Isu bakal pengantin yang ‘ghaib’ disaat-saat akhir majlis perkahwinan akan berlangsung bukanlah satu perkara ‘asing’ lagi dalam masyarakat kita. Apabila semua persiapan tersedia lengkap dan sudah banyak kos yang dibelanjakan untuk majlis gilang gemilang itu, akhirnya bakal mempelai tidak jadi berkahwin.

Lalu bagaimana kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak bakal pengantin? Berikut perkongsian Fahmi Ramli, Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak

TUNTUT BALIK KOS GANTI RUGI ‘PERSIAPAN KAHWIN’ ITU

Saya terbaca satu posting yang dikongsi oleh seorang photographer yang upload gambar pengantin perempuan. Pengantin itu berseorangan sebab pengantin lelaki ‘tidak wujud’.
Sebab yang diberitahu, bakal pengantin lelaki tersebut memutuskan pertunangan dan membatalkan perkahwinan disaat akhir kerana memilih untuk kembali bersama bekas kekasih.

Photo by Dmitry Zvolskiy from Pexels

Kesian memang kesian. Tapi, tidak tahulah berapa kos yang sudah bakal pengantin perempuan itu keluarkan. Mesti sudah bayar banyak benda untuk persiapan. Belum kira lagi dengan malu yang dihadapi keluarga perempuan tersebut.

Anda perlu ingat, apabila sudah bertunang dan menuju ke arah perkahwinan, anda sebenarnya telah terikat di sisi Undang-undang Keluarga Islam.

BOLEHKAH TUNTUT GANTIRUGI DI MAHKAMAH SYARIAH?

IKLAN

Pertunangan itu boleh terjadi sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk melakukan kearah pernikahan pihak-pihak. Ketika bertunang, adalah haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang wanita yang telah bertunang.

Setiap Undang-undang Keluarga Islam negeri-negeri seluruh Malaysia ada diperuntukkan tentang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan gantirugi perkahwinan.

Photo by Asad Photo Maldives from Pexels

SIAPA YANG PERLU TANGGUNG GANTI RUGI?

Dalam undang-undang disebut pihak yang mungkir janji untuk berkahwin itu adalah bertanggungan untuk pulangkan:

IKLAN

*Pemberian pertunangan (jika ada)
*Memulangkan nilainya
*Membayar apa-apa wang yang telah dibayar oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu

Maksudnya, orang yang putuskan pertunangan itu perlu tanggung gantirugi dan perlu bayar kos kepada pihak yang diputuskan pertunangan tersebut.

Photo by Ihsan Aditya from Pexels

APA YANG BOLEH DITUNTUT:

IKLAN

a) Belanja kenduri kecil-kecilan semasa majlis pertunangan seperti kos penyediaan makanan kepada tetamu, khemah, photographer dan lain-lain.
b) Baju pengantin untuk majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan. Sama ada telah dibayar secara penuh mahupun separuh.
c) Bayaran upah catering
d) Kad-kad jemputan kenduri
e) Pengubahsuaian rumah/bilik pengantin pihak yang diputuskan pertunangan tersebut. Contohnya kos renovate bilik, bilik air, perabot dan lain-lain.
f) Bayaran DJ & Photographer juga jika telah dibuat, boleh diminta gantirugi walaupun ia mungkin bukan keperluan asas perkahwinan.
g)Lain-lain persiapan yang menggunakan kos hanya untuk perkahwinan

Boleh ke nak tuntut kos maruah/saman malu sebab batalkan perkahwinan last minit?
Jawapannya tidak boleh dibuat di Mahkamah Syariah. Saman malu adalah bidangkuasa Mahkamah Sivil. Jika pihak yang dimungkiri itu rasa malu dan maruah tercalar, anda boleh buat tuntutan kos gantirugi am di Mahkamah Sivil.

Photo by Alejandro Avila from Pexels

Di Mahkamah Syariah hanya berkaitan dengan kos dan gantirugi yang menjurus kepada perbelanjaan persiapan perkahwinan sahaja.

KESIMPULAN
Jadi, nasihat saya kepada bakal pengantin yang melalui isu yang sama, anda perlu membuat tuntutan ini di Mahkamah Syariah. Kos yang telah dibelanjakan untuk perkahwinan tersebut bukanlah murah zaman sekarang ini.

Kalau anda tidak bertindak, orang yang memungkiri janji tersebut akan merasakan hal ini adalah perkara kecil. Sedangkan, maruah yang tercalar serta penat lelah keluarga dan diri anda yang mengumpul duit untuk persiapan tersebut bukan satu perkara kecil. Bahkan ia sangat besar. Semoga mereka yang teraniaya tahu tentang hak mereka.

Sumber kredit: Fahmi Ramli, Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis & Perak Top image: Photo by FOX from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI