Buah naga adalah salah satu buah yang mengandungi kalori yang sangat sedikit, jadi sangat selamat bagi anda yang menjalani program diet. Buah naga mengandungi nutrien, antioksidan, kalsium, magnesium, fosfor, Vitamin A, B, C dan E, dan beta karoten.

Jumlah kandungan nutrisi yang terkandung dalam buah naga membuktikan bahawa buah ini juga mempunyai banyak manfaat seperti baik untuk pencernaan, menjaga kesihatan mata, mengatasi diabetes, mencegah dan mengatasi penyakit jantung.

Pendek kata buah naga mempunyai manfaat yang baik bagi anda yang ingin memiliki berat badan yang ideal. Untuk mendapatkan hasil yang cepat, amalkan buah naga sebelum makan.

Photo by Any Lane from Pexels

Ya! Buah naga memang sangat membantu mereka yang dalam proses menurunkan berat badan. Melalui perkongsian Norafiza Mahmud dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi tentang kudapan yang diamalkannya bersama seorang rakan semasa tempoh diet.

Hanya dalam tempoh 29 hari, sebanyak 11.5 kg berjaya diturunkan. Walau bagaimanapun ujar wanita ini lagi, ia tentunya memerlukan disiplin dan kesedaran yang tinggi. Ujar wanita ini lagi, sebelum ini rakannya itu selalu mengalami sakit-sakit lutut dan kaki. Badan yang makin bertambah lemak dengan faktor usia yang makin bertambah menjadi pendorong untuk diri dia nekad untuk menurunkan berat badan.

Photo by Any Lane from Pexels

Dikongsikan khasiat buah naga untuk menurunkan berat badan.

Melancarkan metabolisme
Sekiranya anda dalam proses diet, anda perlu menjaga sistem metabolisme dalam tubuh agar sesuai dengan program diet yang anda jalani. Agar program diet anda berkesan, sistem metabolisme anda juga mesti lebih cepat dan lebih baik. Pengambilan buah naga dapat membantu melancarkan metabolisme tubuh anda.

Meningkatkan sistem ketahanan badan
Kandungan vitamin C dalam buah naga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh ketika menjalani program diet. Penting untuk anda memastikan sistem imun anda berada dalam keadaan baik ketika menjalani program diet agar matlamat untuk menurunkan berat badan berjaya mencapai sasaran.

Membakar lemak
Kandungan khasiat buah naga bukan sahaja baik untuk menambahkan nutrien ke dalam tubuh anda tetapi juga dapat membakar lemak dengan lebih berkesan.

Photo by Li Sun from Pexels

Sebagai tambahan pemakanan
Semasa menjalani program diet, anda juga perlu mengambil nutrien tambahan untuk menyokong kejayaan diet anda. Buah naga amat sesuai dijadikan sebagai tambahan pemakanan dalam proses diet anda.

Photo by Md. Momtaz Ali from Pexels

Penghadaman yang lancar
Bagi sebilangan mereka yang sedang menjalani diet, ada yang akan mengalami gangguan pencernaan seperti kesukaran membuang air besar atau cirit-birit. Oleh itu bagi mencegah dan mengatasi masalah ini agar sistem pencernaan anda sentiasa lancar, anda boleh memakan buah naga secara berkala.

HIJABISTA: Buah naga mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik sebagai menu diet anda. Anda boleh berkarya dengan menu berasaskan buah naga seperti salad atau jus.

Sumber kredit: Norafiza Mahmud Top image: Photo by NIX PHOTO from Pexels Photo by Any Lane from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI