Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan di laman twitter dan instagram sebentar tadi yang ibunya, Tun Rahah Mohd Noah telah meninggal dunia.Bekas isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua itu meninggal dunia Ketika mendapatkan rawatan di Hospital Prince Court di ibu negara.
Salam takziah kami di meja editorial Hijabista ucapkan kepada keluarga bekas Perdana Menteri di atas kehilangan bonda tercinta.
Ads
Sedikit info mengenai Allahyarham,meninggal pada usia 87 tahun,Tun Rahah merupakan anak kepada Tan Sri Haji Mohd Noah Omar yang merupakan bekas speaker dewan rakyat. Adik beliau, Allahyarham Tun Suhailah pula merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn. Ini menjadikan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hisammuddin Hussein sebagai sepupu.
Ketika hidup, hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Tun Abdul Razak, selain Datuk Seri Najib Rzak beliau dikurniakan empat lagi cahaya mata lelaki iaitu Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohd Nizam, Datuk Mohd Nazim dan Datuk Seri Nazir Razak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memulakan simpanan bukan mudah, tetapi ibu bapa yang bijak pasti memikirkan masa depan seorang anak. Apatah lagi urusan rukun Islam yang ke 5 (bagi yang berkemampuan).
Sebenarnya nak mulakan menyimpan duit anak itu, ibu bapa cuma perlukan satu istilah iaitu istiqomah. Yang mana, jika mereka culas maka tak berhasillah impian ibu bapa nak lihat tabungan anak penuh menggunung ketika anak menginjak remaja. Dan inilah yang dikongsikan oleh Nursha Salleh tentang panduan istiqomah menyimpan duit anak dalam Tabung Haji.
Beliau memberikan 7 langkah mudah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak ada simpanan lebih RM10, 000 dalam Tabung Haji ketika usianya 17 tahun dan ke atas. Tak mustahil ada ibu bapa akan merasakan cara ini kelakar malah mengambil masa yang terlalu lama.
Tapi, ianya lebih kelakar jika ibu bapa cuma memikirkan ianya kelakar dan tidak bermula malah bertindak membuat simpanan. Seringgit sehari tidaklah membebankan. Ibu bapa boleh sebenarnya pejam mata sambil menyimpan.
Nilai prinsipal: RM6220
Nilai dividen: RM4706
Jumlah simpanan: RM10926
SUMBER:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang tertunggu-tunggu resepi berbeza sepanjang Ramadan tahun ini oleh Khairul Aming. Seperti tahun sebelumnya, Khairul Aming mencipta video 30 Hari 30 Resepi.
Menu kongsi yang Khairul Aming cipta bukan sahaja sedap ia juga mudah dibuat. Langkah demi langkah cara membuat setiap menu senang diikuti.
Seperti perkongsian videonya semalam, Khairul Aming berkongsi beberapa resepi air yang memukau netizen dan mudah diikuti. Menu perkongsian Khairul Aming sering mendapat sambutan kerana ianya mudah dibuat. Anda boleh memilih daripada empat menu berbeza, sama ada Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici & Coconut Shake Gula Melaka.
Nadia Brian, seorang pelakon, juga terjebak dengan mencuba sendiri resepi menu Khairul Aming itu. Dia berkongsi videonya di TikTok dan mendapat perhatian netizen.
Menulis caption “Thank You @Khairul Aming” Dia mengucapkan terima kasih kepada Khairul Aming, atas menu air itu.
Ruangan komen perkongsian menu berbuka itu dibanjiri komen mengucapkan “Terima kasih Khairul Aming kerana menjadi peneman setia sepanjang Ramadan, terus hasilkan konten berkualiti,” komen netizen.
Bukan setakat minuman yang sedap mata memandang, malah penampilan Nadia Brian turut menjadi perhatian netizan. Bukan setakat memuji tapi diiringi doa. Hijabista percaya masanya akan tiba dan hidayah itu hadir bagi hambaNya yang disayangi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Syarikat berasaskan kecantikan & kesihatan Wawa Cosmetics buat kali pertamanya telah berjinak-jinak untuk menjadi penaja program hiburan selepas lima tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk yang dipasarkan.
Penajaan itu sekali gus akan membawa debaran program realiti ini yang mengangkat bakat komposisi generasi baru ke industri seni tanah air. 12 peserta program realiti Big Stage musim keeempat sudah diperkenalkan dan mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama yang berlangsung semalam. Ternyata semuanya hebat dan makin teruja untuk jadi tontonan wajib setiap hujung minggu.
Apa yang lagi menarik, selain peserta, hos dan juri, seperkara yang turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utama Big Stage iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pelakon terkenal Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.
Pentas yang dikatakan peluang untuk pengasas mempromosikan produk mahupun menonjolkan diri ini, menariknya, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.
Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage musim kelima ini malah menzahirkan rasa mereka lebih dari rasa teruja.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.
“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.
Pasangan yang yang sama cantik dan padan ini, menempah nama dalam industri hiburan sebelum bergelar usahawan, malah setiap lakonan mereka menjadi ikutan peminat drama melayu tempatan. Isu untuk menumpang popular setelah menjadi penaja tidak perlu dipersoalkan kerana mereka memang sedia dikenali.
“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.
“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.
Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.
“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas. Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.