Apabila kaum perempuan datang bulan, pastinya kebanyakan daripada kita akan mengalami emosi tidak menentukan? Ada sahaja benda yang rasa kita tak kena hingga membuatkan kita hilang mood.
Walaupun mungkin pelik di mata kaum lelaki, namun itulah realitinya yang mereka perlu hadapi dan fahami apatah lagi apabila sudah berkahwin nanti. Berkongsi pandangannya di twitter, Amaluddin Mahmood merasakan persiapan seorang lelaki sebelum kahwin bukan hanya pada wang ringgit semata-mata, namun memahami emosi wanita ketika datang bulan juga adalah sangat penting untuk dihadam.
Ini yang lelaki perlu tahu!
Ads
Jadi pembimbing isteri yang terbaik.
Ads
Kahwin bukan hanya untuk seronok, tetapi juga untuk memegang satu tanggungjawab dan amanah yang besar bagi menjaga si isteri.
Ads
Benarlah apa yang dikatakan olehnya. Jangan sesekali kita pandang remeh mengenai hal ini. InsyaAllah jika kita sama-sama ada rasa tanggungjawab, pastinya segala urusan hidup sebagai suami isteri akan dapat dilalui dengan baik.
Benarlah hidayah itu milik Allah SWT dan akan dikurniakan kepada sesiapa sahaj yang dikehendaki olehNya, Jika dia (Allah) berkata ‘Kun fayakun’ yang bermaksud jadilah, maka jadilah ia.
Begitulah dengan satu insiden luar biasa yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas Australia yang bergegas ke masjid ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana ingin menyuarakan ketidakpuasan hatinya berhubung solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang didakwa menganggu ketenteraman kerana terlalu bising.
Bagaimanapun, setibanya lelaki itu di masjid perkara sebaliknya berlaku. Apabila dia akhirnya menerima hidayah Allah dan terus berminat untuk memeluk agama Islam di masjid sama pada Sabtu lalu, lapor portal berita Doha News hari ini.
🔴 Avustralya’nın Queensland kentindeki Gold Coast Camii’nde kılınan bayram namazı sırasında hoparlörden çıkan seslerden rahatsız olduğu belirtmek için camiye gelen yaşlı bir adam, imamın telkinleri sonrası İslamiyet’e giriş yaptı. İhtida sırasında duygusal anlar yaşandı. pic.twitter.com/oXCU1dNQm2
Momen indah dan menyentuh perasaan berkenaan telah dirakam apabila warga emas Australia itu mengumumkan bahawa dirinya kini telah memeluk Islam sebagai agama baharunya. Pemakluman berkenaan dibuat oleh lelaki itu sendiri menggunakan bahasa Inggeris dan Arab sebelum akhirnya dia merasa sebak dan menangis teresak-esak.
Video sama turut dikongsikan oleh seorang pendakwah aktif di Australia, Haj Hussin Goss menerusi akaun Facebook dan miliknya.
“Selamat datang saudara kita yang masuk Islam pada hari raya ini. Saudara ini datang mengadu bunyi bising pagi ini (Sabtu) pada hari raya dan pulang sebagai seorang muslim. Allah Maha Besar,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Tambah Hussin lagi, warga emas yang bernama Brian itu tinggal di rumah penjagaan warga emas berhampiran Masjid Gold Coast sebelum datang ke masjid tersebut untuk mengadu tentang bunyi kuat solat sunat hari raya yang menganggu ketenteraman warga apabila bacaan takbir Raya itu dipancarkan menggunakan pembesar suara.
Sehubungan itu, untuk menyelesaikan isu ini, Hussin telah bersemuka dengan warga emas itu dan duduk berbincang bersama Brian sekitar 10 hingga 15 minit.
Apa yang menakjubkan, sebaik sahaja pertemuan itu berlaku. Brian telah menyatakan Hasratnya dengan sukarela untuk memeluk agama Islam.
Pada penghujung video yang tular berkenaan memaparkan Hussin mengucapkan dua kalimah Syahadah dan Brian mengulanginya.
Pertandingan ratu cantik merupakan sebuah pertandingan yang bertujuan untuk memperkasakan wanita dan juga memberi peluang kepada pesertanya untuk membawa nama negara ke tahap yang lebih tinggi.
Jika dahulu pertandingan ini lebih terarah kepada mereka yang tinggi lampai dan kurus seperti model. Namun saban tahun standard kecantikan sudah berubah kurus, gemuk, tinggi dan rendah bukan lagi menjadi ukuran. Sebaliknya, personaliti, misi kemanusiaan dan juga cara pembawaan diri menjadi pilihan selain penampilan yang menarik.
Kini, memecah tembok dunia ratu cantik, gadis berhijab dari Somalia, Khadija Omar menjadi peserta berhijab pertama yang mewakili sebuah negara dalam pertandingan ratu cantik berprestij iaitu Miss World. Tahun ini pertandingan tersebut diadakan di Puerto Rico dan malam finale akan dilangsungkan pada 16 Disember 2021.
“Saya tidak percaya saya adalah Miss World Somalia yang pertama. Sesiapa yang mengenali saya, tahu berapa lama saya berhasrat untuk bertanding dalam pertandingan dan mewakili gadis berhijab di seluruh dunia.
“Saya harap ini memberi inspirasi kepada gadis-gadis muda berhijab dan mengingatkan mereka bahawa mereka boleh bermimpi setinggi yang mereka cita-citakan. Saya tidak sabar untuk mencipta sejarah di Puerto Rico. Menunjukkan kepada dunia betapa cantiknya Somalia dan sekaligus membanggakan negara,” kongsi wanita anggun berusia 20 tahun ini.
Sedikit maklumat mengenainya, Khadija merupakan seorang jurusolek dan sekarang merupakan pelajar dalam jurusan psikology di York University Kanada. Sebelum berpindah ke Kanada, dia pernah tinggal di Kem Pelarian Nairobi, Kenya. Walaupun sudah tinggal di negara asing, kecintaannya kepada Somalia tidak pernah padam.
Ini dibuktikan menerusi projek ‘Beauty with a Purpose’ yang menjadi satu kewajipan bagi peserta Miss World kendalikan. Khadija akan bekerjasama dengan UNHCR dan Somali Youth Action dalam mewujudkan program pendidikan mata pencarian dan iklim terutamanya untuk wanita dan kanak-kanak.
Sebelum ini sudah ramai wanita berhijab yang memasuki pertandingan seperti Miss Universe dan Miss World di peringkat negara mereka, namun masih belum ada yang berjaya mewakili negara masing-masing ke peringkat antarabangsa.
Semoga Khadija berjaya mencipta sejarah dan ini menjadikan lebih ramai wanita berhijab menjadi wakil negara mereka. Membuktikan yang hijab bukan halangan dan beban sebaliknya satu simbol kekuatan.
Selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa telah menyumbang sebanyak 15 katil elektronik buat kegunaan pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka.
Menerusi laman Facebook Aznil Hisham, dia telah memuat naik ucapan terima kasih daripada Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital di atas sumbangan yang telah diberikan oleh pelakon drama Red Velvet tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.