Bella Attamimi seorang gadis cantik berasal dari Bandung. Berusia 27 tahun, Bella Attamimi terkenal sebagai seorang selebriti yang sangat suka melancong.
Buktinya, Instagram Bella Attamimi dipenuhi dengan koleksi gambar kunjungannya ke pelbagai tempat, baik di dalam mahupun luar negara.
Bukan itu sahaja, Bella Attamimi juga menggemari fesyen dan mengikuti perkembangannya. Tak hairanlah, dia mempunyai gaya yang cukup mempesona!
Ads
Bagi yang masih tertanya-tanya tentang gadis ini, berikut 10 fakta menarik tentang Bella Attamimi.
Dilahirkan pada 17 Januari 1995.
Bella Attamimi mempunyai keturunan Arab di kedua-dua belah ibu dan bapanya. Dia juga berdarah Sunda.
Ads
Bella Attamimi turut dikenali sebagai seorang selebriti. Dia sering memuat naik kandungan fesyen melalui Instagramnya. Kini, dia mempunyai kira-kira 181 ribu pengikut.
Selain bergelar selebriti, Bella Attamimi rupanya pernah menjadi hos televisyen. Salah satu program yang dihoskannya ialah Halal Living.
Bella Attamimi memang suka pergi melancong. Dia juga sering memuat naik potret perjalanannya melalui Instagram peribadi.
Bukan sekadar melancong, Bella Attamimi juga seorang peminat fesyen yang sering mengikuti perkembangan fesyen khususnya berkaitan hijab.
Ads
Bella Attamimi juga sering kelihatan ‘cool’ di Instagramnya. Tak hairanlah dia sering dijadikan inspirasi fesyen buat hijabi.
Selebriti jelita ini rupa-rupanya sedang giat mengisi blog peribadinya iaitu thegirlwitharabstrapss.blogspot.com. Kebanyakan penulisannya ialah mengenai fesyen dan kecantikan.
Kredit Foto: Instagrama Bella Attamimi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mencari produk kecantikan di pasaran bukan perkara yang mudah, produk yang dicari pastinya yang menjanjikan hasil yang anda ingini. Apatah lagi pelbagai review yang mendorong anda untuk membeli.
Elak tertipu dengan strategi pemasaran, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran tidak membeli lima produk kosmetik ini yang didapati mengandungi racun berjadual, kata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan KKM Kementerian Kesihatan.
Katanya lagi produk tersebut ialah, Krim Rawatan Penjagaan Kulit Sweet 13, Pelembap Kulit Puteh Ninaskincare dan Krim Pencuci Mulut Kulit yang mengandungi merkuri; Karisma Birdnest Gel, yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin; dan Krim Haemun, yang mengandungi miconazole.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk mengelak daripada membeli produk ini, yang telah dibatalkan status pemberitahuannya dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Meski pun kita tidak berapa faham dengan istilah-istilah bahan kandungan produk, namun itu tidak bermakna anda harus buta dalam meneliti bahan kandungan yang tentera di pembungkungsan. Orang ramai juga digalakkan menyemak status pemberitahuan produk kosmetik di laman web rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi “Status Produk NPRA” yang boleh dimuat turun dari Google Play Store.
Bahan kandungan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan kulit, ketidakselesaan, perubahan warna dan hipersensitiviti. Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi), yang mengurangkan keupayaan kulit untuk dilindungi daripada sinaran UV yang berbahaya, meningkatkan risiko kanser kulit.
“Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana ia boleh membahayakan kesihatan seseorang,” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Ahad, 23 Okt.
“Ia boleh diserap ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau belum lahir, selain menyebabkan ruam, kerengsaan dan perubahan lain pada kulit.
“Penggunaan antikulat (miconazole) yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko rintangan dan dengan itu mengurangkan keberkesanannya dalam merawat jangkitan masa depan.”
Beliau turut memberi amaran kepada semua penjual dan pengedar supaya berhenti membawa produk tersebut kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu (yang didapati bersalah melanggar) peraturan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya, bagi kesalahan pertama dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya, untuk kesalahan berikutnya.
“Syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kali pertama dan RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.
Beliau menasihatkan sesiapa yang telah menggunakan produk ini supaya berhenti serta-merta dan dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sekiranya mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan buruk.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: TheStar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sashfir, seorang pempengaruh fesyen yang sering memberikan inspirasi ‘OOTD’ classy dengan sentuhan moden. Ia juga mudah digayakan.
Dengan gaya yang ringkas tetapi bergaya, Sashfir berjaya mencipta gaya yang sesuai untuk pelbagai majlis bermula daripada santai sehinggalah ke acara formal.
Berikut beberapa idea OOTD stylish ala Sashfir yang boleh dijadikan contoh.
Gaya Earth Tone Dengan Jaket Coklat & Selendang Putih
Dalam penampilan ini, Sashfir kelihatan mempesona dengan gabungan jaket coklat gelap yang mempunyai aksen jahitan putih yang kontras lengkap dengan tali pinggang untuk menyerlahkan susuk tubuh.
Bagi menambah kesan elegan, Sashfir menggabungkan jaket dengan tudung putih polos dan seluar putih. Ia memberi keseimbangan antara gaya formal dan kasual. Aksesori cincin yang dipakai pada beberapa jari memberikan sentuhan feminin manakala latar padang pasir yang dramatik meningkatkan aura penampilannya.
Sashfir membuktikan dengan gaya monokrom minimalis, seseorang itu masih boleh kelihatan elegan. Dia memakai sut dua lapis. Penampilan ini digabungkan dengan tudung kelabu yang senada.
Bagi melengkapkan penampilan ini, Sashfir turut membawa beg tangan hitam kecil dan kasut hitam bertumit runcing yang memberikan sentuhan formal dan mewah. Gaya ini sangat sesuai untuk sis yang ingin kelihatan ringkas namun tetap bergaya di pelbagai acara.
Warna Bumi Dengan Baju Coklat & Skirt Putih
Sashfir kelihatan bergaya dengan gabungan pakaian berwarna coklat terang yang memberi kesan santai namun tetap bergaya. Digabungkan dengan skirt putih ringkas, gaya ini mencipta kesan yang bersih dan elegan.
Aksesori cermin mata hitam dan gelang emas kecil mempermanis rupa, menjadikannya sempurna untuk suasana santai di laut mahupun percutian classy.
All Black Elegan
Dalam penampilan ini, Sashfir menggabungkan kesan ringkas tetapi elegan dengan pakaian serba hitam. Dia memakai jubah hitam polos dengan aksen sulaman terperinci di bahagian depan yang menambahkan sentuhan klasik.
Tudung hitamnya melengkapkan keseluruhan pakaian memberikan kesan anggun. Kasut hitam berkilat dan beg kulit kecil yang dibawanya menekankan rasa classy yang sesuai untuk pelbagai acara separa formal atau sekadar bersiar-siar namun tetap kelihatan bergaya. OOTD ini membuktikan, penampilan serba hitam tidak pernah gagal mencipta gaya yang elegan.
Penampilan Chic Dengan Warna Neutral
Warna neutral sering menjadi kegemaran Sashfir. Dalam OOTD ini, Sashfir kelihatan bergaya dengan pilihan pakaian berwarna neutral lembut. Dia menyarungkan outerwear labuh berwarna krim digabungkan dengan culottes longgar menghasilkan silhoutte yang anggun dan moden.
Pemakaian selendang putih polos memberikan kesan bersih dan segar. Beg tangan berwarna krim dengan perincian hitam pada pemegang adalah aksesori yang sempurna dan classy. Penampilan ini sesuai untuk acara santai tetapi masih kelihatan elegan dan stylish!
Tentu ramai yang mengidamkan bersanding di pelamin indah. Majlis grand dengan paluan kompang dan diraikan dengan bak raja dan permaisuri di hari bahagia. Tentulah bajetnya tinggi kalau mahu majlis grand begini.
Namun berbeza pula dengan pasangan ini. Melalui satu perkongsian di Facebook, si isteri yang menggunakan nama Pinggan Terbang telah berkongsi bagaimana dia dan pasangannya mampu melangsungkan perkahwinan dengan bajet bawah RM1,000. Ikuti coretan kisah wanita ini.
TIADA PELAMIN, TIADA JURUGAMBAR
Tiada pelamin Tiada jurugambar professional Tiada photoshoot Tiada kompang Tiada orang bersilat Tiada acara sambut pengantin Tiada dj radio Tiada makan beradab Tiada acara potong kek Tiada gadis-gadis dulang hantaran Tiada bridesmaid Tiada kasut pengantin yang ni lawak Tiada crown, Tiada tengkolok, keris pisau pedang kapak Tiada honeymoon
TIADA IBU AYAH DI SISI
Yang ada hanyalah adik – adik seramai 7 orang Yang ada hanyalah sahabat sahabat sekalian Yang ada hanyalah jiran tetangga Yang ada hanyalah guru – guruku Yang ada hanyalah ibu saudaraku Yang ada hanyalah sebelah pihak lelaki
WANG HANTARAN RM500.00
Mas kahwin sebentuk cincin emas
Kenduri doa selamat sahaja (Alhamdulillah sepenuhnya jiran sebelah rumah aku banyak bantu dah macam ibu abah sendiri dah , sahabat, cikgu cikgu banyak tolong sebab saya tiada orang tua yang organize perkahwinan saya)
TOTAL BAJET PERKAHWINAN BAWAH RM1000
Total perkahwinan kami: bawah RM1k Sebelum tu, rata rata orang cakap nilai wang hantaran kena sekufu dengan tahap pendidikan seseorang, bagi aku depend lah ikut tahap kemampuan seseorang , agama memudahkan, yang menyusahkan adat ( adat tak susah, tapi sikap sesetengah pihak yang menyusahkan). Alhamdulillah, untuk urusan aku sangatlah dipermudahkan.
Suami aku Degree holder untuk HBP, USM
Aku Degree holder untuk Communication, USM , untuk dibanggakan lagi Dean list,
Kerja suamiku supervisor , aku kerja kat site.
Terpaksa bagitau tahap pendidikan sebab banyak yang lihat sudut ni dengan nilai wang hantaran.
DIPERSOAL KENAPA TAK BUAT MAJLIS GRAND
To be honest, ada yang tanya kenapa banyak tu sahaja nilai? Kahwinkan sekali seumur hidup, kenapa tak buat grand grand? Kenapa and mengapa? Pelbagai soalan demi soalan dilemparkan. Hahahahah
Jawapan aku : sebab pertama aku menerima suamiku lillahitaala . Seorang lelaki yang memilih aku untuk jadi suri hatinya dan menerima segala kekurangan aku untuk dijadikan sebagai kelebihan dalam hidupnya , sebab kedua , zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit deposit rumah dekat penang ni bukan seratus dua ratus ye , ribu tau ribu walaupun rumah kosong … Sebab ketiga, kami berdua pernah rasa susahnya hidup dengan duit ni daripada p kelas jalan kaki , ligan bas , ada moto, habis belajaq kami bantu antara satu sama lain p interview sama sama , cari kerja semua , sampai mampu ada kereta sendiri, ada duit sendiri untuk bina hidup … Sebab keempat , suami aku suka ikut aku p bagi makan kat gelandangan di komtar, aku suka beramah mesra dengan orang. Sebab kelima , satu satunya lelaki yang pernah ikut aku ke rumah anak yatim tempat adik adik aku duduk , dia lihat sendiri ,dia rasa sendiri apa aku rasa disitu . Dan sebab terakhir , tiada sebab untuk aku menyayangi dan mencintainya hanyalah kerana dia khalifah milik Allah . Seorang Lelaki yang boleh menerima seorang wanita yang datangnya daripada broken family, menjaga adik adiknya yang ramai, Hanyalah dia suamiku yang menerima aku seadanya.. Banyak berkorban untuk aku dan adik adik aku.
Nota kaki: Aku tak kisah kalau orang lain kawin macam mana sekalipun, majlis yang besar, hantaran yang tinggi and all that, but for me, please respect setiap cara orang untuk manage hidupnya sendiri, jangan disebabkan kita mampu dalam segala hal sampai kita selalu pandang rendah kepada orang yang biasa biasa, marhean ni. For sake, RESPECT.
Kesimpulannya kehidupan selepas berkahwin itu lebih utama. Tidak perlu membazir ketika mengadakan majlis perkahwinan grand sampai berhutang keliling pinggang. Berpada-padalah ketika berbelanja. Biar ikut kemampuan.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.