Jeragat dan jerawat adalah masalah kulit yang paling digeruni oleh ramai kaum wanita. Apabila masalah ini berlaku, ramai wanita rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan terutama mereka yang bekerja.

Jeragat dan jeragat perlu dirawat kerana ia tidak boleh hilang dengan sendirinya. Semakin dibiarkan tanpa sebarang rawatan maka ia akan semakin teruk dan melarat. Selain menggunakan produk-produk ada dijual di pasaran, anda juga boleh mengamalkan petua menggunakan bahan semula jadi.

Berikut dikongsikan petua untuk menghilangkan jeragat dan jerawat hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu asam jawa dan kunyit.

1.Perah asam jawa (boleh guna pes asam jawa untuk lebih mudah)
2.Tumbuk kunyit hidup. Boleh guna masker Qunyit. Mudah, sebab di dalamnya sudah ada kunyit, oat dan beras.
3.Campurkan kedua-dua bahan, gaul sebati.
4.Sapukan muka. Biarkan kering 15-20 minit, kemudian bilas.

 

IKLAN

 

IKLAN

 

Sapukan pada seluruh kulit wajah.

 

Hasilnya segala jeragat hilang, kulit pun nampak glowing.

Rutin ini sangat bagus untuk menjaga kulit, memmbuang jeragat, mengurangkan kemunculan jerawat dan mengecilkan pori-pori pada kulit wajah. Amalkan secara konsisten 3 hingga 5 kali seminggu. Hasilnya pasti memuaskan hati.

IKLAN

Kebaikan asam jawa untuk perawatan kulit wajah ialah antaranya membuang sel-sel kulit mati. Asam jawa mengandungi asid alfa-hidroksil yang merupakan bahan yang baik untuk pengelupasan kulit bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati.

Manakala kunyit pula dapat melembapkan dan memperbaharui kulit secara mendalam. Masker wajah yang mengandungi kunyit juga dapat mempercepatkan proses pembuangan sel kulit mati, serta menjadikan kulit lebih sihat dan lebih halus.

HIJABISTA: Kulit wajah yang sihat, segar, dan awet muda adalah hasil kerja keras dan konsisten dalam merawat wajah sejak usia 20-an. Sebaiknya mulakan penjagaan perawatan kulit wajah seawal mungkin, ketika usia masih remaja.

Sumber kredit: