Selain tingkah laku, aksesori yang dipakai juga ada ketikanya mampu merungkai personaliti seseorang individu. Tanpa disedari, benda kecil seperti jam tangan juga sebenarnya boleh melambangkan peribadi anda.
Jadi, anda pakai jam tangan bentuk apa? Jom lihat personaliti di sebalik bentuk jam tangan anda itu.
Jam Tangan Petak
Foto: Sumber Google
Pemilik jam tangan berbentuk ini seorang individu yang mesra dan terkenal dengan kelembutan dalam berkata-kata. Anda juga dikatakan agak skema dalam segala hal.
Tidak berani mengambil risiko kerana bimbang akan menjerat diri anda sendiri. Walaupun anda skema, anda punya pemikiran yang lebih ke depan berbanding kawan-kawan lain.
Ads
Jam Tangan Oval
Foto: Sumber Google
Sesetengah individu gemar jam berbentuk oval kerana ia unik. Sebenarnya, individu yang menggemari bentuk ini mempunyai keunikan tersendiri dan ada daya tarikan istimewa pada pandangan mata lelaki.
Namun begitu, anda bukanlah seorang yang mudah didekati. Anda perahsia dan sukar untuk dibawa berbincang. Tetapi sebenarnya, anda seorang yang manja!
Jam Tangan Bulat
Foto: Sumber Google
Anda seorang yang sangat terbuka dan mudah mengkritik individu yang tidak sebulu dengan anda. Anda juga sukar diramal.
Ads
Anda seorang yang sukar didekati tetapi mudah menerima arahan yang diberi. Anda juga dikatakan berjiwa penyayang dan sangat mengambil berat tentang ibu bapa anda.
Jam Tangan Segi Empat
Foto: Sumber Google
Bagi anda yang sukakan bentuk jam tangan ini, anda seorang individu yang berjiwa penyayang dan sangat sensitif. Tetapi anda suka pada kanak-kanak dan menjadi kesayangan ramai.
Biarpun anda mudah merajuk, anda tidak akan sesekali bermasam muka. Anda individu yang bertolak ansur dan bekerjasama.
Jam Tangan Segi Tiga
Foto: Sumber Google
Bagi penggemar bentuk jam tangan segi tiga, anda digambarkan sebagai seorang individu yang rigid. Semua benda perlu nampak sempurna dan mengikut aturan yang telah ditetapkan.
Sungguhpun begitu, anda mudah menerima pandangan atau pendapat orang ramai. Selain itu, anda mudah emosi dengan orang-orang yang rapat dengan anda termasuklah si dia. Jiwa anda amat sensitif!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak melahirkan anak sulungnya, penampilan penyanyi tersohor negara ini memang sangat menarik perhatian. Apa tidaknya, bentuk badannya kini semakin langsing dan terbaru sudah mampu menggayakan baju 11 tahun lalu. Baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menyarung jaket kesayangan yang pernah digayakan kira-kira 11 tahun lalu. Ternyata bentuk tubuhnya sudah kembali kepada asal seperti zaman sebelumnya. Malah wajah Siti juga semakin cantik dan berseri-seri setelah bergelar ibu kepada Siti Aafiyah.
Ramai tertanya-tanya apa rahsia Siti yang kelihatan langsing selepas bersalin dan salah satu jawapan adalah dengan menyusu badan kepada anak sulungnya itu. Juga beliau turut mengamalkan cara berpantang yang konsisten sepanjang tempoh berkenaan.
Kini Siti sudah mula menjalankan kembali aktiviti seni yang menjadi kerjayanya selama ini. Beliau yang kini kelihatan semakin ceria, apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti selama 11 tahun.
Ayuh kita lihat #OOTD Siti dari selesai sahaja tempohnya berpantang hinggalah ke hari ini. Malah penampilannya yang kini seperti anak dara juga turut mendapat pujian netizen. Ada yang turut meminta tip daripada penyanyi kesayangan ramai ini.
Bagi wanita berhijab, anak tudung merupakan antara item asas yang sering dipakai setiap hari. Walaupun kelihatan ringkas, pemilihan anak tudung yang tepat sebenarnya memainkan peranan besar dalam memastikan keselesaan, kekemasan hijab dan keyakinan diri sepanjang hari.
Ramai hijabi mungkin pernah berdepan situasi tudung mudah bergerak, rambut terkeluar, kepala terasa panas atau muncul kesan ketat pada dahi akibat memakai anak tudung yang tidak sesuai. Oleh sebab itu, pemilihan anak tudung tidak boleh dilakukan secara sambil lewa.
Anak tudung yang baik perlu dipilih berdasarkan material, saiz, bentuk wajah serta aktiviti harian supaya pemakaian hijab kekal kemas dan selesa dari pagi hingga petang.
