Jika dilihat dari luaran, dirinya nampak sihat dan seperti tidak menanggung apa-apa kesakitan.  Malah bibirnya tidak lekang mengukir senyum setiap kali mata memandang ke arahnya. Namun siapa sangka di sebalik senyuman itu rupanya pemilik nama Azlina Aziz, 44 tahun ini sebenarnya sedang bertarung dengan kanser payudara tahap dua. Malah bukan dia sahaja rupanya yang menghidap sakit digeruni wanita, tetapi anak keduanya juga kemungkinan turut disahkan penghidap kanser. Walaupun begitu, kedua-duanya tetap positif dan ceria mengharungi kehidupan ini.

Bagi Azlina dua mula mengesan penyakitnya itu apabila menyedari ada kelenjar bengkak di bahagian payudara. Kemudian dia terus membuangnya tetapi tidak sampai sebulan kelenjar berkenaan ada semula tetapi kali ini di bawah ketiak.

Dikesan ada kelenjar di bahagian payudara.

Lepas buat biopsi, doktor sahkan hidap kanser tahap 2

Justeru itu dia terus sahaja membuat prosedur mammogram dan scan tetapi tidak kelihatan tanda mencurigakan.

“Saya kemudiannya membuat rawatan pembedahan bagi membuang kelenjar berkenaan dan setelah melakukan biopsi, barulah doktor mengesahkan yang saya penghidap kanser tahap dua.

“Mula dikesan ada kanser pada tahun 2016 dan telah menjalani enam kali rawatan kimoterapi sebanyak enam kali. Dan sekali lagi pada tahun 2018 ini dikesan ada pula ketulan lain yang tumbuh. Bagaimanapun doktor beritahu jika ketumbuhan itu kecut tak payah buat apa-apa,” ungkap Azlina memulakan perbualan.

“Walaupun begitu, saya tidaklah sampai membuang payudara kerana ia bukan dari sel yang aktif. Buat masa ini saya hanya menjalani rawatan di hospital dan makan ubat mengikut prosedur ditetapkan.

“Saya tidak pasti bagaimana boleh menghidap penyakit ini tetapi salah satu sebabnya mungkin juga disebabkan keturunan. Arwah nenek saya ada menhidap kanser payudara dan sepupu sebelah ayah pula menhidap kanser hidung.

“Selain itu mungkin juga disebabkan saya dulu pernah mengambil suplemen berbentuk jeli sebagai minuman harian,” ceritanya lagi.

IKLAN
Reda dengan ujian Tuhan.

Pernah ambil suplemen kolagen

Menurutnya ketika itu dia bekerja di sebuah syarikat mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan diri.

“Dan sebagai pekerja kita diberi kelebihan  untuk mencuba memakai produk daripada kolagen sebagai suplemen kesihatan. Hampir dua tahun  bekerja di situ dan saya jadikannya sebagai minuman harian. Kiranya saya ini dianggap macam testimoni kepada produk berkenaan.

“Mungkin itu salah satu faktor dan selebihnya memang kuasa Tuhan. Cuma saya nak beritahu pada semua wanita agar berhati-hati dengan pengambilan produk suplemen babitkan kesihatan.

“Kita tidak tahu apa kesannya masa sekarang (ketika minum) dan hanya nampak dalam jangka masa panjang,” ceritanya lagi yang turut memberitahu anaknya pula dikesan menghidap kanser kulit disebabkan suka memakai produk pemutih wajah.

IKLAN

“Dia memang ada guna sabun pencuci wajah yang juga bertindak untuk memutihkan wajah seseorang. Mula-mula ada bintik kecil tumbuh di bahagian pipi kanannya. Apabila kita buat ujian biopsi, kemungkinan dia menghidap kanser kulit.

“Walaupun begitu, anak saya Nadia seorang yang positif dan kuat seperti saya. Semangatnya tidak pernah jatuh dan kami sama-sama memilih untuk bersikap positif. Insya-Allah akan akan penyembuhnya dan selagi itu saya tidak henti putus berdoa pada Tuhan,” Jelas Azlina yang cukup positif berdepan dugaan maha hebat ini.

Bersama anaknya Nadia yang kemungkinan hidap kanser kulit.

Jalani rutian hidup seperti biasa

Menurutnya, walaupun tahu dirinya hidap kanser, tetapi tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. Malah rutin hariannya tetap berjalan seperti biasa.

“Saya pergi kerja macam biasa dan meneruskan kehidupan macam orang lain juga. Saya tidak mahu orang lain tahu yang saya sedang sakit, termasuklah anak-anak.

IKLAN

“Saya tidak bagi tahu secara direct penyakit ini kepada mereka, tetapi anak-anak tahu jika saya masuk wad untuk menerima rawatan kimoterapi. Dalam hal ini, saya berterima kasih pada suami yang sentiasa bagi sokongan tidak berbelah bagi,” tambahnya yang mempunyai empat orang anak dari usia 7 tahun hingga 23 tahun. Malah dia juga sudah mempunyai tiga orang cucu hasil perkahwinan anak pertamanya.

Jalani rutin seperti biasa & aktif bermain bola jaring.

Masa muda pernah ada ketumbuhan pada ovari

Bercerita kisah lampaunya, Azlina memberitahu ketika usianya 17 tahun, dia juga pernah berhadapan dengan masalah ketumbuhan tumor di bahagian ovarinya. Keadaan ini menyebabkan periodnya jadi keterlaluan.

“Saya pergi mendapatkan rawatan di hospital dan juga telah menjalani kimoterapi sebanyak enam kali. Tetapi itu ketika sebelum kahwin dan tidak sangka lepas sudah berkahwin dan ada cucu, saya disahkan pulak menhidap kanser payudara.

“Saya juga sudah  6 kali buat rawatan kimoterapi dan kesan dialami sangat meletihkan. Selain rasa nak muntah, demam, ada ulser di mulut, rambut jadi gugur, saya juga pernah tidur seharian dengan memakai baju yang sama ketika buat rawatan kimoterapi di hospital.

“Sepanjang tempoh itu, saya memang tidak menjalani sebarang rawatan alternatif dan juga pengambilan mana-mana suplemen. Hanya menjalani rawatan di hospital mengikut prosedur di tetapkan.

“Walaupun sudah dua tahun penghidapnya, saya tidak pernah merasakan diri ini kekurangan. Saya menjalani rutin harian seperti biasa, saya pergi kerja dan aktif dlam bersukan terutama bermain bola jatring. Saya reda dengan dugaan Tuhan dan menerimanya dengan hati yang tabah,” tambahnya lagi yang turut mengingatkan kaum wanita segera pergi menjalani rawatan jika ada timbul tanda mencurigakan pada tubuh badan.

Bersama cucu kesayangan.

Azlina ditemui ketika majlis ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI