Dia berpindah ke Norway bersama keluarganya pada usia lapan tahun dan meneruskan pendidikan rendahnya.
Ads
Sejak kecil, Rawdah terpaksa berhadapan dengan beberapa isu seperti perkauman, penderaan dan buli oleh rakan sekelasnya di sekolah hanya kerana warna kulit dan bertudung.
Biarpun pernah ditolak untuk bergaya di pentas fesyen Paris, Rawdah mampu berbangga apabila berpeluang melangkah ke karpet merah Festival Filem Cannes baru-baru ini untuk dua tahun berturut-turut.
Glamour dalam gaun keemasan rekaan pereka fesyen kelahiran Lubnan, Nicolas Jebran. Padanan hijab yang ringkas dan senada menyerlahkan lagi sentuhan memukau gaun hebat ini.
Wajah Vogue Arabia dengan gaun dan headpiece ilham daripada Del Core. Manakala perhiasan mewah pula daripada Bibi Van Der Velden dan Van Gelder Jewellery.
Mega! Itulah ungkapan selayaknya untuk menggambarkan kehebatan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November lalu.
Disaksikan 10,000 penonton Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani bukan hanya berjaya mempamerkan persembahan terbaik bahkan penampilannya turut meraih perhatian ramai.
Bukan Aina Abdul lah kan kalau tidak tampil dengan fesyen ‘luar kotak’ dan unik. Memang terpaling mega!
Pada konsert berskala besar yang julung kali diadakan itu, Aina tampil dalam enam busana dengan rekaan unik serta warna berbeza.
Mendapat sentuhan terbaik daripada penata gaya terkenal Abu Shaef Hamza, kecantikan Aina terserlah dengan rekaan eksklusif daripada barisan pereka fesyen tersohor tanahair iaitu Melinda Looi, Rizman Ruzaini, Ezuwan Ismail dan Zaimi Zulkafli.
Paling mencuri perhatian pada malam konsert yang berlangsung selama tiga jam itu ialah gaun kembang berwarna biru rekaan Zaimi Zulkafli.
Selain dilengkapi perincian bunga yang boleh bergerak, gaun itu turut mengeluarkan asap sekaligus menerbitkan mood yang cukup dramatik!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terpegun dan memuji penampilan Aina pada konsert tersebut.
Aina yang terkenal dengan vokal bernada tinggi, telah menyampaikan 34 buah lagu popularnya termasuk beberapa lagu daripada penyanyi lain.
Konsert bertemakan Journey Seorang Aina memperlihatkan kehebatan penyanyi berusia 30 tahun ini menyanyikan pelbagai genre lagu.
Tidak ketinggalan, Aina turut menyampaikan beberapa buah lagu daripada album sulungnya yang baharu sahaja dilancarkan iaitu Imaji khas buat peminat.
Sebagai tanda sokongan kepada Palestin, Aina turut memaklumkan sebahagian daripada jualan tiket konsert itu akan disalurkan kepada negara bergolak itu.
Kredit Foto: Instagram Aina Abdul
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkonsepkan ‘Beyond Healthcare’ iaitu melangkaui dunia kesihatan, MDC Asia Link Berhad mempunyai visi kearah menjadi “The Leading Halal Healthcare Solution Provider In Southeast Asia” iaitu sebagai “peneraju perkhidmatan kesihatan Halal serta Patuh Shariah di Asia Tenggara.
MDC ASIA LINK BERHAD adalah sebuah syarikat yang mengendalikan anak-anak syarikat yang meliputi segala aspek kesihatan seperti Hospital Bersalin dan Poliklinik MDC Pusrawi, Kota Damansara serta lebih 14 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, farmasi serta pemilik aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif “Digital Health Citizen” (DHC).
Penjenamaan semula dengan wajah baharu Hospital MDC Pusrawi ini juga memberi nafas baharu kepada pihak pengurusan yang menawarkan perkhidmatan rawatan kesihatan, dengan kemudahan infrastruktur moden dan terbaik untuk para pelanggan khususnya kepada ibu-ibu dan anak-anak yang akan mendapatkan perkhidmatan di Hospital ini.
Visi murni MDC Asia Link untuk menjadi peneraju perkhidmatan kesihatan halal dan patuh syariah di Asia Tenggara tercapai. Malah YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berdoa bukan sahaja di Asia Tenggara, bahkan juga dipeluaskan ke seluruh dunia, insyaAllah.
Malah membawa peluang pekerjaan, peluang mengembangkan perniagaan dalam bidang perubatan dan melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang ini di Malaysia. Lebih membanggakan beliau melatakkan sasaran untuk menubuhkan 99 cawangan hospital di bawah MDC Asia Link menjelang 2025. Pada masa yang sama beliau juga akan membuka peluang pelaburan kepada pelabur luar dengan menyasarkan untuk menyenaraikan jenama ini di Bursa Malaysia melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang 2024.
Hospital MDC Pusrawi, Kota Damansara merupakan flagship kepada cawangan-cawangan yang lain dari segi pengurusan, operasi, perkhidmatan serta reka bentuk dalaman dan luaran hospital. Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Hj Aslan Bacho menjelaskan, bahawa hospital ini memberi fokus kepada penjagaan secara holistik, selamat dan selesa untuk ibu dan anak, selain memberi sokongan sepenuhnya dari segi fizikal, emosi & spiritual kepada ibu, sebelum, semasa & selepas proses kelahiran.