Material anak tudung sangat penting kerana ia bersentuhan secara langsung dengan kulit kepala sepanjang hari. Pilih fabrik yang lembut, ringan dan mempunyai pengudaraan yang baik seperti cotton, jersey lembut, bamboo cotton atau spandex berkualiti.
Fabrik yang mempunyai ciri ‘breathable’ membantu mengurangkan rasa panas dan peluh berlebihan, terutama bagi wanita yang aktif bergerak atau sering berada di luar rumah.
Selain memberikan keselesaan, material yang berkualiti juga lebih tahan lama dan tidak mudah rosak walaupun dicuci dengan kerap.
Ramai wanita memilih anak tudung yang ketat kerana mahu memastikan tudung kekal kemas. Namun, pemakaian yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan, sakit kepala dan meninggalkan kesan pada dahi.
Pilih anak tudung yang mempunyai regangan sederhana. Ia perlu cukup kemas untuk memegang rambut dengan baik tetapi tidak terlalu mencengkam kepala.
Keseimbangan antara keselesaan dan kekemasan sangat penting untuk pemakaian jangka panjang.
Tidak semua anak tudung sesuai untuk setiap individu. Ada yang lebih selesa menggunakan inner penuh, manakala ada yang memilih anak tudung separuh atau jenis awning.
Sebelum membeli, pastikan saiz yang dipilih benar-benar sesuai dengan bentuk kepala. Anak tudung yang terlalu longgar mudah melorot, manakala yang terlalu kecil boleh menekan bahagian telinga dan dahi.
Pemilihan saiz yang tepat membantu memastikan tudung kekal kemas tanpa perlu kerap membetulkannya sepanjang hari.
Fungsi utama anak tudung adalah memastikan rambut tidak mudah terkeluar, terutama di bahagian dahi, sisi telinga dan tengkuk.
Bagi kegunaan harian, anak tudung jenis full inner atau inner neck sering menjadi pilihan kerana menawarkan litupan yang lebih menyeluruh dan kemas.
Rekaan sebegini juga sesuai untuk hijabi yang aktif bergerak atau mempunyai rambut yang tebal.
Warna anak tudung turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan penampilan yang lebih kemas dan profesional.
Warna asas seperti hitam, putih, nude, coklat lembut dan kelabu sangat praktikal kerana mudah dipadankan dengan pelbagai warna tudung.
Jika memakai tudung yang sedikit jarang atau berwarna cerah, pilih anak tudung yang mempunyai tona hampir sama supaya penampilan kelihatan lebih harmoni dan tidak terlalu menonjol.
Fabrik yang terlalu licin boleh menyebabkan tudung mudah bergerak dan sukar dibentuk. Situasi ini sering berlaku apabila memakai shawl atau tudung daripada material satin, chiffon atau silk.
Untuk memastikan hijab lebih stabil, pilih anak tudung yang mempunyai sedikit tekstur atau grip semula jadi.
Ini membantu tudung kekal pada tempatnya tanpa perlu menggunakan terlalu banyak pin atau aksesori tambahan.
Sebelum membeli, perhatikan bahagian jahitan, getah dan kemasan fabrik anak tudung.
Jahitan yang kasar atau getah yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan terutama jika dipakai dalam tempoh yang lama.
Anak tudung yang berkualiti biasanya lebih tahan lama, tidak mudah berbulu dan kekal dalam keadaan baik walaupun kerap dicuci.
Pemilihan anak tudung juga perlu disesuaikan dengan rutin harian. Untuk ke pejabat atau menghadiri kelas, anak tudung yang ringan dan selesa sudah memadai.
Namun bagi wanita yang banyak bergerak, bekerja di luar atau menghadiri acara yang panjang, pilih anak tudung yang lebih kemas, menyerap peluh dan tidak mudah melorot.
Bagi majlis formal pula, anak tudung yang nipis tetapi tetap kemas lebih sesuai kerana dapat menghasilkan gaya hijab yang elegan tanpa membuatkan kepala kelihatan terlalu besar.
Ramai yang terlepas pandang aspek penjagaan anak tudung. Hakikatnya, anak tudung menyerap peluh, minyak rambut dan sisa produk penjagaan rambut setiap hari.
Oleh itu, pastikan ia dicuci secara berkala bagi mengekalkan kebersihan dan keselesaan ketika dipakai. Anak tudung yang bersih bukan sahaja lebih menyenangkan, malah membantu menjaga kesihatan kulit kepala.
Selain itu, simpan anak tudung di tempat yang bersih dan kering bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria atau bau yang tidak menyenangkan.
Jadi, jangan sekadar memilih secara rawak. Pilih anak tudung yang benar-benar sesuai dengan gaya hidup, aktiviti dan keperluan diri supaya hijab sentiasa terletak cantik dan kemas dari pagi hingga petang.
Cara kenal 5 bentuk muka & pilih gaya tudung paling sesuai untuk Raya penting untuk setiap wanita yang mahu tampil lebih yakin, manis dan menyerlah di pagi Syawal. Bila sudah tahu bentuk muka sendiri, lebih mudah untuk memilih gaya tudung ikut bentuk muka yang benar-benar sesuai, bukan sekadar ikut trend semasa.
Ramai yang sanggup beli beberapa helai tudung baru menjelang Raya, tetapi masih rasa ada sesuatu yang tidak kena apabila digayakan. Kadang-kadang bukan tudung itu tidak cantik, tetapi cara lilitan atau potongannya kurang sesuai dengan bentuk wajah. Sebab itu, memahami bentuk muka adalah langkah pertama yang ramai terlepas pandang.
Hakikatnya, gaya tudung yang tepat boleh membantu menyeimbangkan bentuk wajah, menyerlahkan bahagian terbaik dan membuatkan penampilan nampak lebih kemas. Sama ada anda gemar bawal, shawl, pashmina atau instant hijab, semuanya boleh nampak lebih cantik apabila dipilih menggunakan pendekatan gaya tudung ikut bentuk muka.
Memilih tudung mengikut bentuk muka bukan hanya soal nampak bergaya, tetapi juga memberi kesan besar pada keseluruhan penampilan. Gaya tudung yang sesuai boleh membuatkan wajah nampak lebih seimbang, lembut dan berseri, terutama ketika bergambar di pagi Raya.
Selain itu, pemilihan gaya tudung yang betul juga membantu anda rasa lebih selesa dan yakin. Anda tidak perlu kerap membetulkan lilitan, risau wajah nampak terlalu bulat atau rasa bahagian tertentu terlalu menonjol. Bila sesuai dengan muka, semuanya nampak lebih effortless.
Bentuk muka bulat biasanya mempunyai lebar dan panjang wajah yang hampir sama. Bahagian pipi kelihatan lebih penuh, manakala garis rahang pula lembut tanpa sudut yang begitu ketara.
Gaya tudung yang sesuai untuk muka bulat ialah gaya yang memberi ilusi wajah lebih panjang dan tirus. Pilih tudung yang dibentuk sedikit tinggi di bahagian atas kepala, kemudian biarkan sisi wajah tidak terlalu ketat. Gaya ini membantu “memanjangkan” rupa wajah secara visual.
Untuk pemakai bawal, cuba bentukkan bahagian hadapan sedikit runcing atau kemas di atas dahi. Bagi shawl pula, elakkan lilitan yang terlalu tebal di kiri dan kanan pipi kerana ia boleh membuat wajah nampak lebih lebar.
Tip Hijabista:
Gunakan fabrik yang lembut dan mudah jatuh seperti chiffon atau cotton voile. Elakkan gaya tudung yang terlalu ketat di muka kerana ia akan membuat pipi lebih menonjol.
Muka bujur atau oval sering dianggap bentuk wajah paling seimbang. Panjang wajah biasanya sedikit lebih panjang daripada lebar, dengan dahi dan rahang yang nampak seimbang.
Berita baik untuk pemilik wajah oval, kebanyakan gaya tudung memang sesuai dengan bentuk muka ini. Anda boleh bereksperimen dengan pelbagai jenis gaya, sama ada bawal klasik, shawl loose, pashmina moden atau gaya instant yang minimal.
Namun begitu, walaupun mudah digayakan, jangan terlalu selesa hingga memilih lilitan yang menenggelamkan bentuk asal wajah. Gaya yang terlalu ketat atau terlalu sarat di bahagian tepi boleh membuat wajah nampak kurang natural.
Tip Hijabista:
Pilih gaya yang ringkas, kemas dan tidak terlalu berat. Muka oval lebih menyerlah dengan lilitan yang sederhana dan tidak berlebihan.
Muka panjang mempunyai ukuran dari dahi ke dagu yang lebih panjang berbanding lebar wajah. Biasanya, dahi, pipi dan rahang kelihatan agak lurus dan seimbang dari atas ke bawah.
Jika anda mempunyai wajah panjang, fokus utama ialah memilih gaya tudung ikut bentuk muka yang memberi ilusi wajah lebih pendek dan lebar. Caranya ialah dengan memakai tudung sedikit rendah di bahagian dahi dan menambah volume di sisi wajah.
Gaya shawl yang longgar di kiri dan kanan sangat membantu untuk melembutkan bentuk muka panjang. Anda juga boleh memilih bawal dengan awning yang tidak terlalu tinggi supaya wajah tidak kelihatan lebih memanjang.
Tip Hijabista:
Elakkan gaya tudung tinggi menjulang di bahagian atas kepala. Sebaliknya, pilih lilitan yang lebih mendatar dan memberi bentuk lembut pada sisi muka.
Muka petak mudah dikenali melalui garis rahang yang lebih tegas dan lebar dahi yang hampir sama dengan lebar rahang. Bentuk ini biasanya memberi karakter wajah yang kuat dan jelas.
Untuk wajah petak, gaya tudung yang paling sesuai ialah yang dapat melembutkan sudut-sudut wajah. Pilih shawl atau bawal yang dibentuk secara bulat dan tidak terlalu tajam pada bahagian hadapan. Fabrik lembut juga sangat membantu mencipta efek lebih feminin.
Elakkan gaya yang terlalu kemas, keras atau ketat di sepanjang garis rahang. Ini kerana lilitan seperti itu akan membuat bentuk muka petak lebih jelas dan dominan.
Tip Hijabista:
Biarkan sedikit fabrik jatuh lembut di sisi wajah supaya garis rahang nampak lebih lembut dan seimbang.
Bentuk muka hati biasanya mempunyai dahi yang lebih lebar, tulang pipi yang menonjol dan dagu yang lebih runcing. Ia memberi siluet wajah yang manis tetapi perlu diseimbangkan dengan gaya tudung ikut bentuk muka yang tepat.
Bagi wajah berbentuk hati, pilih tudung yang tidak terlalu menambah volume di bahagian atas kepala. Sebaliknya, fokus pada gaya yang memberi sedikit isi di bahagian bawah wajah atau sekitar dagu supaya rupa wajah nampak lebih harmoni.
Shawl yang dililit longgar dan dibiarkan jatuh ke dada sangat sesuai untuk bentuk muka ini. Bawal juga boleh dipakai, asalkan bahagian atas tidak terlalu tinggi atau terlalu kembang.
Tip Hijabista:
Elakkan gaya yang terlalu menonjolkan dahi. Bentuk hadapan yang lembut lebih sesuai untuk mewujudkan keseimbangan pada keseluruhan wajah.
Kalau anda masih tidak pasti bentuk muka sendiri, cuba berdiri di hadapan cermin dengan rambut atau anak tudung dikemaskan ke belakang. Lihat bahagian dahi, pipi dan rahang secara keseluruhan.
Tanya diri sendiri beberapa soalan mudah. Adakah pipi anda paling menonjol? Adakah rahang kelihatan tajam? Adakah wajah nampak panjang atau lebih bulat? Dari situ, lebih mudah untuk mengenal pasti bentuk muka yang paling hampir.
Satu lagi cara yang lebih mudah ialah ambil gambar selfie dari hadapan tanpa filter. Kadang-kadang bentuk wajah lebih jelas dilihat menerusi gambar berbanding cermin.
Selain bentuk muka, ada beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian ketika memilih tudung Raya. Antaranya ialah jenis fabrik, warna dan cara lilitan. Fabrik yang terlalu keras mungkin sukar dibentuk, manakala fabrik terlalu licin pula mudah bergerak sepanjang hari.
Untuk penampilan yang lebih elegan di Hari Raya, pilih warna tudung yang sesuai dengan tona kulit dan padankan dengan warna baju secara seimbang. Jika busana anda sudah sarat dengan perincian, gaya tudung yang lebih ringkas biasanya pilihan terbaik.
Jangan lupa juga aspek keselesaan. Hari Raya selalunya panjang, bermula dari pagi hingga ke malam. Jadi, pastikan gaya tudung yang dipilih bukan sahaja cantik tetapi mudah dipakai dan tidak merimaskan.
Tidak semua trend tudung sesuai untuk semua orang. Ada gaya yang popular di media sosial, tetapi belum tentu menjadi bila digayakan pada bentuk muka yang berbeza. Sebab itu, penting untuk memahami konsep gaya tudung ikut bentuk muka sebelum membeli tudung Raya yang baru.
Bila anda tahu bentuk muka sendiri, proses memilih tudung jadi lebih mudah, cepat dan bijak. Anda tidak lagi membeli hanya kerana cantik di rak atau nampak menarik pada orang lain, tetapi kerana ia benar-benar sesuai dengan wajah anda.
Akhir sekali, ingat bahawa gaya tudung terbaik ialah gaya yang membuatkan anda rasa yakin, selesa dan cantik dengan cara sendiri. Raya adalah masa untuk berseri, jadi pilihlah tudung yang menaikkan seri wajah dan menyerlahkan personaliti anda.
mboleh mengambil masa untuk pulih. Ketahui lima kandungan skincare yang terbukti membantu memudarkan bekas jerawat serta cara penggunaan yang betul untuk hasil lebih berkesan.