“Eeee…banyaknya taugeh dalam makanan aku ini!”, itulah dialog yang sering kita lihat jika ada kenalan yang tidak suka akan taugeh. Sanggup mereka asingkan sebelum makan, begitu gigih buat mereka untuk nikmati makanan mereka.
Ya, setiap orang mempunyai citarasa dan juga makanan yang mereka kurang gemar. Tapi anda nak tahu tak kalau tak makan taugeh ini sebenarnya dah rugi satu kebaikan–boleh cepat kurus!
Tak Kenal Maka Tak Cinta, Cuba Makan Taugeh!
Sumber dari Canva
Taugeh sebenarnya sejenis kecambah atau lebih difahami anak benih yang baru bercambah. Ia satu sayuran yang sangata popular dimakan mentah atau sesudah masak. Sayuran ini juga bersih daripada segala racun kulat atau serangga dan juga mengandungi vitamin A dan C serta sumber kalsium yang tinggi!
Ha, hebat bukan kandungan yang ada pada sayur taugeh ini. Tapi mungkin hari ini sis nak ‘racun’ lagi anda yang tak suka makan taugeh untuk ketahui apa kelebihan yang sangat bagus jika anda mulai makan sayuran ini!
Ads
Protein!
Sumber dari Canva
Taugeh boleh menggantikan bahan sumber protein yang baik buat tubuh anda terutama sekali mereka yang ingin mengurangkan pengambilan daging atau ikan–vegeterian. Lebih kurang 35 peratus protein yang boleh dimanfaat kepada tubuh. Selain dari itu, taugeh memberikan protein tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein yang lain.
Memberi enzim
Sumber dari Canva
Nampak halus sahaja dan tidak memberangsangkan? Ianya tidak seperti yang anda sangka! Taugeh yang halus itu mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran lain yang tidak di masak. Enzim ini merupakan satu protein yang istimewa di mana ia boleh meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.
Mencegah penyakit anemia
Kandungan asid folik yang ada pada sayuran ini boleh membantu untuk mengeluarkan asid amino dan sel darah merah. Bila berlaku pengeluaran darah merah yang stabil, ia boleh mencegah dari terjadinya masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Ads
Bantu kesuburan manusia
Sumber dari Canva
Kalau anda seseorang yang sering mendengar petua dari ‘orang lama-lama’ sudah tentu anda pernah dengar mereka menyarankan untuk makan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kandungan vitamin E dan protein yang tinggi boleh memberikan kesihatan dalam kesuburan manusia.
Mesti ramai yang suka bila mendengar taugeh ini boleh kurangkan berat badan bukan? Ya, sayur taugeh ini kaya dengan zat dan rendah kalori yang akan membantu kita menurunkan berat badan di sambil memberi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Malah, ia juga kaya dengan serat yang boleh membuatkan kita cepat kenyang. Semua kebaikan ini sangat sesuai buat mereka yang ingin menurunkan berat badan!
Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi.
Baru-baru ini, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, Hijabista doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Rambut panjang merupakan impian bagi sebahagian besar hijabi. Tidak hanya rambut yang panjang, tentunya anda juga mengharapkan rambut yang kuat dan sihat. Syampu mengandung nutrisi yang sanggup menutrisi kulit kepala dan rambut agar dapat tumbuh lebih cepat dan sihat.
Bukan secara alami tetapi dengan syampu yang banyak terdapat di pasaran dengan pelbagai jenama. Mungkin ramai yang tidak perasan setiap syampu mempunyai peranannya yang tersendiri. Bagi anda yang ingin mencari syampu yang mempercepatkan pertumbuhan rambut, jom semak tip untuk memilihnya terdahulu.
Setiap syampu memiliki manfaatnya tersendiri. Agar anda tidak tersalah memilih syampu untuk memanjangkan rambut, Hijabista akan memberikan beberapa poin yang perlu anda telitikan.
Bahan utama dari syampu adalah perkara penting untuk menutrisi rambut. Anda sering kali mengalami rambut patah, bercabang, dan gugur ketika sedang memanjangkan rambut. Berikut ini adalah beberapa bahan penting yang diperlukan agar rambut lebih cepat panjang, tetapi tetap terawat.
Aloe vera atau biasa dikenal juga dengan lidah buaya memang sudah lama dikenal dapat menumbuhkan rambut. Lidah buaya kaya akan vitamin dan mineral untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut. Beberapa kandungan nutrisi di dalam lidah buaya antara lain vitamin A, vitamin C, vitamin E, kalium, zinc, dan zat besi.
Nutrisi lain yang mungkin tidak anda ketahui terkandung di dalam lidah buaya adalah asid amino. Asid amino dapat menjaga agar tiap helai rambut tidak mudah patah.
Kemampuan soothing dari lidah buaya juga menjaga kulit kepala tetap segar, terutama untuk kulit kepala berkelemumur. Banyakkan! manfaat dari lidah buaya.
Minyak urang-aring atau Eclipta alba kaya akan vitamin E yang merupakan antioksidan. Antioksidan dapat menjaga kulit kepala dari radikal bebas yang menghambat pertumbuhan rambut.
Minyak urang-aring juga mengandung pewarna hitam alami. Tidak hairan jika urang-aring dapat membuat rambut anda tumbuh hitam dan berkilau.
Rambut panjang dan berkilau, merupakan rambut dambaan semua hijabi. Untuk mendapatkannya, anda boleh memilih syampu yang mengandung minyak hazelnut dan zaitun. Keduanya kaya akan asid amino dan asid lemak esensial yang menjaga kelembapan rambut sehingga rambut jadi lebih berkilau.
Minyak hazelnut dan minyak zaitun juga berperanan menjaga setiap helai rambut anda agar tidak bercabang. Rambut jadi lembut dan tampak sihat dengan minyak esensial ini.
Zinc, keratin, dan vitamin B5 merupakan zat penting untuk rambut anda. Zinc mampu memperkuat akar rambut agar tidak mudah gugur. Di samping itu, zinc juga merawat kulit kepala dan menjaganya dari berkelemumur.
Keratin adalah protein penyusun setiap helai rambut. Syampu yang mengandung keratin dapat menjaga setiap helai rambut supaya tetap kuat dan tidak mudah patah. Seterusnya adalah vitamin B5 atau panthenol yang juga dapat memperkuat akar rambut. Selain itu, vitamin B5 mampu mengembalikan warna semulajadi rambut anda, serta membuatnya lebih berkilau.
Agar rambut dapat tumbuh dengan baik, anda harus memilih syampu yang sesuai dengan permasalahan rambut, seperti kelemumur, kering, gugur, atau patah. Mengatasi permasalahan rambut akan membuat rambut dapat tumbuh dengan lebih sihat.
Bagi anda yang bermasalah dengan kelemumur, gunakanlah syampu anti-kelemumur. Biasanya, syampu anti-kelemumur mengandung zinc, ketoconazole, dan selenium sulfide. Bahan tersebut juga membantu menyeimbangkan produksi minyak pada kulit kepala.
Pilih syampu dengan emolien jika rambut anda kering. Emolien berasal dari minyak kelapa, minyak biji alpukat, dan grape seed oil sehingga mampu menghidrasi setiap helai rambut anda. Dimethicone, polquaternium, dan cyclomethicone boleh memberikan kelembutan, serta membuat rambut lebih berkilau.
Ceramide dan asid amino merupakan kandungan yang dapat mengatasi kerosakan rambut. Zat tersebut menjaga agar rambut tidak mudah patah dan bercabang.
Jika rambut anda normal dan tidak bermasalah, pilihlah syampu yang dapat menjaga kelembapan, juga menjaga produksi minyak. Baca pada label yang tertera di botol syampu, setiap produk menyatakan peruntukan syampu pada pembukusan.
Jangan abaikan poin yang ni ya. Setiap syampu memiliki aromanya tersendiri, tergantung dari kandungannya. Temukan syampu dengan aroma herbal, bunga, mint, dan lain sebagainya.
Memilih aroma syampu yang anda sukai akan membuat mood lebih baik. Di samping itu, perhatikan juga ketahanan aroma syampu tersebut setelah digunakan. Baca ulasan produk tersebut sebelum memilihnya.
Syampu Rejoice Perfect Cool 3in1 ini merupakan syampu yang terbaik untuk wanita yang berhijab. Anda akan sangat selesa dalam melakukan aktiviti seharian seperti aktiviti lasak dan beriadah. Syampu ini mengandungi menthol, yang memberi kesegaran pada kulit kepala dan mengelakkan kerengsaan.
Syampu ini dapat membersih dengan sempurna agar rambut berada dalam keadaan sihat walaupun rambu bertutup sepanjang hari. Pengunaan syampu tersebut dapat membantu pertumbuhan dan melebatkan rambut serta memberi wangian Kasturi pada rambut anda.
Sampo ini memang terbaik untuk menjaga akar rambut anda. Kandungan Aloe vera dapat meningkatkan pertumbuhan rambut, serta menjaga kulit kepala dari radikal bebas. Kulit kepala juga lebih sihat dan bebas kelemumur. Syampu ini lebih sesuai untuk anda yang gemar dengan aroma herbal. Aroma herbalnya dijamin buat anda lebih setelah setelah membasuh rambut.