Fenomena bayi tertukar mungkin terjadi di hospital lain namun, jelasnya ada pembaikan akan datang dari segi teknologi bagi mengelakkan pelbagai masalah ketika proses bersalin mahupun lepas bersalin. Umum setiap bayi dan ibu akan diberi tanda tag, mungkin ianya akan berbeza di masa hadapan.
Satu lagi fokus MDC Asia Link, adalah mahu memberikan perkhidmatan yang halal dan patuh syariah kepada para pelanggan khususnya ibu-ibu yang mahu melahirkan. Tertarik dengan fokus ini, perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan patuh syariah merangkumi pelbagai aspek antaranya penggunaan produk yang disahkan bersih dan selamat bagi memenuhi keperluan pesakit Islam berlandaskan tuntutan agama. Ini sekali gus dapat menghapuskan rasa was-was pengguna Islam dalam mendapatkan rawatan kesihatan.
Di media-media sosial, banyak aduan dan luahan dikongsi oleh wanita-wanita yang ingin melahirkan, menyuarakan keresahan dan kebimbangan mereka semasa proses bersalin. Dengan kesedaran beragama yang semakin baik di kalangan Muslim malaysia, maka isu aurat wanita semasa mendapatkan rawatan menjadi satu sensitiviti dan hak yang perlu diberi perhatian sama. Saya berharap Hospital Bersalin Pusrawi ini akan memberikan perkhidmatan patuh syariah yang terbaik supaya pelanggan dapat membuat pilihan.
Pusat rawatan ini juga menawarkan sesi kaunseling bagi membolehkan para pelanggan mendapatkan khidmat nasihat berkaitan parenting, penjagaan sepanjang kehamilan, dan sebagainya mengikut lunas syariah.
Pasti ramai hijabi akan teruja, Hospital MDC Pusrawi juga akan menawarkan perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin. Ini merupakan inisiatif dan nilai tambah yang harus dipuji kerana perkhidmatan ini amat jarang ditawarkan di mana-mana Hospital di Negara ini.
Industri confinement home care adalah satu cabang perniagaan yang boleh diteroka. Di negara kita, confinement home care amat popular kalangan bangsa Cina di mana ibu dan bayi dijaga dengan rapi sejurus lepas melahirkan sebelum kembali ke rumah dalam keadaan yang lebih sihat dan bertenaga.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat melalui agensi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara “LPPKN” telah memperkenalkan Program MamaCare iaitu merupakan satu Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga.
Ini susulan Kerajaan mengiktiraf bahawa amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan penjagaan kesihatan rakyat bagi meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan rakyat serta memastikan amalan PT&K adalah selamat dan berkualiti.
Hospital MDC Pusrawi ini akan satu pengalaman yang bermakna kepada seluruh ahli keluarga yang akan turut bersama-sama menyaksikan kelahiran anak-anak bakal pemimpin masa hadapan selari dengan tema ‘Future Caliphs Born Here’.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengacara popular yang terkenal dengan kepetahannya bercakap akhirnya selamat sudah menjadi isteri kepada pasangannya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi 9.38 pagi ini di kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur. Hanya sekali lafaz, pasangan yang bertunang hujung tahun lalu selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri. Dayah dan pasangannya yang memilih hari Jumaat tampil sedondon mengenakan busana putih sempena majlis pernikahan yang cukup sederhana tetapi meriah di kelilingi teman-teman rapat.
Antara teman selebriti yang turut hadir menyaksikan majlis pernikahan Dayah Bakar yang menggunakan hashtag #dayah ini adalah Elfira Loy, Heliza Helmi dan beberapa orang lagi rakan pengacara ini.
Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Datuk Abu Bakar kelihatannya cukup anggun menyarung dress kahwin rekaan dari Azura Couture. Pasangannya juga turut menyarung persalinan lengkap baju Melayu dari pereka yang sama.
Menyorot kisah percintaan pasangan ini sebenarnya cukup unik. Keduanya juga adalah merupakan rakan sekolah daripada tingkatan satu hinggalah ke tingkatan tiga. Malah pernah tinggal di taman yang sama dan merupakan kawan ketika kecil.
Menurut Dayah, ketika kecil-kecil dulu dia memang tahu suaminya itu suka padanya. Tetapi ketika itu Dayah tidak rasa apa-apa kerana menganggap ia perkara lucu.
Dan selepas tidak bersekolah sama, keduanya membawa haluan masing-masing. Tetapi masih ambil tahu diri masing-masing kerana adanya media sosial.
Menurut Dayah memang mereka ada berkawan tetapi tidak pernah terfikir lebih dari itu. Namun benar kata orang urusan jodoh itu terletak di tangan Allah.
Suaminya itu kemudiannya mengajak Dayah berjumpa hujung tahun lalu sebagai kawan. Namun akhirnya Dayah akur Kapten Hanif memang sudah ditakdirkan untuk menjadi Imamnya. Seorang lelaki yang bukan sahaja menjadi Imam tetapi memberi bimbingan di dunia dan akhirat dalam meniti ranjau perkahwinan.
Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging pada Ahad ini, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 7 Julai ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga hubungan baru dibina ini kekal hingga ke jannah.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.