Baru-baru ini pencipta lagu yang juga penyanyi muda berbakat besar, Aisha Retno berkongsi di platform media sosialnya di mana dia menghadiri satu majlis ilmu anjuran selebriti tersohor, Neelofa.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh pendakwah ternama, Ustaz Wadi Annuar.
Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, dia berasa sangat teruja kerana itu adalah pengalaman kali pertamanya menghadiri majlis usrah bersama rakan-rakan selebriti lain.
Pengalaman itu mencetuskan rasa teruja bagi Aisha.
Penampilan manis dan sopan Aisha yang popular dengan lagu berjudul Ketipak Ketipung Raya dan Sutera ini tuai pujian peminat dan pengikutnya.
Malah, ada yang mendoakan agar AIsha terus istiqamah memakai tudung.
Berketurunan Arab-Jawa
Berketurunan Melayu, Arab dan Jawa memberi kelebihan kepada Aisha.
Ads
Untuk info, ibu Aisha yang dikenali sebagai Jean Retno Aryani merupakan seorang penyanyi veteran Indonesia.
Manakala bapanya, Sayed Sipulijam Sayed Alwee seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kelantan.
Padanlah cantik dan manis sangat orangnya. Ditambah pula dengan kulitnya yang putih cerah serta susuk tubuh yang tinggi lampai melengkapkan pakej yang ada pada Aisha.
Manis Bertudung & Berkebaya
Terbaharu, Aisha sekali lagi tampil ayu berkebaya dan bertudung di sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini anjuran salah sebuah jenama produk penjagaan diri dan wangian kediaman terkenal.
Pelakon dan pengacara, Elfira Loy mendedahkan permulaan kariernya sebagai pelakon bukan kerana minat sebaliknya disebabkan ingin membantu ibunya, Filzah Yusoff menambah pendapatan bagi menampung keperluan adik-beradik.
Memetik perkongsiannya dalam rancangan podcast ‘Wardah Heart to Heart’ bersama hos, Dayah Bakar, Elfira berkata dia tidak suka berlakon kerana perwatakannya yang ‘introvert’ namun berubah selepas melihat bidang lakonan boleh menjadi mata pencarian.
“Sebenarnya kenapa saya mula berlakon sebab nak tolong ibu saya saja. Orang ingat saya suka berlakon tetapi sebenarnya tidak.
“Masa pertama kali saya dapat bayaran, saya ingat lagi ketika itu saya buat teater. Selepas saya dapat bayaran, saya macam ‘eh dapat duit.. oh kerja ini boleh tolong ibu saya.
“Walaupun saya memang tak suka berlakon dan merupakan orang yang introvert tetapi disebabkan kerja ini boleh membantu ibu, saya buat. Ibu saya pun tak tahu yang saya tak suka berlakon. Saya buat-buat suka saja.
“Saya dari dulu suka pendam perasaan sebab ibu hanya ada saya. Kalau saya sedih, semestinya dia dua kali ganda sedih. Jadi, disebabkan itu, hati saya keras dan dibawa sampai sekarang.”
Kata Elfira yang kini berusia 31 tahun, dia seorang yang suka memendam dan lebih memilih untuk berkomunikasi dengan Allah SWT.
“Saya memang dari kecil kebergantungan kepada Allah SWT. Memang saya banyak cerita dekat Allah. Itu sahaja cara yang ada.
“Kalau ada perkara kecil terjadi, saya akan kongsi dengan adik-beradik. Dengan ibu saya, kalau saya tak cerita pun dia akan tahu,” ujarnya.
Mengakui fasa ibu bapa berpisah memberi kesan kepada diri, Elfira yang juga merupakan pengguna produk Wardah bagaimanapun bangkit dan enggan terlalu lama larut dalam emosi sedih kerana sebagai anak sulung dia perlu menjadi kuat untuk adik-beradiknya.
Ujarnya lagi, pengalaman putus tunang pada tahun 2018 juga menjadi episod hitam dalam kehidupan.
“Saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah, dalam masa sama kena besarkan adik beradik. Saya rasa itu bebanan yang kuat.
“Yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu (dekat diri). Saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu. Ketika wartawan bertanya, saya diam, tak pernah cakap apa-apa. Itu perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan saya.
“Selama saya jadi pelakon, tak pernah ada gosip seperti itu. Tetapi disebabkan kontroversi itu, orang hilang hormat dekat saya. Apa yang saya pertaruhkan untuk menjaga nama baik sebelum ini, terus bertukar menjadi sia-sia.
“Tetapi hikmah yang dapat adalah saya tidak ada tempat lain yang ingin dituju. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di masjid.
“Itu menjadi titik perubahan dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak Allah bagi semua yang saya nak cuma satu saja tidak dapat,” katanya lagi.
Bercerita mengenai penghijrahan diri, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersyukur kerana mendapat respon positif daripada keluarga, rakan-rakan dan juga peminat.
Katanya lagi, dia sentiasa berpegang dengan kata-kata ustazah yang dikenalinya.
“Saya terfikir juga apa yang orang lain fikirkan mengenai saya. Tetapi saya patut risau dengan perubahan yang dibuat kerana menjadi tunjang perjalanan saya. Dua jalur yang kita kena lalui iaitu satu untuk Allah dan satu untuk manusia. Kalau saya fikir untuk manusia saja, kesudahannya akan lupa untuk Allah.
“Saya cuba untuk seimbangkan. Alhamdulillah semua pengikut di media sosial saya tidak berasa janggal dengan perubahan dibuat. Saya tahu ramai orang yang takut untuk berbuat baik kerana khuatir makan diri. Tetapi buat saja, boleh jadi kebaikan itu yang akan membantu di akhirat nanti.
“Saya tahu ramai juga yang ingin berhijrah tetapi takut.
“Apa yang ustazah saya selalu cakap, selama mana saya buat kebaikan, saya dapat pahala. Selama mana saya tinggalkan perkara haram, saya dapat pahala,” katanya.
Dalam pada itu, isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, memberitahu mengapa dia sanggup menggunakan wang dari poket sendiri bagi menganjurkan program usrah.
“Saya tak nak ada perasaan saya yang miliki semua ini. Bila saya ada duit, saya nak memberi. Itu yang saya buat kelas usrah. Memang itu adalah satu perasaan yang berat. Yela.. saya penat bekerja, kenapa perlu diberikan kepada orang lain?
“It’s always miracle. Apabila saya buat, saya nampak rezeki dari Allah dengan jelas.
“Mungkin saya tidak dapat kasih sayang sebab dari kecil memang tak rasa dari keluarga. Disebabkan itu, apabila ada anak-anak, saya rasa sangat penting dan sanggup gadaikan segalanya termasuk karier dan masa muda. Saya nak anak-anak rasa kasih sayang sepenuhnya,” kongsi Elfira sambil tersenyum manis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Suami isteri yang juga pasangan duet popular, Ernie Zakri dan Syamel baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 pada 26 Mac lalu.
Hasil perkongsian hidup, Ernie dan Syamel dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun.
Ernie atau penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri memuat naik satu hantaran di akaun Instagramnya menitipkan kata-kata manis buat suami tercintanya itu.
Dalam kapyen yang dititipkan oleh penyanyi yang popular dengan lagu berjudul ‘Aura’ ini, Ernie menyifatkan Syamel sebagai suami dan bapa yang terbaik.
“Terima kasih sudah menjadi yang terbaik, seorang suami dan daddy yang terbaik buat kami.
“Sampai hujung usia, Daddy! Amin.”
Tiga foto yang dikongsi oleh Ernie dalam hantarannya itu sudah cukup untuk menggambarkan kebahagiaan yang mereka kecapi selama empat tahun bergelar suami isteri.
Menjengah ke akaun Instagram Syamel pula, ini yang dititipkan buiat isteri tersayangnya itu.
Syamel mengharapkan mereka dapat menuju syurga bersama-sama diiringi doa yang baik-baik daripada para peminat dan pengikutnya.
Aktres cantik Indonesia yang baharu bergelar mualaf, Celine Evangelista baru-baru ini mencuri perhatian ramai setelah memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakai abaya dan burka di tanah suci Mekah.
Video tersebut disertakan dengan huraian syahadah di ruangan kapsyen membuktikan dirinya telah memeluk Islam dan bergelar mualaf.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah,” tulis Celine dalam kapsyen muat naiknya.
Dalam video yang dikongsikan, ibu kepada empat anak ini kelihatan sangat anggun memakai abaya dan burka biarpun ringkas.
Celine memakai abaya longgar serba putih dari @hijabsabine. Berkonsepkan minimalis tanpa perincian berlebihan memberikan kesan bersih dan segar.
Melengkapkan penampilannya, Celine menggabungkan abaya putihnya dengan tudung labuh atau khimar rona senada.
Pemilihan warna monokrom mengukuhkan lagi kesan keanggunan dan keharmonian penampilannya. Celine turut memakai burqa yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya.
Bukan sahaja gaya fesyennya menarik perhatian, muat naik Celine turut dipenuhi dengan doa, sokongan dan harapan daripada warga maya.
Keputusan Celine memeluk Islam disambut baik dengan rasa terharu dan gembira. Mereka memberikan sokongan dan mendoakan Celine agar kekal istiqamah.
Celine tidak dapat mengawal air matanya saat mencium Kaabah buat kali pertama. Detik emosi ini menjadi simbol perjalanan rohaninya yang bermakna.
Keputusannya untuk memeluk Islam bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi kepercayaannya membawa kebahagiaan yang mendalam.
Celine turut berpesan kepada para pengikut dan peminatnya agar tidak mengungkit perkara buruk atau aibnya pada masa lalu di media sosial.
Untuk info, Celine Evangelista memeluk Islam selepas bercerai dengan aktor Stefan William pada Oktober 2021.
Celine merupakan seorang pelako, penyampai, penyanyi dan model Indonesia. Pemilik nama penuh Celine Evangelista Monica Maureen Ricci ini berusia 33 tahun dan dilahirkan di Itali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!