Seorang wanita beragama Islam sudah diajar sejak sekian lama agar menutup aurat dengan sempurna sebaik sahaja mencapai usia baligh. Namun begitu proses untuk menjadi hijabi yang sempurna hadir dengan pelbagai fasa.
Terbaharu, dalam satu ciapan di laman Twitter, peninju terkenal New Zealand, Sonny Bill William mengucapkan rasa kesyukuran apabila isterinya, Alana Raffie Williams akhirnya memilih untuk istiqamah dalam berhijab.
Menerusi ciapan itu dia turut melampirkan gambar isterinya yang manis berhijab di samping empat cahaya mata mereka. Gembira dengan penghijrahan isterinya, Sonny menyifatkan penghijrahan isterinya itu sebagai satu tindakan yang dilakukan kerana Allah SWT dan bukannya paksaan.
“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri, saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya. Apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah mengetahui dia telah melakukannya untuk Allah SWT dan bukan orang lain.
Semoga Yang Maha Esa sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, rasa cukup dan kebahagiaan,” tulisnya. Ciapan tersebut setakat artikel ini ditulis sudah menerima lebih lima ribu ulang kicau, lebih 33 ribu tanda suka dan juga lebih 752 balasan komen yang positif.
Sonny yang dahulunya bekas pemain rugbi terkenal New Zealand memeluk agama Islam pada tahun 2009 dan sejak itu dia sangat berpegang teguh kepada kepercayaannya. Dia yang memegang kerakyatan New Zeland dan Samoa telah berkahwin dengan Allan Raffie pada tahun 2013.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mommy Deve atau pemilik nama lengkap Vanessa Ziandry Putri A berhadapan dengan pelbagai tentangan ketika memutuskan untuk bergelar mualaf. Salah seorang ‘penentang’ ialah ibunya sendiri.
Keputusan wanita berusia 30 tahun ini untuk memeluk Islam bukanlah tanpa sebab.
Memetik perkongsian di portal Vivo.co.id, bapanya menjadi asbab utama dia memeluk Islam apabila bapanya kembali kepada ajaran Islam setelah berpisah dengan ibunya akibat rusuhan di Lombok sekitar tahun 2000.
Bukan itu sahaja, Mommy Deve juga semakin yakin kerana banyak persoalannya terjawab menerusi al-Quran.
“Apabila berlaku kekecohan di Lombok, ibu dan ayah berpisah. Kemudian ayah kembali menjadi seorang Islam.
“Sebelum ini ayah telah bertukar kepada agama ibu. Dan saya ingin belajar bagaimana Islam itu,” kata Mommy Deve.
Keazaman Mommy Deve untuk memeluk Islam semakin kuat selepas berpindah ke Surabaya dan bertemu dengan Sigit Pradigta, lelaki yang kini bergelar suaminya.
Mereka bertemu di sebuah majlis Ramadan. Suaminya mendedahkan, keputusan Mommy Deve untuk memeluk Islam bukanlah mudah.
Mommy Deve tidak pernah berputus asa untuk memeluk Islam. Selepas melafazkan syahadah, dia memutuskan untuk berhijab serta mendalami ilmu keislaman yang sebenar.
“Saya masuk Islam pada 2011. Bagi saya, tidak semua orang boleh mendapat pahala (hidayah) itu. Macam kertas putih, kebaikan itu tetap dikira sejak lahir sehingga kita masuk Islam.
“Peluang ini hanya datang sekali dan saya sedar akan kewajipan seorang Muslimah. Jadi selepas syahadah saya segera berhijab dan mendalami Islam,” kata Mommy Deve.
Kini Mommy Deve berasa lebih tenang dan menemui jawapan kepada persoalannya. Dia berharap penghijrahannya ini diterima oleh keluarga besarnya.
“Semoga dikuatkan iman, tunjuk ajar ini kekal, diberikan kesihatan sekeluarga, dan hubungan dengan keluarga bertambah baik,” katanya.
Menyentuh tentang permulaan kerjayanya sebagai pempengaruh, minatnya dalam bidang penciptaan kandungan digital bermula daripada hobinya yang gemar melancong dan staycation.
Mommy Deve sering mengabadikannya melalui video dan kemudian memuat naik di platform media sosial, salah satunya YouTube.
“Harapan saya agar semua kandungan digital saya menghiburkan, bermaklumat dan berilmu seterusnya memberi rahmat kepada semua,” katanya.
Kredit Foto: Instagram Mommy Deve
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini foto wanita berasal dari Korea ini cukup viral di media sosial. Ramai terpesona dengan kecantikan wajah Ayana Jihye Moon, 21 tahun yang memilih memeluk Islam dan memutuskan untuk berhijab setelah mempelajari budaya Timur Tengah. Keputusan untuk memeluk Islam memang mengejutkan ramai kerana semasa kecilnya Ayana mengaku membenci agama Islam. Kebencian itu lahir kerana pengaruh buruk tentang Islam yang didengar dan diterima di sekelilingnya.
Namun hidayah itu datang sedikit demi sedikit di hatinya. Dia mula mengetahui tentang agama Islam dari peristiwa Perang Iraq yang dalam keadaan kucar kacir sejak tahun 2003. Gadis yang lahir pada 28 Disember 1995 ini memutuskan untuk memeluk Islam ketika masih menuntut di SMA di Korea Selatan.
Ayana yang merupakan mantan anggota F-VE Dolls, atau biasa disebut 5Dolls, sebuah girl band Korea dengan tujuh anggota kumpulan. Dia merupakan satu-satunya dalam ahli keluarganya yang memeluk Islam.
Malah sejak berhijab, Ayana banyak memuat turut fotonya yang berhijab di laman sosialnya hingga mengundang simpati netizen. Ketika ramai warga Korea yang yang takut dan benci terhadap Islam, Ayana memutuskan untuk memeluk agama tersebut dan mempelajarinya lebih dalam.
Apatah lagi, populasi Muslim di Korea tidak ramai dan hanya sekitar 1 persen sahaja. Masyarakat di sana tidak peduli dengan agama Islam, tetapi mereka menghormatinya. Namun dalam pada itu ada juga orang-orang di sana yang membenci Islam.
Sewaktu Ayana memutuskan untuk menjadi mualaf, dia bertindak meninggalkan negaranya. Dan demi mendalami agama Islam, Ayana menyambung pengajian Islam di Universiti Islam Malaysia.
Sebenarnya pada permulaan Ayana begitu ingin tahu tentang ajaran Islam. Malah ketika menuntut di SMA, dia tidak dapat menahan diri untuk mengetahui tentang keindahan Islam.
Dia kemudian mempelajari Islam melalui internet. Malah Ayana juga sempat mengikuti ‘summer camp’ selama 3 hari. Sejak itu pengetahuannya makin mantap dan memutuskan untuk masuk Islam.
Ayana cukup beruntung walaupun memilih agamanya sendiri, tetapi hubungannya dengan keluarga, terutama ibunya tidak pernah putus. Ini dapat dilihat dalam gambar yang dimuat turun di laman sosialnya.
Dia ternyata begitu memuliakan ibunya yang dianggap sebagai wanita paling beruntung kerana disayangi dan dimanjakan seperti seorang bayi. Dia yang masih muda memasang impian untuk berkahwin 9 tahun lalu apabila usianya mencecah 30 tahun.
“My dad made Insta account to stalk my account. He’s just a instapolice sometimes he reported some comments Anyway, he was shocked when he read this comment such as ‘Kapan nikah?’. Because I’m too young to get married in Korea(My dad wants me to get married when I will be 30yrs old. It’s usual in Korea.) and It’s impolite to ask such a question and then he also asked me, “Where is your hair?”
“My parents and me sometimes talk about #islam and my life in Malaysia but it’s not that serious as you think. After talking to them, my heart is always so complex. I don’t know why. But of course, I can understand them. Hehe. Good night. Today is done! #alhamdulillah”
“This beautiful #mosque was taken by @xolovelyayana”
Setahun sebelum menjadi Muslim, Ayana berada dalam dilema apakah dirinya mampu hidup dan menjalankan syariat agama Islam. Adakah dia akan selesa mengenakan hijab setiap hari seperti yang diwajibkan untuk wanita Muslim. Dan setelah beberapa tahun memeluk agama Islam, allhamdulillah, Allah memberikan jalan kepadanya untuk terus istiqomah menjadi Muslim dengan balutan hijabnya sampai sekarang.
Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai selebriti yang mengambil langkah untuk berhijab. Ini adalah satu perubahan yang sangat baik dan pastinya diberi sokongan penuh oleh netizen.
Seperti pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Eyra Hazali, dia kini telah tampil dengan bertudung dan telah memadam semua fotonya yang tidak berhijab di akaun instagramnya.