Kulit bibir 75 peratus lebih nipis, kering dan sensitif berbanding kulit pada bahagian tubuh yang lain. Bibir juga mempunyai kelenjar sebum yang banyak berbanding kulit biasa, menjadikannya lebih kering dengan halangan kulit yang lemah.

Disebabkan perolehan sel kulit dipercepatkan di bibir dan sifat pengekalan air yang terhad, kulit bibir kehilangan tiga kali air lebih cepat daripada biasa. Selain itu, kulit bibir juga mengandungi tiga kali kurang melanin, menjadikannya lebih sensitif terhadap sinaran cahaya matahari.

Sekiranya kita kurang air dan berhadapan dengan keadaan cuaca seperti terlalu kering, panas atau sejuk, bibirlah yang paling awal menjadi kering dan merekah berbanding wajah dan bahagian tubuh lain.

Dikongsikan list lip balm yang sesuai digunakan untuk menghindari chapped lips (bibir pecah-pecah).

MAYBELLINE BABY LIPS LOVE COLOUR
Mengandungi Petrolatum sebagai ejen pelembap, lip balm dari Maybelline ini juga mempunyai aroma buah-buahan yang menenangkan dan sesuai digunakan sebagai gincu atau lip gloss. Terdapat dalam lima warna berbeza, saiznya yang kecil dan ringan menjadikannya mudah dibawa ke mana mana.

SEBAMED LIP DEFENSE TRIPLE PROTECTION SPF30
Mengandungi Vitamin E dan minyak Jojoba, ianya diformulasi khas untuk mengatasi kulit bibir yang pecah akibat merekah dan dehidrasi. Produk lip balm ini juga mampu untuk mencerahkan kulit kusam akibat kering dan sensitif. Sesuai dipakai untuk kegunaan seharian, anda tidak perlu risau jika bibir terdedah kepada cahaya matahari kerana ianya juga mengandungi SPF30.

INNISFREE MY LIPBALM
Diekstrak dengan bahan-bahan semula jadi seperti minyak bunga matahari, minyak Jojoba dan Cupuacu Butter, lip balm dari jenama popular Korea, Innisfree dapat membentuk semula kelembapan serta memberi kelembutan pada bibir anda akibat keretakan. Keharuman bau teh Green Peppermint di dalamnya juga tidak akan menimbulkan iritasi, malah memberi kesegaran ekstra buat anda.

IKLAN

VASELINE LIP THERAPY ROSY
Diproses dengan ekstrak Cocoa Butter serta Petroleum Jelly yang tulen, lip balm ini mempunyai aroma dan rasa yang sangat menyenangkan, membuatkan bibir anda terasa selesa sepanjang hari.

THE BEUATY HACKS LIPS SCRUB ROSE LOLYPOP

BAHAN KANDUNGAN
Petroleum Jelly, Beeswax, Shea Butter, Cethy PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Polyglyceryl-4 Isostearate, Diisopropyl Dimer Dilinoleate, Hexyl Laurate, C9-15 Fluoroalcohol Phospate, Fragrance (Strawberry), Mineral Oil, CI 77491

IKLAN


KEBAIKAN
1)Melembapkan bibir yang kering
2)Menghaluskan kulit bibir
3)Bibir kelihatan merah secara semulajadi
4)Memudarkan lingkaran gelap
5)Menggelupaskan kulit mati dan kering
6)Boleh dijadikan sebagai pelembap bibir

CARA PENGGUNAAN
Senang je pakai lips scrub semudah ABC. Colek sedikit scrub dan sapu rata di atas permukaan bibir. Biarkan selama 1-5 minit. Kemudian gosok perlahan-lahan pada bibir atas dan bawah. Ambil tisu dan lap. Selain itu, lip scrub The Beauty Hacks juga boleh dijadikan sebagai lip balm kerana mengandungi Petroleum Jelly yang boleh melembapkan dan mencerahkan bibir.

TIP BIBIR MENAWAN

1. Minum air secukupnya setiap hari untuk mengimbangi keperluan tubuh.

2. Elak membasahkan bibir dengan lidah kerana air liur boleh menyebabkan bibir bertambah kering dan merekah.

IKLAN

3. Pilih gincu mengandungi pelembap dan bahan antioksida seperti vitamin A, E dan C.

4. Cuci solekan menggunakan cecair penanggal mekap.

5. Amalkan menyapu mentega atau minyak zaitun selama sejam, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

6. Amalan berkumur dan mengelap bibir selepas makan boleh mengurangkan risiko alahan di bahagian bibir.

7. Pilih gincu berasaskan air atau lemak tumbuhan.

8. Jauhi tabiat mengupas kulit bibir.

Sumber kredit: Product The Beauty Hacks

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI