Waktu malam adalah waktu untuk kita berehat selepas seharian penat bekerja. Tidur adalah aktiviti yang memberikan tubuh dan minda kita untuk berehat.
Mungkin anda pernah mengalami masalah hendak tidur. Walau bagaimanapun jika mata ‘gagal’ lelap, bagaimana tubuh dan minda dapat berehat? Apa yang boleh dilakukan ialah cuba lapangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Baca amalan doa dan zikir-zikir seperti yang dikongsikan ini ya.
DOA SUSAH HENDAK TIDUR
Adakalanya, datang penyakit susah nak tidur. Badan penat, mata mengantuk tapi bila baring tidak boleh hendak lelapkan mata. Mungkin sebab otak kita banyak sangat berfikir bukan?
Photo by shvets-production from Pexels.
Jadi, jika ada masalah susah hendak tidur, boleh amalkan doa ini.
Allahumma ghaaratin nujuumu wa hada’atil ‘uyuunu wa anta hayyun qayyuumul laa ta’khudzuka sinatuw wa laa nauum, yaa hayyu yaa qayyuumu ahdi’lailii, wa anim ‘ainii.
“Ya Allah.. bintang telah redup, mata telah memejam dan Engkau Maha Hidup terus menerus mengurus mahkluk. Tidak menimpa-MU rasa ngantuk dan tidur. Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus mahkluk, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”(HR. Ibnu Sunni)
Ads
Kalau susah hendak tidur, zikir dan cuba tenangkan diri dan kosongkan fikiran. Jangan banyak fikir perkara yang lepas ataupun yang akan terjadi esok. Insha Allah mudah anda hendak tidur.
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu.
Berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.
Ads
Photo by andrea-piacquadio from Pexels.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Amalkan rutin ini setiap malam sebelum anda melelapkan mata.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim Top image: Photo by miriam-alonso- from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Zaman semua di hujung jari ini menyebabkan ramai antara kita yang senang membeli belah dalam talian sahaja. Terdapat juga faktor lain menyumbang kepada situasi ini seperti malas nak drive, susah cari parking ataupun tidak gemar bersesak-sesak-sesak dengan orang lain di luar.
Keadaan ini menyebabkan ramai yang hanya membeli belah dalam talian. Selain itu ada juga segelintir yang menjadi Personal Shopper atau PS. Lagi memudahkan urusan untuk mereka yang sibuk dengan kerja dan tidak ada masa untuk bershopping.
Ternyata kerjaya sebagai personel shopper ini kian diminati dan mendapat tempat di kalangan mereka terutama yang baru lepasan ijazah. Tugas sebagai PS ini waktu kerjanya lebih fleksibel dan sesuai bagi mereka tidak suka makan gaji. Malah pendapatan mereka juga dianggap lumayan.
Baru-baru ini tular di mana seorang personal shopper, Rafidah, 28 tahun yang telah lama bermaustautin di Kanada menceritakan pengalamannya bergelar PS.
Bercerita kepada Hijabista, bagaimana dia bermula menjadi seperti hari ini. Menurutnya dia adalah seorang freelance translator di Kanada dan secara tidak langsung terus bertindak sebagai PS.
Sebenarnya sudah hampir empat tahun Rafidah menjadi PS. Bukan sebarangan barang yang dijual secara online, tetapi kebanyakannya adalah barangan berjenama. Antaranya COACH, MK, FOSSIL, KATE SPADE, CORELLE, PYREX, CORNINGWARE, (LE CREUSET FROM FRANCE). Dia juga turut menerima tempahan barangan berjenama EROPAH seperti FURLA, LONGCHAMP, LOUIS VUITTON, GUCCI, PRADA, YSL, GIVENCY. Istimewanya Rafidah juga turut menawarkan ANSURAN SEBANYAK 3 KALI atau MENERIMA BAYARAN PENUH.
Menceritakan pengalamannya, dia ketika itu hanya memulakan bisnes dengan membuat tempahan secara kecil-kecilan.
“Oleh sebab saya tinggal di Montreal, Kanada, saya telah pergi sendiri ke outlet dan butik untuk membeli beg dan kemudiannya membuat promosi dengan meletakkan gambar-gambar koleksi beg tangan dan kitchenware di personal FB miliknya.
“Dan apabila pelanggan telah ramai, Rafidah mula membuka FB ppage sendiri https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah Daripada situlah dia membina repo yang baik dengan follower baru dan lama. Bukan mudah untuk mengumpul follower tetapi setiap hari ada sahaja post yang di update,” ujar Rafidah yang menjual barangan ini kerana ingin memberikan peluang kepada rakyat malaysia yang ingin memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik .
Menurut Rafidah, bukan mudah untuk berjaya dan dia juga tidak lokek berkongsi bagaimana untuk menjadi PS yang berjaya terutama bagi mereka yang berminat dengan kerjaya ini.
2. Mesti minat dengan urusan jual beli terutamanya barang yang dijual, pandai berkomunikasi dengan pelanggan adalah kunci utama kerana kebanyakan pembeli adalah ‘stranger’ dan punya pelbagai karenah.
3. Harus jujur dengan apa yang dijual. Maksudnya tahu asal usul barang tu. Jika original beritahu secara terperinci, kalau barang tiruan beritahu tiruan. Jangan sesekali menipu pelanggan.
4. Bina platform business di FB personal, cipta FB page atau cipta Instagram account khusus untuk mempromosikan barang yang dijual.
5. Kepercayaan pelanggan juga amat penting untuk menjadi PS. Bila pembeli percaya PS, mereka pasti akan membeli lagi dengan kita pada masa akan datang. Paling kurang pun mereka akan memberitahu rakan2, keluarga dan mempromosi business anda di sosial media.
6. Cipta strategi pemasaran dan promosi dengan kreatif, seperti share video shopping trip, rajin buat demo barangan yang dijual, sediakan ansuran dan sebagainya.
7. Saya pastikan customer saya adalah rakan alam maya. Saya treat mereka sebaik mungkin. Saya kongsikan percutian, tips agar mereka merasakan seperti bershopping bersama2 saya.
8. Bertanggungjawab dengan sebarang kecelakaan. Contohnya saya sedaya upaya akan selesaikan masalah dalam proses penghantaran, jika tidak dapat diselesaikan, refund duit customer.
Menurut Rafidah sejak memulakan bisnes ini dia juga menerima banyak maklum balas dari pelanggan terutama soal penipuan barang. Justeru dia turut member tip untuk para online shopper agar tidak rugi duit dan masa.
1. KENAL PASTI PENJUAL – Lihat post terdahulu penjual dan tahu latar belakang siapakah penjual anda. – Anda harus semak barang apa yang dijual. Datang dari mana dan betul atau tidak barang itu wujud. – Nak tahu wujud, kena lihat review dan komen pembeli. ( Saya yakin bahawa pembeli yang baik untuk penjual yang baik. InshaAllah).
2. BACA, BACA, BACA – Jangan seronok tengok gambar barang sehingga lupa untuk lakukan poin no. 1. Kalau tidak baca, kebarangkalian anda kena tipu sangat tinggi. – Pembeli yang bijak akan baca semua TERMA & SYARAT. Biar jadi informatif dan ambil tahu apa yang mahu dibeli dari asyik nak minta di ‘PM’. Bila sudah tahu syarat, jika ada masalah nanti dapatlah dibetulkan dan jika anda yang salah, anda tidaklah kelihatan bodoh apabila marah atau beremosi dengan penjual sedangkan diri sendiri yang salah. – Setelah beli barang, baca informasi terkini dari penjual untuk apa-apa perubahan tentang harga, tarikh bayaran, penghantaran, penerimaan dan lain-lain lagi. Ini sangat penting kerana penjual anda kadang kala tidak dapat membalas dengan segera kerana berada di luar kawasan atau berbeza waktu dari Malaysia. – Baca ‘latest post’ di FB page, blog, website penjual anda.
3. PEMBELI BIJAK VS MALAS – Setelah membuat tempahan, sila buat bayaran deposit atau langsaikan dengan segera. Jika lambat barang mungkin terlepas. – Hargai masa penjual dan masa anda sendiri juga. Jika anda yakin dengan barang yang nak dibeli minimumkan waktu pembelian. Itulah sebabnya anda gunakan internet berbanding keluar membeli sendiri. – Jangan bermain-main dengan penjual. Terus terang jika mahu atau tidak. Say YES OR NO. Beli barang ikut kemampuan anda. (Jangan sampai berhutang ya). Berdolak dalih atau buat bayaran lambat akan merumitkan keadaan kemungkinan habis ‘burned’ semua duit anda nanti. Ikutlah terma bayaran. Kalau minta bayar waktu ini, bayar. Jangan ikut sesuka hati nak bayar bila. Ada masalah membayar beritahu penjual secepat mungkin. Jangan senyap kerana masalah boleh dibincangkan. Penjual yang baik akan memahami dan bertolak ansur. – Jika anda tidak lakukan poin 1 & 2 kerana malas, anda mungkin akan ditipu! Jadilah pembeli bijak supaya tak menyesal kemudian hari. – ELAKKAN minta IC penjual, mahu laporkan pada Polis dan lain-lain. This is ridiculous! Jika anda sudah cukup informasi tentang barang, kaji latar belakang penjual, membaca, buat sedikit research maka anda tak perlu buang masa untuk tanya soalan yang bukan-bukan. Be a Smart Shopper! – Berikanlah kepercayaan kepada penjual setelah anda yakin dengan mereka. Sekiranya terjadi masalah carilah penyelesaian terbaik. Win-win Situation. – Berkomunikasilah dengan baik ketika berurusan.
4. CATAT INFORMASI – Semua bayaran yang diberikan dan baki bayaran perlu direkod. Jika anda sendiri tidak tahu, anda mudah ditipu penjual. – Simpan nombor akaun penjual dan rekod bayaran (printscreen atau tulis di buku). Jika ada kesalahan boleh tunjukkan bukti kepada bank dan penjual. – Kira sendiri peratusan bayaran deposit dan bayaran ansuran kemudian rekodkan. Bergantung sepenuhnya kepada penjual adalah tidak digalakkan kerana kesalahan mungkin berlaku. Anda akan rugi masa kerana perlu semak mesej lepas dan buat pengiraan semula.
Melihat kejayaannya mencipta nama sebagai PS di luar negara, admin sempat bertanya berapa pendapatannya yang berjaya diperoleh. Menurut Rafidah yang setahun sekali balik ke Malaysia ini memberitahu pendapatannya sangat subjektif dan mengikut sales. Apabila ditanya adakah mencecah RM10k sebulan, Rafidah yang dihubungi melalui alam maya ini hanya memberitahu boleh dapat lebih daripada itu. Siapa berminat boleh juga melayari websitenya www.sellection.com atau di laman IG, @sellection.byrafidah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.
Oleh itu berhati-hatilah ibu bapa ketika berbicara. Setiap butiran yang keluar dari mulut kita biarlah yang baik-baik sahaja. Usah menuturkan butir-butir kata yang buruk pada anak-anak. Berkatalah yang baik-baik sahaja supaya kerana apa sahaja yang keluar dari mulut anak-anak kita ialah doa.
Walaupun sedang marah, istighfar dan ingatlah pada Allah. Anak-anak adalaha amanah Allah kepada kita. Sebagai ibu bapa sepatutnya kita mendokan kesejahteraan anak-anak bukan sebaliknya.
Jangan diikutkan perasaan amarah kerana kelak membawa kekesalan.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
JANGAN TIKAM BELAKANG ANAK-ANAK DENGAN DOA KEBURUKAN
Ada seorang lelaki bertemu Abdullah bin Mubarak mengadukan sikap durhaka anaknya. Abdullah bin Mubarak bertanya “Apakah engkau telah mendoakan keburukan atasnya?” Dia menjawab, “Ya! Benar”. Lantas Abdullah berkata, “Kalau begitu engkau telah memusnahkannya”.
Doa ibu ayah mustajab, ibarat senjata canggih yang mantap, bila salah guna akan merana, bila betul caranya akan terhijab nikmatnya.
Jika anak menyakiti hati kita, biadap dan kurang prihatin walaupun sakit di hati pujuklah hati sendiri. Sebelum mendoakan dia ampunkan dulu segala kesalahan anak. Tarik nafas berulang kali, jangan tarik muka! Cepat kedut nanti.
Selepas memaafkan anak cepat-cepat doakan anak kita agar dia sedar silapnya, diberi kekuatan untuk mentaati ibubapanya. Mohon Allah ampunkan dosa anak kita tu.
Kalau nak doa keburukan buat anak memang boleh tapi percayalah ‘badi’ buruk tu akan terkena kita juga! Bila susah anak tu akan cari kita juga, dia mengadukan nasibnya lah, minta pinjam duitlah, minta bantuan kita lagi dan lagi akhirnya kita sendiri yang sakit jantung mengenangkan masalah dia.
Semoga Allah bantu kita untuk mudah maafkan anak, bersabar dengan mereka dan mendoakan mereka memperolehi hidayah dan rahmat Allah sentiasa.
Dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah.
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Penyanyi dan juga aktivis, Mizz Nina, telah di anugerahkan dengan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M yang bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.
Mizz Nina yang di kenali dengan kegiatan dakwah serta aktivis kemanusian sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai. Tidak sangkal lagi, dia menjadi idola buat ramai atas usahanya yang banyak membantu ramai saudara sesama Islam.
Siapa sahaja tidak tahu kegiatan aktivis kemanusiaan Mizz Nina atau nama sebenarnya Sayzrina Azman, 42, sebagai salah seorang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 144H/ 2022M dalam kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan. Dia yang telah giat menjalankan kegiatan aktivis kemanusiaan telah melebarkan sayapnya sehingga ke luar negara.
Mizz Nina telah mula bergiat melakukan kemanusiaan sejak tahun 2013 dan melakukan misi bantuan kemanusiaan sehingga ke Palestin pada tahun 2017. Pada tahun 2016 pula, Mizz Nina turut bersama rakan kongsinya mengasaskan saluran gaya hidup Islam yakni Deen Of Peace Studios atau DOPS TV Sdn Bhd yang telah menghasilkan beberapa siri episod TV dan program bual bicara.
Perkongsian Mizz Nina bersama golongan yang kurang bernasib baik juga telah membuatkan dia untuk meneruskan jalinan kerjasama bersama pelbagai organisasi seperti Cinta Syria Malaysia, 1moment4them, Possible Dreams International, Feeding The Needy, Miasa dan juga Into Taqwa Malaysia.
Mei tahun 2021 lalu, Mizz Nina juga berjaya mengumpul dana hampir RM17.9 juta yang di dermakan oleh orang ramai bagi rakyat Palestin. Sumbangan ini juga di usahakan menerusi Tabung MyAqsa Defenders (MAD) yang turut di sertai 20 badan bukan kerajaan (NGO), selebriti dan ikon kemanusiaan.
Sumbangan itu juga di maklumkan telah di gunakan secara berperingkat di salurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan bantuan kecemasan Gaza.
Mizz Nina juga tidak lupa untuk berkongsi setiap sumbangan dan aktiviti sumbangan menerusi Instagram miliknya kerana tidak sangka ramai yang memberikan sokongan luar biasa. Acara yang berlangsung pada hari ini juga di serikan oleh ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan penganugerahan itu kepada semua penerima anugerah di Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan itu.
Sumber info dan gambar: Harian Metro dan Mizz Nina
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.