Anda pernah dengar mengenai Schamroth Sign / test? Jika anda pernah dengar mengenainya, pasti anda tahu ia sering dikaitkan dengan kanser. Ia adalah satu ujian yang boleh kita lakukan sendiri untuk mengetahui samada kita ada masalah kesihatan ataupun tidak.

Caranya mudah. Anda hanya perlu melakukan jari anda seperti rajah di atas ini. Itulah perbezaan keadaan yang normal dengan yang tidak. Eh, boleh percaya ke ni? Kalau anda tidak percaya, jom kita baca penerangan daripada Dr Khairul Faizie ini.

Kawan saya ada tag saya di page ERA tentang Schamroth Sign / Test dan kaitannya dengan Kanser Paru Paru.
Saya agak terperanjat baca agak banyak komen dalam post itu menulis seperti ” ini mitos ” / ” lawak la ” / ” mengarut je ni ” / ” ini syirik “.

Maknanya, mereka tidak percaya tentang test itu.Wallahualam mereka baca atau tidak link yang diberi, atau sekadar baca tajuk & tengok gambar sahaja.

Maka saya terpanggil nak tulis secara ringkas tentang Schamroth Signs ini dan betul ke ada kaitannya dengan Kanser Paru paru.

Mula mula kita fahami dulu apa itu FINGER CLUBBING / NAIL CLUBBING / CLUBBED FINGER / DIGITAL CLUBBING.( semua ini merujuk keadaan yang sama, nama aja macam macam).

Finger/ Nail Clubbing ialah keadaan di mana terjadinya pembengkakan tisu lembut di hujung jari, disertai hilangnya bentuk asal kuku ( jadi melengkung ke atas seperti bentuk sudu), dan kulit di sekitar hujung jari boleh bewarna agak kemerahan. — Rujuk gambar.

Finger clubbing pandangan sisi.

Finger / Nail Clubbing boleh berlaku di kiri kanan jari tangan( bilateral), atau sebelah tangan sahaja( unilateral). Ia boleh juga melibatkan hanya satu jari sahaja ( unidigital ).Keadaan ini boleh juga berlaku pada kuku jari kaki ( Toe Clubbing).
Finger / Nail Clubbing boleh berlaku pada kanak kanak dan dewasa.

OK, Finger / Nail Clubbing ini boleh jadi keadaan yang normal, dipanggil ‘ Familial Clubbing’ , di mana ianya ialah faktor keturunan bentuk hujung jari & kuku adalah sedemikian rupa. Mereka yang ada Familial Clubbing ini akan mendapati generasi atuk / parent mereka pun ada finger clubbing ini.

IKLAN

Namun, keadaan Familial Clubbing bukanlah sesuatu yang biasa. Majoriti kita punyai bentuk jari & kuku yang biasa kita tengok ni.
Oleh kerana itu, dalam bidang perubatan, FINGER / NAIL CLUBBING ADALAH TANDA PADA KUKU YANG AMAT PENTING (important nail signs).

Kenapa Finger / Nail Clubbing ini tanda yg penting?
Ini kerana ia boleh menjadi petanda kepada penyakit yang kronik / bahaya, termasuklah kanser.
Apa penyakit yang dikaitkan dengan keadaan jari jemari alami Finger / Nail Clubbing? :

Penyakit Pulmonary ( paru paru)
eg Kanser paru2, Cystic Fibrosis, Bronchiectasis

Penyakit Cardiovascular ( jantung)
eg Penyakit jantung kongenital

Penyakit Neoplastic ( kanser pelbagai)
eg Hodgkin Lymphoma, kanser hati

Penyakit Hepatobiliary ( hati )
eg Kanser hati

IKLAN

Penyakit Infectious ( penyakit jangkitan)
eg jangkitan pada injap jantung ( infectious endocarditis)

Penyakit Gastrointestinal ( usus)
eg Inflammatory Bowel Disease

Antara semua senarai penyakit di atas, penyakit berkaitan paru2 dan jantung yang paling biasa dikaitkan dengan wujudnya Finger clubbing pada jari pesakit.
Ini kerana, penyakit penyakit paru2 / jantung yang kronik akan menyebabkan kadar oksigen yang rendah dalam darah, dan low oxygen dalam darah adalah salah satu sebab pembentukan kuku yang abnormal dalam Finger Clubbing.

Finger / Nail Clubbing berlaku dalam tempoh masa yang panjang / perubahan yg perlahan, seiring dengan keadaan penyakit.

Finger / Nail Clubbing tidak ada simptom sakit pada jari / kuku. Dalam sesetengah keadaan penyakit, Finger / Nail clubbing ini boleh hilang sekiranya penyakit itu dapat dirawat.

IKLAN

OK, so penyakit apa yang paling biasa ( most common ) dari semua list penyakit menyebabkan Finger / Nail Clubbing?

1) KANSER PARU PARU
( dianggarkan 35% patient kanser paru paru ada Finger / Nail Clubbing).

2) JANGKITAN KRONIK PADA PARU2 seperti penyakit Bronchiectasis / Lung Abscess.

3) PENYAKIT JANTUNG KONGENITAL yang tidak dirawat ( iaitu penyakit jantung sedia ada sejak lahir).

SCHAMROTH TEST / SIGNS itu ialah apabila hilangnya ruang kosong berbentuk ala diamond apabila dua kuku jari dirapatkan – Rujuk gambar.

Adakah kalau Schamroth Sign kita positif bermakna kita confirm ada Kanser Paru Paru? Jawapannya TIDAK.
Perlu jalani macam macam ujian.
Mungkin kerana penyakit2 lain.

Toe clubbing

Take home message nya ialah , tanda Finger / Nail Clubbing pada jari & kuku ialah tanda yg amat penting dan jangan diabaikan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

kredit: facebook Khairul Faizie

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI