambil makanan pedas.
Dia yang ditemui ketika majlis ‘Moments in The Kitchen bersama Amar & Amyra’ dianjurkan oleh Panasonis mengakui enjoy dengan pengalaman memasak yang dianjurkan itu.
Dalam majlis itu kedua personaliti popular ini berkongsi kegembiraan dan keseronokan menyediakan ‘Cake in Full Bloom’, kek gubahan bunga-bungaan segar menggunakan Panasonic Electric Oven bersama rakan media dan KOLs terkenal.
“Myra memang suka memasak. Tapi ikut mood masak masakan kampung atau western. Kalau ikut Amar dia gemar masakan kampung dan Myra pula lebih kepada ikut angin.
“Dulu pun masa sebelum kahwin memang Mira pikul tanggungjawab sebagai anak sulung ddan menyediakan masakan untuk adik-adik Myra. Kalau tak tahu biasanya Myra akan google dan selalunya resipi berkenaan menjadi,” tambah pelakon utama drama bersiri popular NUR Ramadan lalu.
Ditanya apa rahsia semakin cantik dan kekal langsing setelah melahirkan anak, Myra memberitahu segalanya bermula ketika berpantang tempohari. Sebaik habis pantang 100 hari memang badannya kekal langsing seperti hari ini.
Biarpun letih kerana sibuk menguruskan anak, namun Amyra seronok melalui pengalaman berharga ini. Justeru dia mengurangkan aktkviti lakonan kerana mahu beri perhatian pada anaknya yang masih kecil.
Selain itu pasangan ini juga turut melakukan home workout dan sama-sama bertanggungjawab berat badan mereka sentiasa maintain seperti sebelumnya.
Menurut Amyra dia masih lagi bekerja dan dalam masa sama juga duta untuk beberapa produk.
* Gastritis dikenali oleh kebanyakan orang dengan istilah gastrik. Ia (gastritis) merupakan kerengsaan atau keradangan yang berlaku pada selaput perut (stomach lining) yang menyebabkan ia bengkak dan menimbulkan rasa sakit.
* Simptom-simptom yang dialami ialah rasa sakit pada bahagian atas abdomen sejam selepas mengambil makanan, hilang selera makan, selera makan meningkat (kadang-kadang terdapat makanan yang meredakannya), sakit hulu hati (sakit perut), sering sendawa, perut sebu, loya (kadang-kadang muntah).
* Penyebab dan faktor-faktor risiko untuk penyakit tersebut termasuk penggunaan jangka panjang ubat anti keradangan bukan steroid (nonsteroidal anti-inflammatory drugs, NSAIDs), jangkitan bakteria Helicobacter Pyroli, merokok dan minum alkohol. Penyebablain pengambilan makanan proses, masa makan tidak menentu, buah sitrus, kafeina, makanan berempah, lahan makanan, kesensitifan makanan (food sensitivities serta juga dikatakan sebagai penyebab.
* Selain mengenal pasti punca, langkah mengambil makanan yang sesuai dan mengelakkan daripada mengambil makanan yang memburukkan lagi gastritis dan ulser adalah amat penting.
* Makanan/minuman yang sesuai untuk sesetengah penghidap gastritis dan ulser perut termasuk sayur-sayuran rebus (lobak, lobak putih, lobak bit, saderi, bayam Eropah; kecuali sayur-sayuran yang memburukkan simptom), pisang masak, nasi, telur rebus (sekadar beku kuningnya), roti tidak ceruh (kuantiti kecil), sup ayam, pear (kuantiti kecil), yogurt, kefir dan sup sayur.
Makanan/minuman lain ialah teh chamomile, teh chrysanthemum, teh pegaga, minyak zaitun ekstra dara (extra virgin), ikan, ayam, kacang gajus, badam (mentah) dan pasta semolina (dengan ayam atau makanan laut dan sayur-sayuran). Manakala buah-buahan kering seperti pic, aprikot, kismis dan tin juga sesuai pada kuantiti kecil.
Maaf jika anda bangun awal dan bangun dalam keadaan lapar, tetapi penyelidikan baru mendapati bahawa makan sarapan pada pukul 11 pagi sebenarnya sangat bermanfaat untuk penurunan berat badan.
Menurut seorang profesor British, makan sarapan pada pukul 11 pagi boleh membantu anda menurunkan berat badan antara dua hingga lima kilo. Ini caranya.
Sekiranya anda melangkau sarapan pagi untuk menurunkan berat badan? Menurut Tim Spector, Profesor Epidemiologi Genetik di King’s College London, anda harus menangguhkan sarapan pagi sehingga 11 pagi untuk mencapai matlamat penurunan berat badan anda dengan lebih baik. Ditambah dengan diet seimbang, tabiat mudah ini boleh membantu anda menurunkan berat badan antara dua hingga lima kilogram selama berbulan-bulan.
Kenapa tunggu nak makan? Menurut pakar itu, menunggu sehingga 11 pagi memungkinkan untuk mencapai tempoh berpuasa 14 jam sejak hidangan terakhir sehari sebelumnya.
Untuk mencapai kesimpulan ini, pakar mengikuti tabiat pemakanan suku Hadza, terutamanya yang berpangkalan di Tanzania. Pemburu atau pengumpul ini mempunyai hidangan terakhir mereka pada hari itu antara 8 dan 9 malam. Makanan pertama mereka pada hari itu adalah antara 10:30 dan 11:00 pagi, iaitu, 14 jam kemudian.
Pakar itu menyatakan bahawa orang Eropah makan malam kemudian. “Masih ada individu, terutamanya di utara England, yang makan lebih awal, tetapi secara amnya kita telah bergerak ke arah tabiat makan kontinental, makan malam lebih lewat seperti orang di Sepanyol dan Itali.
Malah mereka yang tidak melakukan itu mungkin berakhir dengan snek sehingga jam 9 malam, menjadikannya sukar untuk mencapai tempoh puasa 14 jam. Terdapat perubahan mudah yang boleh dilakukan orang ramai, dengan menukar sarapan mereka dari 8 pagi ke 11 pagi, yang sebenarnya lebih berkesan daripada diet berpuasa.
Munchy’s Oat Krunch terkenal dengan barisan snek sihat yang terdapat dalam pelbagai perisa. Salah satu perisa jenama yang paling popular ialah biskut coklat gelap. Biskut ini mudah dimakan dan akan mengenyangkan perut anda tepat pada waktu makan tengahari.
Berbanding dengan roti putih, roti wholemeal Gardenia mempunyai indeks glukosa yang lebih tinggi. Ini menjadikannya sesuai untuk dimakan tanpa perlu risau tentang gula berlebihan atau karbohidrat yang akan menyebabkan kemudaratan kepada badan anda melalui lonjakan gula. Walau bagaimanapun, kedua-dua roti putih dan wholemeal mempunyai kiraan kalori yang sama.
Kacang terkenal dengan proteinnya, tetapi anda harus sentiasa mengambilnya secara sederhana kerana ia juga mengandungi lemak sihat yang agak tinggi. Kacang adalah sumber protein yang mudah dan boleh membantu. Asid lemak yang sihat sangat membantu dalam melindungi kesihatan otak dan meningkatkan prestasi kognitif. Ia juga dinasihatkan untuk orang yang mempunyai alahan kacang untuk mengelakkan memakannya.
Granola ialah snek sarapan pagi yang serupa dengan bijirin tetapi ia mempunyai kandungan yang lebih sihat. Mornflake granola mengandungi semua sifat kesihatan dalam satu pek, seperti kiraan kalori, bebas minyak dan jenis vitamin. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mengurangkan berat badan sambil mengisi perut anda dengan snek ini!
Biji chia mesti menjadi salah satu snek sarapan paling serba boleh yang pernah wujud kerana anda boleh memasukkannya ke dalam hampir semua perkara, termasuk botol air anda. Dengan memasukkannya ke dalam makanan atau minuman anda, anda juga mengambil vitamin dan serat tambahan secara serentak.
Oatmeal memerlukan sedikit penyediaan, bergantung pada apa yang anda tambah sebagai topping. Anda boleh membuatnya sedap dengan menambah protein seperti daging ayam atau manis dengan menambah buah-buahan atau beri kering. Hanya menambah air panas juga merupakan pilihan lain jika anda suka memakannya dengan mudah.
Bar kacang coklat dari Nice & Natural mengandungi jumlah protein yang agak tinggi untuk satu hidangan, yang akan dapat mengisi kenyang anda lebih daripada bar makanan biasa yang lain. Bar protein ini adalah kelebihan jika anda juga mencari makanan ringan yang sesuai untuk pertumbuhan otot.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Weekendplan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.