Teknik mengeluarkan cecair dari kulit, yang menyebabkan perubahan warna kulit akibat kerosakan pada saluran darah di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan lebam, tetapi menyebabkan peningkatan peredaran darah di kawasan itu, yang menyuburkan sel-sel kulit. Rawatan bekam semakin popular untuk raih wajah yang berseri dan bersinar.

Selain China, teknik ini juga diamalkan secara tradisional di Mesir dan Timur Tengah. Dan baru-baru ini, ramai selebriti menggunakan teknik bekam sebagai teknik penjagaan kulit, daripada Jacqueline Fernandez sehinggalah Kim Kardashian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ritual Kecantikan Tak Menyakitkan, Cukup 2 Peranti Ini Seperti Berada Dalam SPA. Peluang Milikinya…

Jaminan keselesaan di SPA BEKAM AR RAYYAN

Mempunyai rangkaian spa bekam terbesar di Malaysia dengan sebanyak 30 cawangan di seluruh Malaysia, Spa Bekam Ar Rayyan telah mula beroperasi pada tahun 2015 sebagai pusat rawatan bekam berkonsepkan Moden Klinikal Spa yang memberi jaminan keselesaan dan mengutamakan kebersihan dalam perawatan serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menawarkan perkhidmatan seperti Bekam Angin, Bekam Basah, Bekam Inframerah, Bekam Seri Wajah, Bekam Migrain, Urutan Tradisional dan yang terbaru adalah Body Alignment. Banyak manfaat dan kelebihan yang boleh dilihat dalam terapi ini seperti membantu aliran darah, mengurangkan kelesuan badan, melegakan sakit kepala, membantu mengurangkan penyakit yang berpunca dari alahan, membantu dalam masalah kesuburan serta banyak lagi.

Pelengkap penjagaan kesihatan

IKLAN

Spa Bekam Ar Rayyan telah melatih seramai 1500 orang dan telah melahirkan lebih 150 pakar terapis dalam bidang bekam dan urutan. Sebahagiannya telah menjadi sumber kepakaran di Spa Bekam Ar Rayyan bagi memberi khidmat terapi kepada lebih 300,000 pelanggan. Kini, Jabatan Pembangunan dan Kemahiran Malaysia telah mentauliahkan Spa Bekam Ar Rayyan sebagai Pusat Penilaian Amali untuk diberikan latihan kepada para individu yang berminat untuk mendapat pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia 3 dalam bidang bekam dan urutan.

“Kami telah membawa Spa Bekam Ar Rayyan sebagai inisiatif dalam memperkenalkan amalan BEKAM kepada masyarakat, dan pada masa yang sama menjadikannya sebagai pelengkap penjagaan kesihatan, di samping memartabatkan amalan Sunnah ke tahap yang lebih tinggi.” Kata Mohmmad Fathullah, Pengasas dan Pengarah Urusan Spa Bekam Ar Rayyan.

“Alhamdulillah, dalam lapan tahun ini, kita telah bersandarkan ke atas kepercayaan pelanggan serta permintaan yang meluas sehingga berjaya membuka cawangan yang ke-30 pada tahun 2022. InsyaAllah momentum kejayaan ini akan diteruskan pada masa akan datang.”

Dalam merialisasikan kejayaan yang berterusan, Spa Bekam Ar Rayyan telah membuka peluang kepada yang ingin memulakan bisnes bekam dengan menawarkan Program Perlesenan. Program ini telah dibuka kepada individu, syarikat, persatuan, koperasi, Non-Governmental Organization (NGO) dan lain-lain untuk menjalankan perniagaan yang lebih berstruktur dengan bantuan dan sokongan berterusan dari pihak syarikat induk yang mana telah terbukti kejayaannya.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Perlu Ke Spa Untuk Kuku Cantik, Bersih & Berkilat! Hanya Lakukan 10 Tip…

Berbekam untuk kulit ala selebriti.

Menyahtoksik dan menyihatkan

Selain meningkatkan aliran darah, meningkatkan aliran oksigen, dan mengurangkan keradangan, bekam juga bermanfaat untuk membuang toksin dari badan, termasuk radikal bebas. Faktor ini membantu pengekalan sel kulit. Dan aliran oksigen yang lebih baik memastikan penghantaran nutrien yang lebih lancar ke sel-sel kulit.

Mengurangkan keradangan dan jerawat

IKLAN

Bekam digunakan untuk melepaskan tisu lembut jauh di dalam badan, serta melonggarkan kekejangan pada otot. Ia mengurangkan keradangan kulit dan membantu mencegah jerawat. Seperti laporan dalam Journal of Traditional and Complementary Medicine, bekam boleh membantu merawat jerawat, kayap dan menguruskan kesakitan.

Membantu masalah hiperpigmentasi

Teknik ini memberikan kesan pembersihan dan detoksifikasi, dengan itu secara langsung membantu merawat hiperpigmentasi, keadaan yang menunjukkan kehadiran lebihan melanin dalam sel kulit. Apabila cawan bekam dikeluarkan dari kulit, ia menghasilkan kesan mengurut, yang mewujudkan saliran limfa. Proses ini akan membantu membuang toksin dari kawasan yang dirawat, menyebabkan keradangan berkurangan dan mengurangkan kesan hiperpigmentasi.

Teknik bekam secara amnya selamat dilakukan. Tiada kesan sampingan kecuali perubahan warna pada bahagian tertentu kulit. Walau bagaimanapun, anda harus berunding dengan pakar dermatologi sebelum melakukan rawatan ini, terutamanya jika anda mempunyai kulit sensitif.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/VKVJmuzU3w0

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI