Selain masalah jerawat dan bintik hitam pada wajah, ketiak hitam juga merupakan antara masalah yang sering terjadi. Ramai hijabi malu untuk berbicara tentang hal ini. Hijabi anda tidak perlu malu untuk bercakap tentang perkara ini kerana jika tidak, ia  tiada jalan penyelesaiannya.

Warna gelap pada kulit di daerah ketiak biasanya bukan penyakit. Ketiak hitam erat kaitannya dengan bau badan. Ramai di antara kita yang merasa risau dengan bau badan, sehingga menjadikan deodoran sebagai keperluan harian. Kesannya kulit di bahagian ketiak menjadi hitam dan gelap.

Berikut dikongsikan empat tip bagaimana untuk memutihkan kembali kulit bahagian yang hitam dan gelap.

1.PILIH DEODARANT DENGAN KANDUNGAN YANG SELAMAT

Deodorant sering digunakan bagi mengatasi masalah bau pada kulit ketiak. Ketika kita berpeluh kawasan ketiak akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi untuk mengatasi masalah ini ramai yang menggunakna deodorant.

IKLAN

Walau bagaimanapun jika anda tersalah memilih atau menggunakan deodorant maka kulit ketiak akan menjadi hitam. Ia disebabkan oleh bahan deodorant yang tidak sesuai dengan kulit anda. Oleh itu pilihlah deodorant yang sesuai dengan kulit ketiak anda dan paling penting tanpa bahan kimia berbahaya.

2. PILIH PISAU CUKUR

Mencukur bulu ketiak adalah sesuatu yang normal buat wanita. Bagi hijabi yang sering mencukur bulu ketiak, sebaiknya perhatikan pisau cukur yang digunakan. Jangan sampai anda menggunakan pisau cukur yang sudah tumpul. Perkara ini juga akan mempengaruhi perubahan warna pada kulit ketiak anda. Di samping itu, anda juga tidak disarankan mencabut bulu pada kulit ketiak anda kerana ia boleh menyebabkan sel kulit mati.

IKLAN

3. GUNA MINYAK KELAPA

Minyak kelapa kaya dengan vitamin E dan sering dimanfaatkan untuk kecantikan. Jika minyak kelapa dikombinasikan dengan vitamin C, lalu diaplikasikan pada kulit ketiak ia akan membuatkan kulit ketiak jadi semakin memutih. Minyak kelapa dapat menjaga kelembaban pada kulit ketiak. Secara tidak langsung ia mengelakkan ketiak menjadi hitam.

4. GUNA PRODUK PEMUTIH KETIAK

Ini merupakan pilihan terakhir untuk memutihkan ketiak anda dengan cepat, iaitu menggunakan produk pemutih ketiak. Kebanyakan salon kecantikan ada menawarkan produk pemutih ketiak, tetapi apa yang perlu anda perhatikan adalah kandungan yang terdapat pada pemutih ketiak tersebut. Jangan sampai anda terbeli produk pemutih ketiak yang mengandungi bahan kimia berbahaya kerana ia akan meninggalkan kesan sampingan yang tidak baik buat kesihatan anda.

IKLAN

TIP EKSTRA:

MEMUTIHKAN KETIAK DENGAN CARA SEMULAJADI

* Campurkan dua sudu besar yogurt tanpa rasa dengan beberapa titis lemon. Sapukan pada ketiak yang hitam. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian basuh. Lakukan setiap hari.

* Campurkan air perahan limau nipis bersama 1 sudu teh kapur sirih. Campuran ini disapu di bahagian ketiak selepas mandi, 2 dua kali sehari. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas hingga bersih.

* Ubi kentang juga berkesan sebagai cara memutihkan kulit ketiak selain memudarkan parut pada kulit wajah. Caranya mudah sahaja. Kisar sebiji ubi kentang hingga halus, dan sapukan pada ketiak. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas hingga bersih.

Sumber kredit: wom.my