Anda yang menginginkan rambut panjang, berkilau, dan hitam sempurna boleh mencuba syampu dari Sariayu ini. Di dalamnya terkandung urang-aring yang membuat rambut tumbuh hitam berkilau dan lebih lebat. Syampu ini juga memberi kesan mendinginkan pada kulit kepala. Kesan ini membuat anda yang berhijab jadi merasa lebih selesa. Harga syampu ini mampu di miliki.
TRESEMME Syampu Keratin Smooth ini mempunyai 5 kebaikan dalam satu botol, ia mengandungi keratin serta minyak Argan yang sangat baik untuk rambut yang cantik, sihat dan lebat. Syampu ini mampu untuk melembut, bersinar, merapi, tidak kerinting dan mampu meleraikan rambut yang kusut. Minyak Argan dalam syampu ini pula dapat memberi kesihatan dan nutrien ke dalam rambut agar rambut menjadi lebih lebat dan subur.
Produk Herbal Essences ini sangat popular dengan kebolehannya untuk memperbaiki pelbagai jenis masalah rambut mengikut jenis shampo. Bagi syampu ini pula, mampu untuk menebalkan rambut yang halus dan menyeimbangkn pH. Syampu ini juga berfungsi untuk membersih rambut dan menyegarkannya dengan daun pudina. Sangat berkesan dalam proses untuk menebalkan rambut, produk syampu ini sering menjadi pilihan pengguna.
Syampu Dove ini terinspirasi dari perawatan rambut wanita Amerika Utara. Kandungannya menggunakan bahan natural istimewa seperti cone flower dan white tea untuk menutrisi rambut anda. Formula syampu ini mampu melembutkan setiap helai rambut dan menjaganya dari kerosakan. Sesuai untuk anda yang menginginkan rambut panjang dan sihat secara semulajadi. Syampu ini juga memiliki aroma bunga yang harum sepanjang hari.
Syampu ini merupakan yang terbaik dan paling ringan di luar sana untuk kulit sensitif. Tidak mengandungi SLS, paraben, pewarna, ianya selamat untuk kegunaan anda yang mempunyai masalah kulit kepala. Syampu ini mengandungi 3% asid Salicyclic yang mampu untuk mencegah jangkitan kulat dan kelemumur pada kulit kepala. Produk ini sangat bagus dan direkomendasi oleh ahli pakar dermatologi. Mencegah dan merawat masalah rambut dengan baik akan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat serta lebat.
Jangan khuawatir jika rambut anda mulai menipis kerana usia. Kembalikan rambut tebal anda dengan syampu dari Klorane. Terdapat kandungan vitamin B8 yang boleh meningkatkan metabolisme energi untuk pertumbuhan rambut, serta menghantar nutrisi sampai hujung rambut.
Kandungan quinine bark extract dan vitamin B6 di dalamnya akan menguatkan tiap helai rambut anda. Rambut dapat tumbuh lebih tebal dan lebat kembali. Jadi, memanjangkan rambut tidak perlu lagi khuawatir soal usia.
Jika anda memiliki keturunan rambut botak, anda dapat mencegahnya sekarang juga dengan Erhair Hair Grow Syampu. Pumpkin seed extract-nya akan menghambat hormon dihydrotestosterone yang menyebabkan keguguran rambut. Ekstrak bahan lainnya, seperti Cucurbita pepo seed, ginseng extract, dan niacinamide, membantu memlancarkan peredaran darah pada kulit kepala. Kulit kepala jadi lebih mudah menyerap nutrisi untuk meningkatkan pertumbuhan rambut.
Syampu OGX Hydrating TeaTree Mint ini merupakan syampu yang melembap kulit kepala dengan baik. Dengan mengandungi minyak Australian Tea Tree dan bebas dari SLS, ianya mampu untuk mengekalkan penghidratan dan membantu rambut menjadi subur, tidak kira rambut berminyak, kerinting atau rosak. Syampu ini mengekalkan keaslian rambut semulajadi yang akan menampakkan rambut lebih lebat, lembut, lembap, lebih lurus dan wangi. Sesuai untuk semua jenis rambut dan berupaya untuk melebatkan rambut tanpa perlu berbelanja lebih mahal di salon!
Jadi anda sudah dapat gambaran dan solusi untuk melebatkan rambut dengan 10 cadangan syampu di pasaran ini. Ingat semak dahulu label kandungan syampu pilihan anda.
Diet ketenteraan ialah diet fesyen yang sebenarnya tidak dikaitkan dengan tentera tetapi biasanya dikaitkan di media sosial untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat 5 kg dalam seminggu.
Ia dikatakan melancarkan metabolisme anda dengan menggalakkan sekatan kalori selama 3 hari, yang dicapai dengan mengikuti satu set, menu rendah kalori, diikuti dengan tempoh pemakanan tanpa had, semuanya tanpa mengambil apa-apa makanan tambahan atau membayar sebarang yuran atau langganan.
