foto: ig @mfmirafilzah, Photo by Cedric Fauntleroy from Pexels

Setiap wanita pasti akan risau apabila melalui proses penuaan. Ramai yang akan rasa takutnya menjadi tua. Oh tidak! 

Sejauh mana kita mengelak kita pasti tidak mampu lari daripadanya. Namun, kita boleh melewatkan proses penuaan tersebut. Nak tahu bagaimana caranya? Ikuti saja tip mudah di bawah ini.

1. Jangan malas bersihkan kulit!

Photo by Vitória Santos from Pexels

Michelle Wong, seorang doktor perubatan sintetik dan pakar kecantikan berasaskan sains, berkata bahawa pembersihan adalah langkah penting dalam mengekalkan keremajaan kulit.

Pembersihan adalah penting untuk membersihkan sisa produk kecantikan, solekan, bahan pencemar, dan minyak yang berlebihan daripada pori-pori. Jika dibiarkan, pengumpulan sisa ini akan menyebabkannya tersumbat.

Produk anti-penuaan yang anda gunakan tidak akan berfungsi dengan berkesan, kerana ia tidak dapat menembusi lapisan kulit.

Pastikan anda menggunakan pembersih lembut yang tidak mengandungi alkohol supaya kulit anda tidak kehilangan lembapan. Ini adalah asas penjagaan kecantikan untuk kulit yang kelihatan lebih muda lebih lama.

2. Skrub untuk hilangkan sel kulit mati 

Photo by Anna Shvets from Pexels

Semakin meningkat usia, semakin perlahan kadar peremajaan sel kulit. Sebab tu kita perlukan pengelupasan. Rangsang kulit untuk memperbaharui dirinya dengan skrub. Oleh itu kulit dilindungi daripada bintik-bintik, tona kulit tidak sekata dan kusam.

IKLAN

Terdapat dua jenis pengelupasan iaitu fizikal seperti gula, kopi, dan loofah dan pengelupasan kimia seperti enzim betik, enzim nanas, dan AHA. Jenis pengelupasan fizikal yang paling sesuai untuk kulit matang ialah span lembut atau kain lap. Manakala pengelupasan kimia yang disyorkan ialah asid alfa-hidroksi (AHA) seperti asid glikolik dan asid laktik.

3. Tepuk serum, bukan gosok!

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Jika anda menggunakan serum muka, sapukan dengan menepuk. Jangan gosok, kerana pergerakan ini cenderung untuk membuat kulit lebih cepat berkedut. Selain itu, sapuan dengan menepuk akan membantu produk diserap dengan lebih baik.

4. Pakai sunblock setiap hari

Photo by Moose Photos from Pexels

Sinar matahari merupakan sumber vitamin D yang baik. Namun sinar ultra violetnya boleh membuat kulit jadi kusam dan cepat menua.

Untuk kulit sentiasa tampak remaja, tips awet muda yang tak boleh anda lupakan adalah memakai krim pelindung cahaya matahari setiap hari. Gunakannya dengan perlindungan minimal SPF 20 dan pastikan untuk ulang pakai setiap dua jam jika anda terdedah kepada cahaya matahari.

IKLAN

5. Pilih rangkaian produk yang betul

Akibat usia yang meningkat, dagu kita juga ‘meningkat’ sama dan menjadi berlapis. Sepanjang tempoh pandemik, kita sering berselindung di sebalik pelitup separuh muka apabila melangkah ke mana sahaja. Lantaran pemakaian pelitup muka untuk tempoh berpanjangan sebelum ini selain pergerakan yang terbatas, rata-rata mengakui penampilan fizikal diri turut terjejas.

Ada yang mengalami masalah dagu berlapis, sebahagian pula menunjukkan kedutan baharu serta garisan ‘maskline’ disebabkan pemakaian pelitup muka berpanjangan. Tidak terkecuali masalah kulit lain misalnya tekstur kulit yang tidak sekata atau kasar disebabkan kekeringan akibat pemakaian pelitup muka yang bergesel dengan permukaan kulit.

Kurangkan 50% dagu berlapis dan serlahkan keyakinan disebalik pelitup muka dengan rangkaian penjagaan wajah baharu SAFI Youth Gold.

IKLAN

Hasil daripada penggunaannya, wajah kelihatan lebih muda berbanding usia dan tentu sekali ia membantu anda untuk menempuh hari dengan lebih meyakinkan. Dapatkannya di  www.safi.com.my.

kredit: merdeka.com

+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI