Pada 24 Februari yang lalu, pelakon terkenal, Lisa Surihani yang juga isteri kepada Yusry Abdul Halim telah mengumumkan mengenai kehamilannya yang ketiga.

Biarpun belum mendedahkan mengenai usia kehamilannya kepada umum, ramai yang teruja apabila baby bump seperti sudah kelihatan dalam posting terbaharunya di Instagram.

Biarpun pada asalnya Lisa ingin menonjolkan mengenai kereta dalam foto tersebut, namun nampaknya para peminatnya lebih teruja untuk melihat penampilannya yang terkini.

IKLAN

IKLAN
Di ruang komen, ramai yang memuji wajahnya yang jelita dan mengatakannya sebagai seri ibu mengandung. Sis pun rasa begitu! Mereka juga turut mendoakan agar urusan kehamilan ketiga Lisa ini dipermudahkan seperti sebelumnya.

IKLAN

Memang suka betul tengok keluarga Lisa dan Yusry ini. Mesti Yahaira Leanne dan Yusof Leonne teruja menantikan kelahiran adik mereka nanti. Moga Lisa dapat melalui proses kehamilan ini dengan baik dan terus bahagia bersama keluarga tersayang. InsyaAllah.