Air kunyit diketahui dengan khasiat yang pelbagai terkandung dalamnya. Ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan, mengawal tekanan darah tinggi, mengatasi bakteria yang menjadi keputihan dan lain-lain lagi.

Mari kita lihat cara untuk menghasilkannya. Khabarnya, mudah saja untuk membuatnya. Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Tutik Aryani di Facebook ini.

Assalamualaikum…..

Selamat petang! Ini saya kongsikan resepi air kunyit asam manjakani homemade saya. Minta maaf tak dapat reply satu-satu. Sukatan dalam gambar itu untuk 2 botol besar air mineral.

Bahan-bahan:
Kunyit*
Halia*
Manjakani (ketuk bagi dia hancur pastu rendam dalam air panas jap) *
Serai (just ketuk je)
Asam jawa (kacau ngn air, buang bijinya)
Halba
Gula melaka
Air ± 4 / 5 liter
(dah tapis ye / guna air botol mineral tu)

IKLAN

Cara-caranya :
Blend bahan yang bertanda* pastu satukan bahan semua rebus dlm 30 minit – 1 jam smpai air rebusan jadi 3 liter.
Dah sejuk baru tapis lima kali.
Nak menapis ni kena sabar sikit hehehe

Simpan dalam peti ais boleh tahan hingga 1 ke 2 bulan

Minum segelas sebelum tidur

Penapis yang digunakan untuk menapis jus kunyit tersebut

kredit: Facebook Tutik Aryani