Baru-baru ini, telah tular mengenai pewangi yang berkesan menghapuskan segala bau hapak dalam kereta. Dibeli dengan harga yang sangat berpatutan, ia ternyata menjadi pilihan ramai warganet sehingga produk tersebut sering habis di pasaran.
Hanya berharga RM11.50 sahaja, @NaufalAntezem telah berkongsi di akaun Twitter miliknya tentang cara dan fungsi produk tersebut. Walaupun kecil boleh beri satu kereta anda berbau wangi!
Ini cara-cara menggunakannya.
Ads
Segala jenis bauan yang tidak menyenangkan dapat dihilangkan!
Ads
Hasilnya memang memuaskan hati! Boleh cari di kedai Mr. Diy yang berhampiran dengan anda untuk mendapatkannya.
Baru-baru ini tular di media sosial tentang trend terkini tang sohor di aplikasi Tik Tok yang dikenali sebagai parodi geng marhaban. Terdahulu, pelakon Sharifah Shahora berjaya menghiburkan netizen ketika melakukan parodi berkenaan.
Tidak mahu ketinggalan, penyayi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut serta melakukan trend geng Marhaban berkenaan, sekaligus membuatkan netizen terpukau dek kecomelan ibu kepada Siti Aafiyah itu.
Perkara berkenaan telah ditularkan oleh kelab peminat @sitizonemy setelah rakaman parodi berkenaan ditularkan menerusi laman Instagram milik kelab berkenaan.
Menerusi video yang bertajuk POV: Bila Artis Tetiba Join Geng Marhaban, dapat disaksikan gelagat Siti yang comel meniru tindak tanduk geng marhaban sambil membawa bag tangan serta bersalaman dengan gaya sama yang selalu ditonjolkan oleh geng Marhaban.
Malah, netizen turut terhibur dengan lakonan dan gaya Siti yang berjaya melakonkan watak geng Marhaban telah berjaya mencuti hati netizen dan lebih membuatkan netizen tidak keruan apabila suara emas Siti mendendangkan lagu Marhaban yang tular berkenaan.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat maklum balas wargamaya berhubung tindakan Siti itu. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan pada hantaran berkenaan.
“Datuk Siti tolong jangan join Marhaban nanti semua orang tak boleh fokus hahaha,”
“Tu dia, bila bonda ratu dah buat terpelanting semua guys,”
“Hahahaha Datuk Siti paling win guys! Terhibur aku, tengok pun senyum je,”
“Hahahah Datuk Siti ni makin kelako kenapa, dah lah comey,”
Sekadar info, video tular merakamkan gelagat geng Marhaban mendapat sambutan hangat sehingga ramai yang melakukan parodi termasuklah artis dan juga pempengaruh.
Ujian besar buat Amira Abdul Talib, 29, apabila disahkan menghidap Kanser Tisu Otot atau Rhabdomyosarcoma pada awal semester tetapi tidak menjadikan itu sebagai alasan.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek itu pada awalnya agak risau dengan keadannya. Beliau juga terpaksa menangguhkan pengajiannya selama tiga semester bagi menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi.
“Keluarga saya bukanlah dari kalangan yang senang dan boleh diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
“Matlamat utama saya untuk melanjutkan pengajian ialah ingin belajar dan mencari kerja untuk membantu keluarga saya.
“Bila saya diuji dengan ujian ini, demi Allah SWT saya betul-betul tak kuat,” kata Amira.
Kini beliau mampu mengukirkan senyuman juga mebanggakan kedua ibu bapanya, Abdul Talib Mohd Nor dan Lijah Ibrahim, apabila dianugerahkan Anugerah Emas Universiti dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-16 pada sesi pertama yang baru sahaja diadakan di Dewan Kompleks Sukan, UMP Kampus Gambang.
Amira turut menyertai Sekretariat Generasi Siswa Sihat (GENESIS) bagi satu langkah inisiatif beliau untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser.
“Antara program yang saya kendalikan yang begitu dekat dengan diri saya ialah Program Hari Kanser Sedunia yang turut disertai Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
“Saya memilih GENESIS untuk bergiat aktif dalam kokurikulum kerana saya dapat rasakan GENESIS adalah medan terbaik untuk saya bawa diri saya sebagai Cancer Survivor” katanya mengenai kegiatan menyertai GENESIS.
Sebagai pendoman kita semua, ujian tiba dengan pelbagai cara dan bentuk. Terserah kepada kita untuk tempuhi setiap cabaran bagaimana tapi yang penting kekal istiqomah dan tabah.
Kanser Tisu Otot atau Rhabdomyosarcoma (RMS) merupakan sejenis kanser yang jarang berlaku dan ia terbentuk melalui dalam tisu lembut khususnya tisu otot rangka atau kadangkala organ berongga seperti pundi kencing atau rahim.
Ia boleh berlaku di bahagian seperti:
Kanser ini boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur sekitar umur kurang daripada 10 tahun.
Apabila menyebut kuih seri muka fikiran tentunya membayangkan kuih yang mempunyai dua lapisan. Bahagian lapisan bawah mengandungi pulut manakala lapisan atas pula lembut dan sedikit manis. Kombinasi ini menjadikan kuih seri muka menu pencuci mulut yang cukup seimbang dari segi rasanya.
Membuat kuih seri muka tidak susah namun yang menjadi masalahnya ialah ketika hendak memotong kuih seri muka agar mendapat potongan yang cantik.
Bagaimana hendak dapatkan kuih seri muka yang cantik? Jom kita cuba cara yang dikongsikan oleh Faizatulazurani Ahmad Nezad ini.
Jika anda rasa yang anda tidak pandai hendak potong dari loyang, boleh cuba kaedah menggunakan cawan/mangkuk yang kecil (acuan kuih lompang) (rujuk gambar)
RESIPI KUIH SERI MUKA:
BAHAN-BAHAN:
Lapisan Bawah:
2 cawan beras pulut rendam 1-2 jam
2 1/2 cawan santan – dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
2.Kukus di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.
3.Angkat dan dipadat-padatkan dalam acuan cawan/mangkuk kuih lompang.
Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau (jika suka)
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Campurkan ke semua bahan. Kacau rata.
2.Masak di atas api perlahan selama 2-3 minit.
3.Tapiskan supaya tidak berketul. Tuangkan di atas pulut yang sudah siap dimampatkan di dalam cawan/mangkuk acuan kuih lompang.
4.Panaskan periuk pengukus. Kukus selama lebih kurang 30-40 minit.
5.5 minit terakhir, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup untuk mengeringkan air di permukaan kuih.
6.Cucuk dengan lidi. Jka tidak melekat menandakan lapisan atas telah masak.
7.Keluarkan daripada cawan/mangkuk acuan selepas kuih sejuk. Hidangkan.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.