Terdapat juga makanan yang masih lagi boleh dimakan selepas tarikh luput jika ia disimpan dengan rapi dan dengan suhu yang betul. 

Tarikh luput ialah tarikh akhir, di mana sesuatu makanan itu apabila disimpan mengikut cara penyimpanan yang dinyatakan pada labelnya tidak lagi dapat mengekalkan ciri-ciri kualitinya.

Sumber gambar: Good Food

Makanan yang sudah dibuka mahupun sudah disentuh tidak semestinya rosak selepas tarikh luput, malah ia bergantung kepada jenis makanan dan cara penyimpanannya. Ia bergantung kepada jenis makanan. Sekiranya ia telah dibuka atau digunakan dan dibiarkan sehingga ke tarikh luput, terdapat risiko pencemaran silang (cross contamination) lebih-lebih untuk makanan tinggi dengan protin (high protein content) dan mempunyai kandungan air/kelembapan yang tinggi (high moisture content).

Makanan-makanan di dalam tin boleh dimakan selepas tarikh luput jika disimpan di tempat yang betul dan dijaga dengan rapi, dengan menitikberatkan penjagaan suhu yang betul”.

IKLAN

Jelas beliau, makanan yang sudah bertarikh luput dan dicemari selalunya menyebabkan keracunan makanan dan sakit perut dan cirit-birit merupakan salah satu komplikasinya.

Sekiranya tidak dijaga dengan rapi, makanan itu perlulah dielakkan kerana makanan ini mungkin telah rosak dan berkemungkinan dicemari oleh patogen yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Sumber gambar: Hubbub

TIP UNTUK MENGELAKKAN MASAKAN MAKANAN CEPAT BASI

IKLAN
  • Pastikan makanan yang dimasak garing dan pecah minyak.

Semasa menumis, anda mesti memastikan bahan-bahan yang yang ditumis itu betul-betul garing dan pecah minyak. Untuk mengetahui makanan tersebut dah pecah minyak, anda akan nampak percikan minyak di sekeliling bahan dan ia dah berubah warna. Selepas bahan-bahan tumis dah garing dan pecah minyak baru lah anda boleh masukkan ayam, daging, udang dan sebagainya.

  • Gunakan bawang merah kecil berbanding bawang besar.

Petua orang dulu-dulu selalu kata yang bawang besar dapat membuatkan makanan cepat basi. Jadi untuk mengelakkan makanan kita cepat basi, cuba tukar penggunaan dari bawang besar ke bawang kecil menggunakan timun dan tomato. Timun dan tomato merupakan sayur yang cepat berair. Jika anda hendak menyimpan makanan tersebut lama, elak menggunakan dua sayur tersebut. Sesetengah orang, mereka membuang biji tomato dan timun tersebut bagi mengelakkan ia berair.

IKLAN
Sumber gambar: Healthline
  • Jauhkan makanan dari bahang api.

Selepas anda siap memasak, anda disarankan untuk mengangkat periuk dari dapur tersebut.

  • Jangan meletakkan makanan di dalam bekas yang basah.

Makanan yang diletak didalam bekas akan menyebabkan makanan tersebut cepat basi kerana mengandungi bahan yang sedikit tercemar atau tidak masak.

  • Pastikan makanan sejuk sebelum ditutup.

Sebelum memasukkan makanan ke dalam bekas yang tertutup, anda perlu memastikan makanan tersebut betul-betul sejuk baru anda masukkan makanan tersebut dan tutup. Jika anda menutup bekas makanan tersebut dengan makanan tersebut masih panas, ia akan cepat basi.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI