Tidak pernah berputus asa Nur Zawani membuktikan pada semua yang dia mampu melakukannya apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak hampir separuh daripada berat badan asalnya.

Berkongsi kisah penjagaan dietnya, Zawani turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya dan berharap dapat terus mencapai berat badan ideal yang diinginkan.

Dari Ku Nur Zawani

Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan.

Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam running man tu

Doakan saya supaya berjaya capai bmi yang normal ya demi capai cita-cita impian saya
Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku-suku separuh.

Berat asal : 124kg
Berat 2019(tiada gambar) :88kg
Berat sebelum pkp(feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sgt)
Berat sekarang :78kg
Berat target : 62kg
Tinggi saya :165cm

IKLAN

Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah terima kasih

Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)

Contoh cara pemakanan saya.
*kalau di rumah*

Pagi: air kosong + buah (selalunya apple hijau)
Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sb minyak boleh lap pakai tisu tapi skrg boleh guna airfryer)
Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt
** Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25kg berat badan) ini paling penting sebab memang kenyang
** wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sangat kekacang, elakkan jerawat)

IKLAN

Kalau di hostel:
Pagi: minum teh hijau + air kosong + jacob yang ada grain/ roti wholemeal/ instant oat

Tengahari: buah/roti (sebab tak sempat kejar nak masuk kelas)
Petang merangkap malam: roti+sayur+protein+buah+yogurt

**air yang cukup
**susu yang saya ambil : omega/ susu skim
Ni rutin normal saya. Sebelum pkp dan puasa.

** sampingan.

IKLAN

-Saya betul-betul lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yang diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Memang konsep suku-suku separuh

-Sebelum saya try diet saya detox badan. Minum air detox (lemon + limau nipis + halia + serai. Kadang-kadang saya suka rebus air halia dan serai.

-Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil di dunia. Lambat sangat nak kecut.

– Ya saya ada exercise. Awal-awal dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dengan joging sikit-sikit ja. Pkp ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya banyak aktiviti fizikal macam bergerak ke kelas.

** semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai ssuatu. InshaaAllah nak tak nak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain.

Terima kasih admin. Terima kasih semua ahli. Doakan saya ya