Sebut sahaja ‘Durian Kimchi’ pasti anda kenal dengan dua pasangan suami isteri Malaysia-Korea disebalik jenama berkenaan.
Malah, sejak memeluk Islam dan mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Isteri kepada pempengaruh Youtube, Ryzal Ibrahim yang dikenali sebagai Maryam Younarae menyatakan rasa gembira terhadap keputusan yang dilakukanya itu.
Maryam Akui Bertudung Atas Kemahuan Sendiri, Bukan Paksaan!
Menceritakan tentang perjalanan hijabnya sejak 6 bulan lalu Maryam berkata ramai dikalangan keluarga dan rakan-rakan yang mendakwa bahawa dia memakai hijab kerana paksaan oleh sesiapa. Namun, jelasnya dia melakukan perubahan berkenaan secara sukarela dan atas kemahuan dirinya sendiri.
“Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya family dan kawan kawan Maryam muslim and non-muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah.
“Tapi Maryam pon baru je pakai tudung 6 bulan since January. Alhamdulillah, ramai kawan kawan Maryam even non-muslim pon slowly nampak dan rasa Hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian,” jelasnya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Maryam menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini, demi menjelaskan persepsi yang diterimanya sejak dia melakukan penghijrahan.
Hijab Tak Sekat Penampilan, Bebas Digayakan Ikut Kesesuaian
Menurutnya lagi, persepsi berkenaan perlahan-lahan menghilang apabila akhirnya mereka melihat bahawa Maryam gembira dan tidak kelihatan stress saat mengenakan hijab tanpa perlu menyekat penampilanya dalam berfesyen bersaa hijab.
“Bermacam jenis cara kita boleh memakainya. Slowly kita cuba dan Alhamdulilah Maryam happy dapat make them and others followers rasa Hijab ni bukan paksaan. Maryam sayang semua,” ujarnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata warganet mendoakan agar Maryam kekal istiqamah dalam pemakaian hijab.
Rasanya masih terngiang-ngiang di telinga lagu Cinta Antara Benua dendangan penyanyi Arni Nazira. Terus terbayang kelembutan wajah penyanyi ini yang pernah mencipta nama seketika dalam bidang seni. Biarpun sudah meninggalkan bidang seni, namun peminat masih tetap mengikuti perkembangan beliau yang semakin ayu sejak berhijab. Bukan sahaja dia yang menjadi tumpuan, tetapi juga dua anak gadis hasil perkahwinan terdahulu.
Jika dilihat melalui instagram Arni sendiri, walaupun tidak banyak muat turut foto bersama dua anak gadisnya itu, tetapi dapat dilihat perkembangan diri mereka yang semakin cantik apabila mengenakan hijab.
Malah foto yang dimuat turun ketika Syawal lalu turut mengundang pujian daripada netizen. Masing-masing bertanya apakah itu anak-anaknya dan Arni menjawab memang kedua-duanya adalah anak beliau.
Selain itu, Arni juga turut mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan kali keduanya. Biarpun tidak aktif tetapi ada kalanya terlihat juga kelibatnya menghadiri beberapa majlis membabitkan rakan artis lain.
Seperti yang kita ketahui, teh hijau sangat baik untuk mereka yang tengah berdiet. Teh hijau dapat membantu membakar lemak, menurunkan berat badan dan berkhasiat buat kesihatan anda. Akan tetapi, tahukah anda minum teh hijau berlebihan boleh menjejaskan kesihatan anda. Betul atau tidak?
Teh hijau merupakan minuman pilihan apabila anda ingin berdiet atau mengamalkan gaya hidup sihat. Ada juga yang mengamalkan dos yang berlebihan atau terlampau banyak minum sehingga memberikan kesan yang tidak baik pada badan anda.
Menurut Dr Suri Roowi di laman Facebooknya, minum teh hijau yang berlebihan akan menyebabkan penyakit yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.
Selain itu, teh hijau juga boleh bertindak sebagai antikanser. Melalui perkongsian di portal siraplimau, pengambilan teh hijau berlebihan akan memberi kesan sampingan seperti pedih ulu hati, gangguan saluran pencernaan, gangguan fungsi buah pinggang dan akan menyebabkan seseorang itu kurang zat besi (anemia).
Menurut kajian, ekstrak teh hijau pada kuantiti 50 gram iaitu 1 liter air panas boleh menyebabkan kelenjar tiroid anda membengkak.
Info yang diberitahu dari kajian USM juga mendapati bahawa teh hijau tidak disyorkan kepada individu yang mengalami masalah usus, insomnia, individu yang mengambil warfarin, individu yang mempunyai anemia, hypotyroid dan wanita hamil.
Dos yang disarankan untuk seseorang itu mengambul teh hijau adalah 3 gram atua 1 liter air dan disarankan untuk menambah madu dalam air suam. Anda juga boleh memerah sedikit jus limau dan diminum 2 ke 3 cawan sehari. Ini yang disarankan oleh Dr Suwi Roowi.
Bulan ini pastinya kita tidak putus-putus menerima undangan rumah terbuka. Dan kita juga tidak terkecuali untuk mencuba setiap hidangan yang disediakan. Maklumlah nafsu makan susah untuk dikawal apatah lagi setelah hampir sebulan berpuasa.
Dan agak mustahil kita menolak semua makanan ini dan pastinya akan mengalami pertambahan berat badan kerana tidak tahu kalori dalam setiap hidangan.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mengawal berat badan agar ia tidak jadi berlebihan hingga boleh membawa penyakit. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat. Jadi apakah diet berkesan yang boleh kita amalkan dengan hasilnya sepantas 7 hari sahaja.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook dari page Rahsia Teh Herba Cantik Sihat Dan Slim barkongsi 21 tip diet paling berkesan.Jika diamalkan secara konsisten, berat badan anda akan kekal terjaga walaupun mengambil makanan digemari.
21 Tips Diet Yang Berkesan
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut. Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti: Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? – Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? – Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.