Tak perlu bazirkan wang dan waktu anda untuk pergi ke spa semata-mata untuk mencantikkan kuku. Hanya di rumah sahaja, anda boleh menjaga kesihatan kuku anda.

Sumber gambar: Angela

Bukan hanya menjimatkan masa, malah anda juga tidak perlu berbelanja dengan kos yang besar! Asalkan anda memiliki rutin penjagaan yang rapi, sudah cukup memadai untuk menjadikan kuku anda lebih sihat, bersinar dan kemas!

Sumber gambar: Cottonbro

1. Jangan terlalu kerap mandi air panas atau ke sauna kerana ini akan memburukkan keadaan kuku anda.

2. Tabiat menggigit kuku harus ditinggalkan kerana ia akan membuat kuku cepat pecah dan bakteria pada kuku itu dengan mudahnya berpindah ke mulut anda.

3. Potong kuku dengan kerap dan secara teratur kerana ia boleh membantu menjamin kesuburan kuku. Sekiranya kuku dibiarkan panjang, ia akan mudah patah dan cepat rapuh.

4. Kuku anda juga perlukan pelembap untuk terus bersinar. Sekiranya anda malas untuk membeli pelembap khas untuk kuku, pastikan setiap kali anda menyapu losen pada badan, sapukan sekali pada kuku terutamanya sebelum tidur.

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

5. Jangan lupa mengenakan sarung tangan ketika melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk atau mencuci bilik air kerana sesetengah bahan pencuci boleh merosakkan kuku.

6. Pemakanan juga harus dijaga. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B seperti kacang, kuning telur, pisang, tempe dan hati. Makanan yang kaya dengan biotin juga bagus untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.

7. Sekiranya anda suka mewarnakan kuku, pastikan anda memilih pewarna yang tinggi kualitinya kerana kandungan pewarna kuku yang berkualiti mempunyai formula yang bertindak untuk memelihara kuku.

IKLAN
Sumber gambar: Jess 

8. Jangan selalu menggunakan aseton untuk membersihkan pewarna kuku kerana ia boleh menjadikan kuku anda kering.

9. Sekiranya kuku anda kotor dan kehitam-hitaman, gosokkan ia dengan cuka dan bersihkan dengan air suam.

10. Untuk mengilatkan kuku, gunakan bawang putih yang telah dipotong dua. Gosokkannya pada kuku sehingga mendapat hasil yang anda inginkan.

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI