Rata-rata masyarakat kita pastinya kurang jelas mengenai kerjaya sebagai seorang jurukimpal, Pekerjaan ini kebiasaannya dipelopori oleh kaum lelaki kerana ia diketahui sebagai kerjaya di dasar lautan yang sangat mencabar.
Menariknya, kini Malaysia telah memiliki jurukimpal wanita pertama negara. Baru sahaja berusia 22 tahun, Nur Izzati Athirah Mohamad Yusoff telah belajar dalam bidang kimpalan ini sejak tahun 2013 di Kolej Vokasional Taiping, Perak dan merupakan satu-satunya pelajar perempuan dalam kelasnya.
Buat welding di dasar lautan bukan suatu perkara yang mudah.
Menurut sumber, Nur Izzati sedang bekerja sebagai pembantu pengajar di Weldzone Underwater & Weldzone Training Centre Sdn Bhd. Dia juga dipilih bagi menerima biasiswa dari tempatnya bekerja untuk mengambil kursus Commercial Diving & Underwater Welding.
Kejayaannya telah menjadi inspirasi buat remaja lain yang seusia dengannya. Moga gadis di luar sana juga tidak putus asa untuk terus memburu impian. InsyaAllah sis!
Sering kali berharap rezeki datang melimpah ruah dalam hidup namun tanpa sedari kita sebenarnya telah menolaknya lagi jauh dari muncul menjelma dalam kehidupan kita.
Bagaimanakah ia terjadi? Pasti ada salah sana sini yang telah menyebabkan terjadinya hal sedemikian. Ayuh semak dulu amalan kita yang harus diperbaiki agar rezeki tidak terasa sempit lagi.
Sebagai anak, kita harus utamakan dan bahagiakan dahulu ibu bapa kita sebelum orang lain. Balaslah jasa mereka semampu yang boleh. Ingatlah, tanpa restu mereka, kita pasti tidak ke mana.
‘Penyakit’ yang wujud dalam diri kita tanpa sedari. Jika terlintas di hati kita untuk bersedekah, maka segeralah lakukannya. Berilah walaupun sedikit kerana pasti Allah akan gandakannya berlipat kali ganda nanti.
Jangan terkejut, ramai di antara kita sebenarnya yang bermusuh dengan adik beradik sendiri hingga bertahun lamanya. Masing-masing tak mahu kalah dan pertahankan ego sendiri. Usahlah begitu. Sis, ini mengundang kemurkaan Allah. Macam mana rezeki nak masuk?
Fuh, ini bahaya juga! Kotor hati, suka melayan perkara tidak elok dan lucah. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal fikiran dan lain-lain lagi. Selain itu, anda juga yang suka mengumpat, mencarut dan menghina. Bagaimana hati nak bersih? Jangan anggap perkara ini kecil ya…
Dalam tak sedar menjalankan tugasan kerja kita seharian, adakala kita terlepas waktu solat ataupun hanya solat bersahaja bagi mencukupkan syarat. Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.
Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.
Kawan-kawan yang baik, jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.
sumber: diolah dari Firdaus Mokhtar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah lumrah sebagai manusia yang menjalani kehidupan di dunia, kita tidak dapat lari dari bertemu dengan masalah dan perkara yang membuatkan hati berasa sedih dan gelisah. Setiap satu dugaan sebenarnya mematangkan kita lantas membentuk diri menjadi wanita yang lebih hebat.
Tidak kiralah kesedihan itu disebabkan faktor keluarga, cinta dan kerjaya. Apa yang penting kukuhkan kedudukan anda sebagai seorang yang matang dalam menghadapi situasi. Jangan mudah melatah dan terus bermain emosi, lantas mencurahkan perasaan di media sosial.
Tidak semua perkara perlu diluahkan secara terbuka, kerana kadangkala ia boleh mengundang banyak perkara negatif dari yang positif. Lebih baik jika kita duduk di tikar sejadah dan menangis semahunya memohon pertolongan dan juga keredaan dari Allah SWT.
Ini adalah beberapa rangkaian doa yang boleh anda amalkan untuk memberikan ketenangan kepada diri. Doa ini boleh diamalkan sepanjang masa.
DOA 1 اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ (Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)
Maksudnya:Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh – Sahih Bukhari
DOA 2 يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث (Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya:Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. – Hadis Riwayat Tirmidzi
Maksudnya:Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. – Surah Taha Ayat 25-28
Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada pada hijabi yang membaca. Befikiran secara positif agar berjaya membentuk aura diri yang menarik. Ingat! Kesedihan dan kegelisahan merupakan sebahagian dari hidup, kita tidak akan dapat lari dari merasainya.
Salurkan rasa itu kepada Allah SWT nescaya Dia MAHA mendengar setiap rintihan hambaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekarang ini jemaah kita sedang dalam tempoh untuk mengerjakan ibadah haji. Ada yang mendapat jemputan tanpa diduga dan ada juga yang terpaksa menunggu bertahun sebelum dijemput Allah menjadi tetamu-Nya. Namun sebenarnya kita juga jika sudah berkemampuan dan usia masih muda dan kuat ini sebenarnya boleh lakukan ibadah haji tanpa menunggu giliran.
Perkongsian dari pengguna laman sosial di facebook Masnira Ramli yang menceritakan pengalamannya pergi menunaikan rukun Islam kelima itu dengan menggunakan Visa Haji Furada.
Apakah Visa Haji Furada?
Berikutan dari status saya malam tadi, ramai yang bertanyakan saya tentang visa haji furada ni. Saya jawab di sini secara ringkas ya.
Visa Haji Furada adalah visa haji yang dikeluarkan terus kepada wakil-wakil travel agensi tanpa melalui kuota dari Tabung Haji.
Kenapa saya berniat untuk membawa mak abah guna visa furada? Kenapa tak nak melalui tabung haji?
Sebab kalau ikutkan giliran mereka masih terlalu lama. Lagipun saya mahu mereka mengerjakan haji dalam keadaan fizikal yang masih kuat. Sejak melihat sendiri bagaimana orang-orang yang sudah berumur dan tidak lagi kuat dari segi fizikal mereka, saya sudah memasang niat, Mak & abah saya mesti buat haji semasa mereka masih sihat. Bukan mudah untuk melaksanakan rukun haji jika fizikal mental tidak kuat.
Siapa yang layak memohon visa ini?
Sesiapa sahaja yang berkemampuan untuk memohon.
Bagaimana untuk mendapatkan visa furada?
Perlu berhubung dengan mana-mana wakil travel yang menyediakan pakej-pakej haji ini. Saranan saya kenal & pasti dahulu syarikat mana yang kita pilih. Jangan tidak tahu, ada ya yang tertipu dengan visa furada ni. Ambil masa untuk selidik dan berhati-hati lah.
Berapa harga untuk mendapatkan visa ini? Ini bergantung kepada pakej haji yang kita pilih. Ianya pula bergantung kepada jumlah hari, penginapan di makkah, dan juga penginapan di Arafah dan Mina. Ada yang berharga bermula 30k sehingga ke ratusan ribu ringgit sesuai dengan perkhidmatan yang bakal kita terima nanti.
Kenapa perlu berhabis banyak untuk mengerjakan haji?
“Perbelanjaan untuk haji sama seperti perbelanjaan di jalan Allah iaitu 700 kali ganda”.
Maka, kalau yang berkemampuan eloklah kita utamakan yang wajib. Kalau yang belum mampu, kita ada satu lagi cara iaitu USAHA & DOA…
Jom sama-sama kita kerjakan haji ketika kita masih lagi sihat dan kuat inshaAllah..
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.