Walaupun diet boleh membawa kepada penurunan berat badan yang cepat dan jangka pendek, ia sangat terhad dan hasilnya tidak mungkin mantap dalam jangka panjang. Selain itu, diet ini mungkin menjejaskan hubungan anda dengan makanan kerana sifatnya yang menyekat. Ini yang anda perlu tahu tentang diet ketenteraan, termasuk pelan makan, risikonya dan sama ada ia berkesan untuk penurunan berat badan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Diet tentera, juga dipanggil diet 3 hari, ialah diet penurunan berat badan jangka pendek dan cepat yang mendakwa dapat membantu anda menurunkan sehingga 5 kg dalam seminggu. Pelan diet melibatkan pelan makan 3 hari, terhad kalori diikuti dengan 4 hari cuti. Pengikut diet diberitahu untuk mengulangi kitaran mingguan sehingga 1 bulan, atau sehingga mereka mencapai berat sasaran.
Kerana ia mengikuti sekatan kalori on-and-off, diet tentera adalah satu bentuk puasa sekejap-sekejap. Diet puasa berselang dicirikan oleh peralihan antara tempoh pengambilan kalori yang dikurangkan dan tempoh pemakanan tanpa had. Walau bagaimanapun, walaupun anda sepatutnya makan apa sahaja yang anda inginkan semasa hari cuti anda, diet mendorong orang ramai untuk mengikuti pelan makan yang kurang terhad tetapi ditetapkan pada hari tersebut untuk terus menurunkan berat badan.
Diet tentera selama 3 hari dibahagikan kepada 2 fasa selama 7 hari. Diet ini menyediakan pelan makan yang ditetapkan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk 3 hari pertama, tanpa snek antara waktu makan. Semasa fasa ini, jumlah pengambilan kalori menjadi kira-kira 1100–1400 kalori sehari, menjadikannya diet rendah kalori yang ditakrifkan sebagai corak pemakanan yang menyediakan 800-1200 kalori sehari.
Untuk memastikan keselamatan anda dan pengambilan nutrien yang mencukupi, anda tidak seharusnya mengikuti tahap sekatan kalori yang diperlukan oleh diet tentera tanpa pengesyoran atau pengawasan profesional perubatan. Untuk baki 4 hari dalam seminggu, diet tentera hanya menggalakkan anda untuk mengikuti diet yang seimbang.
Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia menyediakan pelan makan 1500 kalori yang kurang ketat untuk mereka yang berharap untuk terus menurunkan berat badan sepanjang minggu.
Pelan makan 3 hari untuk diet tentera terdiri daripada pilihan makanan yang terhad jumlah, yang dimaksudkan untuk dibahagikan antara sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Contoh makanan sarapan pagi termasuk:
Contoh pilihan makan tengah hari termasuk:
Contoh pilihan makan malam termasuk:
Seperti yang anda lihat, tidak banyak variasi semasa 3 hari pertama diet. Juga, jumlah yang disyorkan untuk 16 makanan ini perlahan-lahan berkurangan dari hari ke hari. Pengambilan kalori anda bermula pada kira-kira 1400 kalori pada hari pertama dan turun kepada kira-kira 1100 kalori pada hari terakhir.
Mengenai minuman yang dibenarkan, diet menggalakkan air atau teh herba. Walau bagaimanapun, menu membenarkan kopi atau teh berkafein dua kali sehari tetapi anda dinasihatkan untuk mengelakkan krimer dan pemanis.
Baki 4 hari lagi
Secara teorinya, tiada peraturan untuk baki 4 hari diet selain daripada mengikuti corak pemakanan yang sihat. Walau bagaimanapun, menu 1500 kalori yang kurang ketat disediakan untuk mereka yang berharap dapat mempercepatkan penurunan berat badan. Sebagai contoh, makanan ringan dibenarkan pada hari-hari ini, tetapi anda digalakkan untuk mengehadkan saiz bahagian anda.
Sekali lagi, perlu diingat bahawa makan 1500 kalori setiap hari masih merupakan sekatan kalori yang mungkin tidak memenuhi keperluan tenaga individu. Terutamanya jika anda menjalani gaya hidup aktif, yang diterjemahkan kepada peningkatan perbelanjaan tenaga dan dengan itu, keperluan kalori yang lebih tinggi.
Rumusannya, diet tentera adalah diet tidak seimbang dan tidak selamat yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Walau bagaimanapun, memandangkan kebanyakan berat yang akan anda turunkan ialah berat air, anda berkemungkinan akan mendapatkan semula berat badan dengan cepat sebaik sahaja anda kembali kepada corak pemakanan biasa anda. Jika anda sedang mencari hasil yang berpanjangan, fokus pada membuat perubahan diet yang sihat dan bukannya menggunakan diet trend seperti diet tentera, yang boleh membahayakan kesihatan anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.