Semalam menyaksikan puteri sulung penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah menyambut ulang tahun pertama kelahirannya. Usai konsert Siti Nurhaliz On Tour di Axiata Arena, penyanyi tersohor ini mengadakan pula majlis meraikan hari lahir Siti Aafiyah di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Walaupun dilahirkan pada 19 Mac, tetapi keterujaan Siti untuk menyambutnya lebih awal semalam.

Selain keceriaan anak perempuan kesayangan Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa, penampilan penyanyi tersohor ini juga turut mencuri tumpuan hingga menarik perhatian netizen.

sraihann Alahai cantik sangat tokti. Simple tapi sangat cantik.

mummy_arissa_afrina Cantik baju tok ti

anzalinaothman Comey n cantek ibu Aafiyah ni…tk jemu memndang..simple but nice … 

farahanimjasni Cantiknyaaaaa! Simple je pakai bawal. Tapi cantik manis sangat ibu aafiyah nie

zielamzmmil cantiknyaaa ibu aafiyah! 

Mengetengahkan tema warna pastel malam itu iaitu warna pilihan Siti sendiri dan turut diikuti oleh tetamu yang lain.

IKLAN

Antara tetamu yang datang meraikan sambutan hari jadi pertama Siti Aafiyah adalah Che Ta, Fouziah Gous, Jihan Muse, Amyra Rosli dan juga Fizo Omar.

Jika sebelum ini gah bergaya dengan busana cantik sepanjang tiga konsertnya, tetapi untuk majlis harijadi ini Siti lebih senang memilih gaya lebih simple. Walaupun simple namun aura ibu Siti Aafiyah ini tetap terserlah.

IKLAN

 

Memilih menyarung busana putih dipadankan dengan skirt labuh rona pastel. Tiada lilit hijab keterlaluan sekadar ikatan simpul di depan bagi memudahkan beliau mendukung anak kesayangan yang dilahirkan pada 19 Mac tahun lalu.

Ternyata kelahiran baby girl ini memang cukup dinanti setelah hampir 11 tahun menunggu kehadiran cahayamata. Bayi seberat 3.55 kilogram ini dilakukan secara pembedahan di sebuah pusat perubata di Kuala Lumpur.

IKLAN

Sebelum itu pada 1 Disember 2015, Siti Nurhaliza pernah berkongsi rasa sedihnya dengan peminat selepas mengalami keguguran ketika itu usia kandungan berusia 2 bulan.

Nyata kehadiran Siti Aafiyah ini telah melengkapi kehidupan beliau dan cukup sempurna seperti wanita lain. Moga Siti Aafiyah membesar jadi anak yang berjasa kepada kedua ibu bapanya.

Hijabista ucapkan selamat hari jadi sayangku, Siti Aafiyah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI